IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Sunday, December 26, 2010

Love you! but...


Entry ni tulis mase tangah mood sedih..Ya Allah..dalam dilema,tanpa tahu ape yang patut dilakukan..dan perlukan bantuan..

Sedih sangat bila aku cakap, aku sayang kau..tapi nothing I can do for you..That's it..Aku tak mampu buat apa-apa..Kata sayang.. tapi cakap "lantak kau la ape nak buat, yang penting aku jaga diri!" kata sayang, tapi sebenarnya aku selfish!

Sape tak sayang kawan? Tapi bila tengok kawan-kawan yang sedang mencari identiti diri.. hurmm..bukan salah diorang..Bila tengok pakaian kawan-kawan aku yang serba sendat dan tak cukup kain.. Diorang very up to date.. Bile kawan aku bersolek macam diva..Ape aku boleh cakap kat diorang? Bila aku nampak diorang couple.. ape role aku? Betul aku sayang korang..tapi aku nak buat ape? agak-agak kalau aku nasihat ape jadi? dayus ke kawan macam aku? kawan.. maafkan aku..aku tak tahu nak buat ape.. Maaf sebab dapat kawan macam aku..

Bukan salah kawan-kawan aku..diorang memang mencari identiti diri..aku pun perempuan dan tahu sangat-sangat hati perempuan.. sekarang ni tengah mencari perhatian..lagi ramai lelaki tengok lagi gembira..bila pakaian tak sendat rasa tak cantik, bila tak bersolek rasa selekeh..ni memang aku dah rase masa dulu..aku sama je macam kawan aku dulu..so? now what?

Bila syaitan bagi kita terasa indah segala perbuatan buruk kita..Bila kita ikut keinginan kita yang rendah..bila kita lupa tujuan Allah jadikan kita..bila kita rasa, kita dah serba cukup..bila kita tak kisah apa pandangan Allah! buatlah sesuka hatimu sampai waktu yang telah dijanjikan padamu..hari di mana amalan je menjadi bekalan..masa tu ape nak jawab?

"Tidak henti-hentinya kedua kaki seseorang hamba - di hadapan Allah - pada hari kiamat - untuk ditentukan, apakah masuk syurga atau neraka, sehingga ia ditanya perihal umurnya, untuk apa dihabiskannya, perihal ilmunya, untuk apa ia melakukannya, perihal hartanya, dari mana ia memperolehinya dan untuk apa dinafkahkannya, juga perihal tubuhnya, untuk kepentingan apa dirosakkannya - yakni sampai matinya itu digunakan apa."

Aku sayang gila kat korang.. tak mahu jadi kawan yang untuk ketawa bergembira kat dunia je..kalau boleh, nak kita sama-sama berubah..aku tahu bukan mudah..aku kena pejam mate je ke? buat-buat tak nampak je la pe korang buat..aishhhh....no way! so? how??

p/s- kalau ada dilema macam aku, kita sama-sama doa untuk mereka ye..korang pun mesti sayang kawan korang..(8:24)- Allah bataskan manusia dengan hatinya.. Kita sama-sama doa untuk kawan kita k..

Sunday, December 19, 2010

Maafkan saya mak..


Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari,mendakapimu penuh girang..bak si kecil kehilangan..
Betapa ku merindu lembutnya belaianmu..

Mak..
Di saat kita berjauhan macam ni,terasa rindu la..
Mak kat selatan, saya kat utara..
Mak yang suruh belajar jauh kat sini..
Mak kate belajar rajin-rajin, nanti jadi orang berguna..
Nape la mak suruh saya belajar jauh-jauh macam ni..tak suke la

Tak sabar nak balik rumah..
Emm rindunya saat tu..
Saya turun bas je mak mesti dah tunggu..
Mak mesti senyum tengok saya..Tanye penat tak?
Pastu nanti mak peluk..mak cium..
Mak rindu saya juga kan?? hee
Saya pun ape lagi manja-manja cakap kat mak "lapar la"..
Nanti mak mesti ketawa..dah tahu tu memang rutin saya macam tu..haha
Nanti mak masak sedap-sedap..
Wah gembiranya..
Sayangnye kat mak..

Dari kecik sampai besar pun mak sayang saya..
Mak kate lahirkan saya susah..sebab kepala saya besar..
Mak bertarung nyawa..
Maafkan saya mak, tak berniat nak buat mak menderita macam tu..
Mak kate kalau saya nangis, mak pun jadi tak menentu..
Kalau malam saya tak tidur sebab meragam, mak pun mesti tak tidur juga..
Mak kata mak sayang saya..
Saya ingat lagi..
Mak kate, saya cepat pandai cakap..
Saya comel tak dulu mak?hee
Ai mak..mana lah saya tak manja macam ni..
Tapi mak selau pesan kan? jangan jadi tak kenang budi..
Mak..dalam dunia ni, mak la paling saya sayang..

Tapikan mak,ingat lagi..
Masa umur 6 tahun, memang saat menyakitkan hati..
Ada ke patut, dapat adik..
Tak suke la masa adik lahir..
Dah la lahir  lambat, lepas tu sedap-sedap je amik tempat saya..
Mak.. mane aci!
Mak asyik menangkan adik je..
Mak cakap saya dah besar, mengalah la kat adik..
Ape pulak?
Adik tu yang mengada-ngada..
Dia tu memang suka menangis..
Bukan salah saya..
E..geram la..
Lama saya merajuk kat mak..mana taknye? kalau dah lepas adik lahir tu..saya yang kena jaga dia..
Memang la budak ni nak kena..
Sekarang adik pun dah besar..
Bes la ada adik, boleh buli dia..
Adik! pergi situ.. adik!ambik tu.. adik!buat tu..buat ni..hehe
Padan muka kau..
Nasib ada adik..bagus juga kau lahir..
Boleh sakat,cubit-cubit kalau geram..
Yeah, memang terbaik.
Tapi one thing la,walau ape pun..
Saya sayang je adik saya..

Sekarang dia dah besar juga, mak pun tak manjakan dia lagi..
Mak sayang saya..hee
Tapi tak lama lagi mak nak serahkan saya pada orang lain..
Mak..
Mak berat hati tak?
Mak jangan sedih ye..
Saya lagi la berganda-ganda sedih..
Mak restui saya dalam apa je yang saya lakukan ye..

Mak..
Saya nak tunaikan hasrat mak..
Sekarang umur mak pun dah makin meningkat..
Saya ada banyak angan-angan untuk mak..
Saya nak buat macam-macam untuk mak..
Mak..
Boleh tak saya nak buat satu permintaan?
Mak jangan pergi dulu sebelum saya berjasa pada mak boleh?
Mak..
Mak janji la kat saya..
Mak tolong la mak..
Mak....

Mak..
Saya rela pergi dulu dari tengok mak pergi dulu..
Mak, maafkan semua dosa saya ye..Halalkan makan minum saya..
Emm, rindu n sayang mak..
Insyallah, didikan mak pada saya ni cukup dah..
Moga saya jadi anak baik..
Saya akan jaga kehormatan diri saya..
Tu la hadiah saya untuk mak..
Mak jangan bimbang ye..
Saya takkan buat benda-benda yang tak elok..
Saya kan sayang mak..
Moga doa saya sampai pada mak..
Saya berusaha jadi anak yang solehah..
Nak mohon kat Allah biar mak ditempatkan di golongan orang yang beriman..
SAYANG.....mmmuahhhh

Saturday, December 18, 2010

OOopss I fall in love


Bila hati mula memikirkan si dia,susah nak lupakan, terasa rindu, menunggu mesej si dia, rasa gelisah jika tiada kabar berita, hati berbunga-bunga jika melihatnya, semua perlakuannya baik saja, perkataannya indah belaka.. Ohh indahnya perasaan ini..

Kalau orang tua-tua dulu cakap, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena.. mane taknye, tiap waktu yang berlalu kerap memikirkan si dia.. dia buat apa? dah makan? sihat tak? hari ni penat tak?dia  ada mesej lelaki lain tak or ada mesej perempuan lain tak? ohh..banyaknye nak kena fikir.. tak masuk kenangan-kenangan manis..*berbunga-bunga gitu..

Salah aku ke bila perasaan ni datang pada aku? salah aku ke salah kau? haha

Cinta itu fitrah.Fitrahnya manusia itu untuk mencintai sesuatu yang diingininya.Allah dah beritahu awal-awal pun dalam firmannya :

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)" (3:14)

Jelas dah diberitahu,Allah memang jadikan manusia yang berfirah seperti ini. So kalau seseorang tu tiada perasaan atau kehendak untuk bercinta pada pasangan lawan jenis,cinta harta dan sebagainya tu, sah lah orang tu tak normal. Hee

Memang fitrah lelaki suka pada wanita dan wanita tu suka pada lelaki. Disebabkan fitrah ni, Allah selalu menjanjikan wanita sebagai kebaikan yang dilakukan oleh seorang lelaki.

ALLAH berfirman;
"Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. "
(ar-Rahman: 70)

-emm lelaki suka tu..hee

So lelaki dah boleh pilih sekarang,nak wanita-wanita BIASA yang tiada ikatan sebagai teman untuk bermanja, bersenda, meluahkan kata-kata manis dan perkara lain yang DILARANG ALLAH di dunia sementara ni dan mendapat azab di akhirat yang KEKAL atau BIDADARI yang Allah janjikan bila kita ikut peraturan yang Allah dah tetapkan. Allah perintah kita untuk jaga pandangan dan jaga kemaluan (24:30)

Kenapa Allah suruh jaga pandangan? Lelaki lebih tahu kot..Dah memang kalau lelaki tengok perempuan rasa  best, tu yang nak tengok tu. Dah best rasa nak kat pompuan tu pulak. So dia pun try la. Kalau dapat, tak ke bonus tu? Gembira tak terkata bila taw oh perempuan yang aku selalu usha suka gak kat aku..gembiranya kamu disitu diikutti kegembiraan syaitan laknatullah..Syaitan itu turut gembira,katanya langkah seterusnya perlu dirancang dengan lebih baik! aduhai syaitan yang selalu berusaha keras merosakkan anak adam.

Kita manusia jangan la terlalu angkuh di bumi Allah. Sewenang-wenangnya melanggar peraturan yang telah ditetapkan,kufur nikmat yang telah diberi. Nikmat pada lelaki yang selalu dikufurkan-- diberi paras rupa yang 'macho' tapi diguna untuk memikat supaya wanita jatuh hati padanya, guna kebolehan untuk berkata-kata manis untuk menggoda hati wanita,sering beri kata-kata manis,,, sedang mereka tahu kelemahan wanita jika diberi kata-kata seperti itu cepat saja dia rasa 'berbunga-bunga'.

Kenapa buat macam tu? saya sebagai wanita,sangat sayang pada muslimah lain terutamanya kawan-kawan saya. Hati wanita sangat lembut, tak hairanlah di dada akhbar sering terlihat betapa mudahnya mereka  ditipu.

Allah dah tetapkan bahagian dari zina yang akan mengenainya pada anak adam! iaitu zina mata bilamana ia melihat, zina lisan bilamana ia berbicara, zina hati bilamana berkeinginan dan berangan-angan lalu tinggal kemaluan yang menurut atau mendustakan. Jadi, zina mana yang telah di lakukan? Allah dah beri amaran! Jangan kita dekati zina kerana zina merupakan perkara keji dan terkutuk ( 7:32)

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Namun ada je alasan yang diberi..
Mane ada aku hampiri zina? aku selalu bagi kata-kata nasihat,kata-kata semangat kat dia..kadang-kadang bagi tazkirah yang aku dengar kat dia.. Sedarlah bila niat tak menghalalkan cara.. Allah bagitaw dalam surah al-Ankabut:38, bila manusia memandang baik perkara buruk yang mereka lakukan walaupun mereka berpandangan tajam (berilmu tinggi).

Memang la mula tu niat kita baik, tapi syaitan tu licik, confirm dia try abis-abisan jerumuskan kamu dalam kemaksiatan.. percayalah..jangan mulakan..
Zina hati paling tak boleh elak! bila kita mengingatinya,membayanginya atau merinduinya.. mustahil la tak ingat..istigfar..Insyallah

So tak kan tak boleh suke langsung? memang tak faham hati aku! ingat senag ke nak lupakan macam tu je? hehee..

Jangan risau, carilah cinta yang diredhai Allah.. kan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah..bagi wanita,jadilah wanita itu.. saya yakin lelaki yang baik mengidamkan yang begini.. bagi lelaki carilah wanita seperti itu.. Insyallah product kamu nanti super! hee

Kalau terlalu berkeinginan pada seseorang,saranannya ialah kahwin.. Tak salah kahwin muda. Lebih baik,walau penerimaan masyrakat kurang tapi its ok. Utamakan pandangan Allah daripada pandanagn manusia.. Kalau dah berkenan, bagitaw orang tengah untuk approach. Kalau dia setuju, boleh datang jumpa ibu bapa. segala perbincangan atau perkenalan  semasa tempoh bertunang pulak mesti ada muhrim bersama atau melalui orang tengah.. muhrim or orang tengah tu yang dah baligh la,jangan adik sekolah rendah yang tak tahu pape. Insyallah jadi super iman kamu dan rumahtangga yang bakal dibina penuh kebencian syaitan namun kita sangat bahagia di bawah naungan rahmat Allah.. See.. tak rugi bila kita ikut peraturan Allah.. dapat pahala, dapat isteri atau suami soleh, rumahtangga dirahmati Allah dan Insyallah anak yang bakal lahir baik dan elok perlakuannya dan mudah dibentuk..
Ingat lah, perempuan baik hanya untk lelaki yang baik!

Teguhkanlah iman dalam hati mu.. Banyakkan la ingat Allah dan mengingati mati.. bukan ingat 'si dia'..
SAYANG KAMU! jaga kehormatan diri.. itu lebih baik..

Bagi yang dah terjerumus, pintu taubat masih terbuka luas..Allah Maha Pengampun bagi hambaNya yang ingin bertaubat..masih belum terlambat.. Namun yang belum terjerumus dan baru ke arah itu, janganlah teruskan, hargailah nikmat cinta yang Allah beri.. Sanggup ke kita ganti CINTA Allah dengan CINTA manusia? kalau betul kamu sanggup, sah kamu ni orang tak normal..hehe..gurau je.. afwan.. pokoknye kita kena berfikir secara waras.Mungkin je sekarang kita masih tak sedar tapi tak pe, nak wat camne.. sebab Allah dah bagitaw dalam surah al-anfal:24 yang Allah membataskan manusia dengan hatinya.. Allah memilih orang yang tertentu je untuk terima HIDAYAH.. adakah kamu orang itu?

Insyallah kamu lah orang itu.. Mohonlah pada Allah tika kamu bermasalah..Allah memang sentiasa merindui rintihan hambaNya..

Allahualam.. Moga bermanfaat

Friday, December 17, 2010

'Lauh Mahfuz' Mu sudah tercatat semua


Siapa yang tidak tahu bahawa memang takdir kita telah tercatat semua.Namun kadang-kadang masih menyalahkan takdir di setiap apa yang tidak kita sukai. Namun jika takdir yang mengembirakan, lupa pula kita mahu mensyukuri nikmat itu. Ingatlah bahawa susah atau senang itu semuanya ujian. Sifat manusia yang sudah rasa dirinya cukup,jarang pula mahu merintih pada Tuhan Penciptanya.Dengan itu, Allah menegurnya dengan sedikit ujian susah, biar ia kembali mengingati dan memohon padaNya. Sesungguhnya Allah sememangnya amat menyukai mendengar rintihan hambanya. Namun jika Allah tak mahu mengingatkan hambanya itu pun,itu kehendak Allah juga. Allah hanya memberi HIDAYAH pada siapa yang dikehendakinya saja.

Dalam satu kisah,seorang  wanita solehah yang mandul ini sering menunaikan solat malam dan merintih pada Allah semoga dikurniakan anak. Setiap malam malaikat mengangakat doanya pada Allah. Namun sehingga wanita itu meninggal dunia,dia masih tidak dikurniakan anak. Malaikat bertanya pada Allah mengapa tidak ditunaikan permintaan wanita itu? sesungguhnya, Allah berkehendak begitu kerana  Allah menyukai rintihan wanita itu padaNya. Subhanallah..Allah Maha Pencipta SAYANG padanya! Sedang Allah itu Maha Kaya, bisa semudahnya mengurniakan anak yang ramai pada wanita itu,bukan itu saja malah bisa aja Allah memberinya kekayaan yang melimpah ruah..Itu amat mudah bagi Allah.

Firman Allah--

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

Bagaimana dengan kita, adakah kita setabah itu? Nikmat dicintai Allah itu? apa perasaan kita jika mengetahui Allah mencintai kita?Subhanallah. Namun manusia sering mengundang kemurkaan Allah,mengikut nafsu yang menggila,mengikut telunjuk SYAITAN laknatullah!sudah berjanji pada Allah ingin menyesatkan anak Adam!

Pada diri sendiri, baru kehilangan sesuatu yang amat aku sayang. Aku rasa nikmat itu amat baik untukku,tak sangka Allah ambil balik dariku. Ya Allah.. aku tahu Kau sedang mengujiku. Mungkin saja aku selalu membuatMu murkai aku sebelum ni,hingga Kau tarik balik nikmat itu.  Ya Allah, aku takut tak kuat. Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosaku. Aku akan cuba sedaya upaya perbaiki diri balik. Mungkin ini cara kau menegur aku. Aku yang bersalah dan berdosa.Tak dapat pun nak hentikan air mata yang mengalir ni. Ya Allah,ini amat berat.Aku perlu bantuanMu Ya Allah. Ya Allah jika ini yang terbaik aku terima. Ya Allah,aku ni cuma hamba yang lemah,tak tahu apa-apa yang telah Kau rancang untuk aku. Mungkinkah akan menggantikan dengan yang lebih baik?

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah" (57:22)

Ya Allah, Alhamdulillah untuk mukjizat terbesarMu ini pada kami umat Muhammad s.a.w.Kau berbicara pada kami dan mengingatkan kami melalui perantaraan ini. Aku akan cuba memujuk hati ini. Walaupun berat ditanggung, walau pahit untk ditelan,namun Insyallah aku mampu menghadapinya. Semua dengan bantuanMu.

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, " (57:23)

Ya Allah, moga ujian ini buatkan imanku bertambah padaMu. Aku jadi sedar tiada yang kekal di dunia ini. Tabahkan aku. Aku ingin cari cintaMu. Cintailah aku sepertimana Kau mencintai para solihin yang lain..Aku terima ujian ini..Aku tak mahu jadi orang yang tidak mempercayai rukun iman yang keenam itu.Jika demikian,bukanlah aku orang yang beriman. Masalah yang aku hadapi makin bertambah-tambah nampaknya. Ya Allah, memang apa yang kita nak tak semua kita boleh dapat. Mulai hari ini, biarlah aku pendekkan angan-angan dengan megingati mati..itu lebih baik

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."  (3:185)

"Ini adalah angan-angan manusia sedang ini adalah ajalnya. Kemudian di waktu orang itu sedang dalam keadaan sedemikian - yakni angan-angannya masih tetap panjang dan membubung tinggi, tiba-tiba datanglah garis yang terpendek - yakni garis yang memotongnya iaitu kematian." (Riwayat Bukhari)

Ya Allah aku reda Engkau sebagai Tuhanku, Muhammad sebagai rasulku dan Islam sebagai agamaku..


















Sunday, December 5, 2010

Important! New way to rape females


Important message for every female who go to work,college or school alone!

If you find a child crying on the road, showing you his or her address and asking you to bring him or her there, take him or her to the police station. No matter what you do, don't go to that adress. This is a new way for gang members to rape females. Please take precaution!

So to all girls and boys, please inform this to your friends and family members..

ASP SUMAN KUMAR
D9 Bukit Aman

>>kalau dulu ada yang pura-pura langgar bumper kereta wanita untuk trick merogol..sekarang lain pula..idea bertambah kreatif dan inovatif..idea to destroyed muslimah future..how sad! Ya Allah selamatkan la saudara wanita seislamku..Cari je la yang rela! jangan musnahkan lebih ramai hidup wanita MELAYU!!!

Saturday, December 4, 2010

6 Orang Yang Mendapat Doa Para Malaikat


Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”


*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”

* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”

*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”

*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

>>saya copy article nih..sangat2 mengharap dapat keredaan Allah selalu..Subhanallah..

Suami Terkena Panahan Cinta Nyah



KUALA LUMPUR: “Saya tak kisah dan sanggup bermadu jika dia (suami) ada hubungan gelap dengan wanita lain, tapi bukan dengan manusia dua alam atau mak nyah. Sebagai wanita tulen, saya rasa terhina seolah-olah tidak berupaya melayan suami,” kata seorang wanita.


Ibu tiga cahaya mata berusia lima hingga 12 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, hatinya kini luluh lebih-lebih lagi mengetahui suami dikahwini sejak hampir 15 tahun lalu bersikap dingin terhadapnya kerana mempunyai hubungan sulit dengan mak nyah popular berasal dari Indonesia yang terkenal dengan jolokan ‘bencong’. Hubungan terlarang itu terbongkar selepas dia menemui ratusan SMS mengandungi madah cinta dihantar bencong terbabit kepada suaminya sejak lebih tiga bulan lalu.

Menurutnya, pendedahan ini bukan bertujuan memalukan suaminya, sebalik mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mak nyah warga asing yang mengambil kesempatan menggoda lelaki warga tempatan.
Lin berkata, suaminya yang bekerja sendiri mula berkelakuan pelik sejak tiga bulan lalu apabila kerap keluar malam dengan alasan mahu berjumpa rakan atau menguruskan perniagaan.

“Mulanya saya tidak curiga kerana kami sudah lama berkahwin, namun perangainya mula berubah apabila dia semakin jarang untuk ‘bersama’ saya. “Malah, ada kalanya dia lebih selesa tidur di ruang tamu dan jarang berbual dengan saya dan anak-anak. Bila ditanya dia memberi alasan kepenatan, sakit badan dan macam-macam lagi. “Sejak itu saya mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengannya, apatah lagi dia kerap kali menyembunyikan dua telefon bimbitnya daripada saya setiap kali ia berbunyi,” katanya.

Lin berkata, segala-galanya terbongkar apabila dia mendapatkan nombor telefon bimbit yang sering menghubungi suaminya dengan melakukan semakan pada bil diterima. “Saya menghubungi satu nombor yang kerap tertera dalam bil berkenaan sebelum ia dijawab suara seakan-akan wanita. Apabila diajukan soalan, ‘wanita’ bersuara sedikit garau itu memperkenalkan diri sebagai Yuni. Namun, apabila ditanya lebih lanjut, dia yang bercakap dengan loghat Indonesia mematikan telefon.

“Saya yang masih tak berpuas hati menghantar SMS bertanyakan identiti dan hubungannya dengan suami saya, namun tidak dijawab. Berikutan itu, saya minta bantuan adik menyiasat dan mengekori suami setiap kali dia keluar rumah,” katanya.

Menurutnya, persoalan itu terjawab apabila adiknya mengintip pertemuan sulit suaminya dengan seorang pondan jelita yang berpeleseran di Lorong Haji Taib 2, di sini. “Hasil maklumat mendapati lelaki lembut berusia 20-an itu warga Indonesia yang menjaja tubuh di kawasan berkenaan hampir setiap malam.

“Saya diberitahu, suami menghabiskan masa dengan minum dan berhibur dengan pondan terbabit di pusat dangdut berhampiran sebelum berasmara di bilik sewa pondan itu,” katanya. Menurutnya, dia yang menjejaki pondan terbabit akhirnya mendapat maklumat lelaki lembut itu menjaja tubuh di kaki lima kawasan terbabit dengan bayaran RM50 sekali perkhidmatan.

“Saya tak dapat bayangkan apa yang ditawarkan pondan itu kepada suami saya, namun yakin ia menyebabkan suami saya ketagih. Saya dilayan seolah-olah tidak wujud padahal saya juga inginkan perhatiannya.

“Jika ikutkan hati mahu saja saya mengupah orang memukul pondan terbabit, namun bimbang ia akan lebih mengeruhkan rumah tangga kami. Apa yang saya tahu pondan warga asing hanya berminat pada wang dan bukan cinta,” katanya.

>>memang la si indon tu nak duit cik kak..takkan cinta?erkkk.. orang kita ni nak cabar Allah ke?nak jadi macam kaum Lut? Dibinasakan hingga ke akar2 sampai kita tak tahu pun kaum tu wujud suatu masa dulu!taw pun sebab dalam Al-Quran.. Allah bagi penagguhan dah nih.. Moga Allah beri hidayah dan sempat bertaubat..takut!

Thursday, December 2, 2010

Isteri curang tak kurang macam pelacur!

SAYA berusia 37 tahun dan berasal dari utara tanah air. Saya berkahwin enam tahun lalu dan ada seorang anak lelaki. Perkahwinan kami bahagia hinggalah Mac lalu apabila saya dapati isteri selalu berbalas SMS dan bersembang di laman sosial (chatting) hingga larut malam.


Pada satu malam setelah isteri tidur, saya memeriksa kandungan SMSnya dan terkejut kerana ada SMS daripada lelaki yang mengandungi ayat dan perkataan berbaur cinta. Saya memarahi isteri dan bertanyakan sejauh manakah hubungan mereka.

Isteri saya mengatakan mereka cuma berhubung melalui SMS dan telefon. Setelah saya menceritakan perkara berkenaan kepada ibunya, isteri saya tidak lagi melakukan perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.Dua minggu lalu, isteri meminta kebenaran untuk menggunakan komputer riba saya dan membaca e-mel yang sudah lama tidak dibuka.

Dia memberitahu saya kawannya menghantar sesuatu menerusi e-mel tetapi setelah memuat turun, dia tidak tahu ke mana bahan itu disimpan.Dengan kuasa Allah, saya menjumpai apa yang didakwa isteri saya dihantar oleh ‘kawannya’. Hampir pengsan saya dibuatnya kerana yang dihantar adalah gambar seorang wanita menyelak bajunya dan mendedahkan buah dada.

Walaupun gambar itu dari paras leher ke pinggang (kerana gambar diambil dengan kamera web pada komputer riba), saya dapat mengagak itu adalah isteri saya berdasarkan rantai tangan dan rantai leher dipakainya.Baju singlet yang dipakai juga kepunyaan isteri saya. Oleh kerana tidak boleh berdalih lagi, isteri saya mengaku itu gambar dia, tetapi dia mendakwa tidak menyelak bajunya ketika ‘chatting’.

Oleh kerana terlalu marah, esoknya saya mencari lagi di dalam komputer dan terjumpa empat keping lagi gambar yang amat mengaibkan, di mana gambar isteri saya berbogel di depan kamera web dan orang yang bersembang dengannya mengambil gambarnya tanpa pengetahuannya.Saya memarahinya dan mengugut akan meninggalkannya. Dia menangis dan meminta ampun dan maaf serta berjanji tidak akan mengulanginya.

Dia juga mengatakan perkara itu sudah lama berlalu iaitu kira-kira tujuh bulan lalu dan dia tidak pernah berjumpa lelaki berkenaan.Oleh kerana teramat marah, saya meminta kata laluan e-melnya dan membuat pemeriksaan esoknya di tempat kerja.

Hampir pengsan dibuatnya kerana saya menjumpai 10 keping lagi gambar isteri saya bersama seorang lelaki di dalam kereta dalam keadaan berpelukan dan bercium pipi.Apabila pulang ke rumah pada petangnya, saya hilang sabar dan sekali lagi saya menunjukkan gambar berkenaan dan memberitahu isteri, saya sudah tawar hati kepadanya. Saya sangat kecewa dan marah apabila dipermainkan oleh isteri saya yang berlagak baik selama ini.

Saya menceritakan perkara itu kepada adik ipar saya dan dia menyampaikan kepada ibu mentua saya. Ibu mentua memujuk dan merayu saya supaya memaafkan dan melupakan apa yang terjadi serta tidak memanjangkan perkara itu. Isteri saya juga memujuk dan berjanji kepada saya dia tidak akan mengulangi perkara itu.

Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan berhasrat meninggalkan isteri saya, tetapi bila mengingatkan anak lelaki kami yang baru berumur empat tahun, saya tidak sampai hati. Apa patut saya buat? Saya buntu dan tertekan dengan apa yang berlaku.


>> cerai je lah..dayus kot laki ni..janji perempuan ni tak boleh pakai! nape la zaman sekarang banyak sangat benda macam ni..baik la dia cari isteri yang lain yang boleh bimbing anak dia tu..takkan perempuan macam ni nak harapkan dapat bimbing anak umur 4 tahun tu jadi baik? hurmmm

Sunday, November 28, 2010

'Pelacur' sengsara- lagi satu 'peranan' facebook

SAYA gadis berusia 20-an dan menetap di sebuah desa di utara. Masalah saya mengenai harga diri yang hilang akibat kecuaian sendiri.

Satu ketika dulu ketika menuntut di institut pengajian tinggi, saya berkenalan dengan seorang lelaki, malangnya saya dirogol ketika kami berjumpa.

Hal itu menyedihkan saya dan hidup bagai tidak bermakna lagi. Namun berbekalkan semangat ibu bapa, saya meneruskan pengajian tanpa memberitahu sesiapa mengenai peristiwa itu.
Tidak lama selepas itu, saya berkenalan dengan seorang lelaki. Sikap baik ditunjukkan lelaki itu membuatkan saya jatuh cinta padanya.Kami bercinta hampir dua tahun, tapi tiada siapa tahu saya pernah terlanjur dengannya. Hubungan kami berakhir kerana saya ingin dia kembali bersama bekas kekasihnya.

Tidak lama selepas itu saya berkenalan pula dengan seorang remaja yang muda dari saya. Kami bercinta dan berkali-kali terlanjur melakukan hubungan terkutuk itu.
Hubungan kami berakhir kerana dia curang dan hal itu menyakitkan hati saya. Hati saya bagai dirobek dengan pisau kerana terlalu mudah jatuh cinta dan percaya terhadap lelaki. Disebabkan hal itu juga saya menjadi tawar hati untuk bercinta lagi.

Malangnya nafsu menjadi raja dalam hidup saya dan saya bertambah liar. Saya selalu bertukar kekasih tetapi mereka hanya digunakan untuk kepuasan nafsu.

Kehidupan saya semakin bebas, namun perkenalan dengan seorang bernama M di facebook bagai memberi kehidupan baru buat saya. M sangat garang, kuat cemburu dan mengongkong serta tidak suka ditipu.
Oleh kerana hubungan dengan M masih di peringkat awal, saya mengambil keputusan merahsiakan hal terbesar hidup saya kerana beranggapan belum tiba masa sesuai untuk menceritakan semua kisah hitam itu.
Saya takut ditinggalkan M jika dia tahu saya tidak punya harga diri. Namun, siapa sangka M semakin liar ‘menguji’ nafsu saya sehingga memaksa saya melayan ‘phone sex’ dengannya.

Satu hari M meminta saya jujur dengannya mengenai status diri saya kerana dia meragui mengapa saya ‘senang melayan’ dia di telefon. Akhirnya saya memberitahu perihal saya pernah dirogol saja, tidak mengenai keterlanjuran bersama kekasih.
M percaya dan dia menerima saya serta memaksa saya menunjukkan gambarnya kepada mak ayah saya kerana dia tidak mahu saya dimiliki orang lain memandangkan M terpaksa melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk tempoh lama.
M juga menstatuskan saya sebagai ‘tunang’ dia dan berjanji menjadikan saya isterinya apabila tamat belajar. Namun sikap cemburu M semakin menjadi-jadi apabila dia menukar nombor telefon saya serta menutup semua akaun laman sosial saya selain selalu dimaki hamun jika membuat kesalahan.
M selalu berfikir saya ada lelaki lain di kampung dan lebih teruk lagi M tidak percayakan saya lagi. M juga mengharamkan saya keluar dengan mana-mana kawan lelaki kecuali terpaksa.

Saya sangat tertekan, namun kerana ingin berubah saya tekadkan hati untuk mengikut kata-kata M dan berjanji untuk setia kepadanya.Namun siapa sangka, pertemuan pertama dengan M memusnahkan impian saya untuk menjadi isterinya. Kami bukan saja terlanjur, malah terjadi pergaduhan besar gara-gara dia curiga ‘keadaan badan’ saya.
M mengugut menyiasat sendiri mengenai diri saya jika saya tidak mahu berterus terang, malah enggan kembali pada saya jika saya menipu. Akibat ketakutan, saya memberitahu segala rahsia yang saya simpan. Ternyata M sangat marah dan dia menolak dengan kakinya selain menggelar saya ‘pelacur’.

Saya merayu supaya M tidak meninggalkan saya. Saya terasa sangat terhina dengan tindakan M, namun tidak lama selepas itu dia memujuk saya dan menjelaskan dia lakukan semua itu untuk menyedarkan kesalahan saya serta mahu saya bersikap lebih jujur dengannya.
Namun beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran saya, M meminta hubungan diputuskan. Itu adalah ‘hadiah’ hari jadi M buat saya.

Saya menghubungi M meminta penjelasan, namun M dengan selamba menjawab dia hanya sekadar lalu dalam hidup saya untuk menyedarkan kesilapan yang saya lakukan. Saya menjadi buntu kerana tidak faham sikap M yang mempermainkan saya.
Jika benar mahu menyedarkan saya, mengapa perlu M ‘meniduri’ saya serta berjanji memperisterikan saya? Mengapa M memberi saya harapan jika sekadar ingin lalu dalam hidup saya? Hati saya tambah terluka apabila M terus memanggil saya ‘pelacur’.

Sejak itu saya tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menerima hakikat ini, malah saya cuba dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa memohon segala dosa saya diampunkan.
Saya betul-betul ingin berubah bukan kerana M tetapi ikhlas daripada hati, malangnya saya diuji oleh M yang tidak berhenti-henti memanggil saya ‘pelacur’.

Saya cuba pekakkan telinga supaya tidak lagi terjerumus melakukan dosa terkutuk itu kerana saya tidak lagi mahu digelar ‘pelacur’. Saya menganggap apa yang berlaku adalah balasan di dunia di atas segala dosa besar yang saya lakukan.

Bagi saya, sesakit apa pun bahasa yang M keluarkan terhadap saya, itu tidak sama dengan sakitnya hati saya yang terhina akibat perbuatan sendiri.
Bantu saya untuk kembali yakin dalam hidup ini kerana saya tidak lagi mempercayai sesiapa pun, termasuk ahli keluarga saya.

>>at least Allah bagi pompuan ni kesedaran dan kesempatan untuk berubah, itu lebih baik..Hope sangat anak gadis sekarang jangan terlalu percaya pada lelaki..lelaki jahat pun nak pompuan baik gak..tp nonsence la sume tu.Allah dah janji dalam Al Quran lelaki baik untuk wanita yang baik..pada lelaki durjana, ingat la anak pompuan kau nanti bakal jadi haba seks lelaki lain pula..mase tu baru taw ape perasaan kau,anak perempuan yang dijaga penuh kasih sayang dan penuh harapan memalukan kau..harap masa tu dapat senyum dengan 'gembira'..kalau dah suka tu baik kawen awal..itu lebih baik dari kita mendekati zina..malah lebih hina,kita berzina..Akhir zaman yang dipenuhi dengan anak zina..Na'uzubillah..Allahualam

Kenapa Doa Ditolak?


1) Dosa kerana mengingkari pemimpin.

Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahan, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasik dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.

2) Dosa kerana tidak taat pada pengajar

Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.

3) Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.

Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat.
Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.
Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

4) Dosa kerana derhaka kepada suami.

Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya."
Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.

5) Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.

Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.
Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.

>> so better we evaluate ourselves.. nobody is perfect but still we can try to be soleh.. InsyAllah..

Saturday, November 27, 2010

Tulang Babi Halal


PUTRAJAYA: Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.


Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari.
Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang disampaikan lelaki itu.
Selepas mereka selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 pengikut kumpulan itu yang turut membabitkan beberapa wanita.

Mereka yang berusia antara 20-an hingga 50-an, sebahagiannya ditahan di dalam sebuah rumah berhampiran surau itu dan kebanyakan mereka warga Indonesia.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata ajaran sesat IJ sudah diwartakan haram sejak 1980-an selepas ia didapati bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

“Antara kepercayaan pengikut kumpulan itu ialah tulang babi halal dimakan, yang haram daging babi saja. Jelas pegangan ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, tindakan pengikut ajaran itu yang mengadakan solat Jumaat dengan jumlah makmum hanya 20 orang satu lagi bukti kesesatan mereka.
Selain itu, kata Khusrin, satu lagi kesalahan mereka yang jelas ialah melakukan solat Jumaat di surau yang tidak pernah diberikan tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan menjadikan surau itu sebagai markas menyebarkan ajaran sesat terbabit.

“Jais serius untuk memastikan ajaran sesat terbabit tidak terus berkembang. Sebab itu kami menempatkan ‘orang kita’ dalam kumpulan itu ketika mereka melakukan solat Jumaat tadi (semalam).

“Dengan tindakan itu, Jais berharap dapat memiliki bukti kukuh, malah selepas ditahan semua mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kajang untuk didakwa atas kesalahan menjadi pengikut ajaran yang difatwakan sesat,” katanya.

Sementara itu, portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan antara penyelewengan pengikut IJ ialah mendakwa kumpulan mereka saja mengamalkan cara Islam sebenar manakala bukan ahli dianggap kafir.

Pengikutnya juga dibenarkan melakukan solat Jumaat di rumah, menganggap lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika bersentuhan, selain mengeluarkan hukum binatang yang mati di perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan.

>> pilih la jemaah yang betul.. yang berlandaskan al Quran dan sunnah.. kenapa la ikut hawa nafsu yang melulu? no shortcut in Islam..

Friday, November 26, 2010

Ibu diperkosa demi anak

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.
Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.
“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.
Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

>>Biadap! Penjenayah ni memang patut kene kasi.. ee..kalau la mak dia yang kene rogol or isteri dia barula dia tahu.. Moga Allah tabahkan hati si ibu ni.. Betapa seorang ibu memang sanggup lakukan apa je untuk anak mereka tapi si anak?? tengok la penjenayah ni..anak sape ni? mak bapak dia ada ajar camtu ke? huh!

Friday, November 12, 2010

Santapan Saya vs Santapan Rasulullah saw

Tadi saya baru balik dari program cfcs di kampung.. kali ni Insyallah yang terakhir sebelum exam profesional untuk masuk 4th year or clinical year. Tadi kat kampung mak angkat bagi makan nasi dagang untuk sarapan..pagi je dah ada 3 jenis air,teh tarik, teh o and nescafe. Tengahari makan yang sama plus air bandung. Pastu pegi umah ayah angkat dapat makan buah,kuih-kuih, roti, snek dan roti. Dapat tak bayangkan kekenyangan yang melanda saya. Masyallah...

Seolah-olah ditegur, saya terbaca pula hadith pasal ape yang Rasulullah s.a.w kita yang mulia makan sepanjang hayatnya..Aisyah sendiri mengakui, selama hampir dua bulan dapur rumah mereka tidak berasap kecuali berbekalkan makanan hitam dan putih iaitu KURMA dan AIR sahaja..Subhanallah..

Dalam hadith lain.. Pernah suatu hari sahabat iaitu Abu Bakar dan Umar r.a keluar kerana lapar dan terserempak dengan Rasulullah s.a.w yang juga dalam keadaan kelaparan. Mereka mengunjungi rumah seorang ansar dan sebagai menghormati dan memuliakan nabi dan sahabat, si ansar ni sedikan kurma basah dan kurma kering lalu pergi dengan membawa pisau untuk menyembelih. Selepas sahabat makan dan minum hingga hilang kelaparan dan kehausan.. Rasulullah bersabda bahawa nescayalah engkau semua akan ditanya dari kenikmatan yang engkau semua rasakan ini pada hari kiamat kelak..

Jika keadaan sahabat yang sangat kelaparan lalu dijamu oleh seorang ansar hingga hilang lapar dan dahaganya itu akan ditanya kelak..Bagaimana dengan saya????????Makan yang  hingga keterlaluan saya fikir kekenyangannya..malahan belum pun sempat terasa lapar maupun dahaga..Masyallah..Bila nafsu telah bertahta.. Larangan Allah? :(

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidaklah seseorang memenuhi sesuatu wadah yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah sebenarnya seseorang itu makan beberapa suapan yang dapat mendirikan - menguatkan -tulang rusuknya. Maka jikalau makanan itu harus diisikannya, maka sepertiga hendaklah untuk makanannya dan sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk pernafasannya."

Saya pun tak pasti samada pernah tak saya berhenti sebelum kenyang selama hayat saya 21 tahun ni..Terlebih kenyang tu sangat selalu! Kawan saya ada la juga yang sanggup berlapar tapi bukan kerana sunnah Rasulullah mahupun suruhan Allah tetapi kerana hendak jaga badan.. Kalau yang dah kurus jarang sungguh saya jumpa yang makan sikit, sebab mereka kata mereka susah gemuk..so makan je banyak2 sampai kekenyangan.. Masalah manusia zaman sekarang ni,gemuk salah,sederhana salah,kurus salah..hurmmm.

Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Tidak pernah kenyang keluarga Muhammad s.a.w. itu dari roti gandum selama dua hari terus-menerus, keadaan sedemikian ini sampai beliau s.a.w. dicabut ruhnya." (Muttafaq 'alaih)

Dari Anas r.a., katanya: "Nabi s.a.w. itu tidak pernah makan di atas meja sehingga beliau wafat, juga tidak pernah makan roti yang diperhaluskan buatannya sehingga beliau wafat." (Riwayat Bukhari)

Dari Sahal bin Sa'ad r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. tidak pernah melihat roti putih sama sekali sejak beliau di utus oleh Allah Ta'ala sehingga dicabut ruhnya oleh Allah Ta'ala(riwayat Bukhari)
 
Harus apakah saya lepas ini?esok hari percubaan saya..Wish me all the best!
N

Wednesday, November 10, 2010

Mata Lelaki Itu

Saya copy dari iluvislam..sangat bermanfaat..
Walau sebaik mane pun seorang lelaki tu kita nampak, dia masih bergelar lelaki dan bernafsu lelaki..
Walau sebaik mane pun seorang wanita tu kita nampak, nalurinya masih seorang wanita dan bernafsu wanita. Lumrah bagi lelaki untuk melihat dan lumrah bagi wanita wanita untuk ingin dilihat..
Namun Allah berfirman: "lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik"
Adakah anda cukup baik untuk mengimpikan yang baik? sendiri mau ingat la..

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar

sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu

diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,

insyaAllah selamat dunia akhirat.



Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmudan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Monday, November 8, 2010

Islamkah Aku???

Salam...
Artikel ni saya copy dan paste from blog Otak dan Lutut...

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama
yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.


Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.


Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan.. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazahsaudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur merekabertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besaritu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita taknampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).


Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, merekatetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnyakehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.


Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.


Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikel ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.


Akhir sekali,artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

--selama ni hanya tahu menerima, sekarang kene berubah untuk jadi pemberi..moga bermanfaat untuk org lain..

Saturday, November 6, 2010



Lyrics: Insha ALLAH
Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side


Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x3


Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's way too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side


Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2


Insha Allah x3
Insha Allah we’ll find our way






Friday, November 5, 2010

Arwah atok dan nenek

Kenangan semasa nenek dan atok masih ada lagi..
Arwah atok meinggal dalam bulan 6 aritu,saya tak balik pun sebab jauh. Sekarang belajar kat Kelantan, rumah saya kat Johor, kalau balik pun memang tak sempat juga nak tengok jenazah plus dental block dah start so busy sangat. Terkilan pun ada, rase nak balik tapi keadaan tak mengizinkan. Atok saya cool orangnye, tapi kalau jumpe saya selalunye atok tak ingat nama saya, dia cume cakap ni "anak wan kan? bapak kau mane?" selalunya macam tu la. Saya balik kadang2 nak jengok atok sekali anta makanan , abah saya dah selalu datang,kalau waktu pagi abah pergi kebun. Saya tak kisah pun atok tak ingat nama saya, yela mane taknye kalau dah cucu dia ada hampir 80 orang! belum tambah cicit lagi.
Tak kisah la jumpe bile-bile,time saya anta makanan ke,ziarah ke mesti dia suka, dia selalu suruh saya belajar rajin2.. Saya selalu gebira sangat bila atok bagi kata2 semangat macam tu. Saya selalu angan-angan nak bawak nenek dan atok jalan-jalan makan angin. Kalau atok dengan nenek sakit pulak,saya nak upah nurse peribadi untuk diorang. Tapi malangnye masa atok and nenek sakit tua saya tak de pun kat kampung, ada la sempat balik masa cuti haritu ziarah. Memang dah uzur. Saya agak tak dapat pun nak capai hasrat tu.
Saya sedih sangat sebab masa atok dan nenek sakit tua sampai tak larat nak buat pape and kencing berak pun tak boleh organized sendiri, anak2 dia layan dia dengan sangat kurang sopan, saya dengar suara meninggi dengan mereka,membebel tak tentu pasal. Saya tak tahu nak wat ape masa tu, anak dia ramai tapi time atok nenek sakit kene layan macam tu. Saya tak sanggup nak kongsi lebih banyak, tapi tuhan je tahu betapa sakit hati saya tengok layanan diorang kat atok dengan nenek. Ape perasaan diorang bila anak2 diorang buat kat diorang macam tu bila diorang dah uzur nanti. Sendiri mau ingat la,lagipun masing2 pun bukan muda lagi, dah area umur Rasulullah saw wafat dah.
Tak taw la, tapi ape yang saya taw, saya respect la kat abah saya. Nak kate anak mithali tu boleh la. Walaupun menurut pandangan saya,abah bukan anak yang selalu dibanggakan oleh atok dengan nenek. Malah, abah yang selalu anta atok dengan nenek pergi klinik or hospital dan mane2 je la nenek atok nak pergi. Sayang abah! Insyallah, tak rugi buat baik kat ibu bapa sebab anak2 tu cermin ibu bapa mereka! hehe..maksudnye saya baik ke kat sini? haha.. tak de kot orang baik kate diri dia baik..
Atok.. nenek..maafkan farah sebab tak sempat pun nak berbakti. farah cuma ada impian dan harapan, tapi Ketentuan Allah mengatasi segalanya. Pemergian atok tahun ni menyebabkan kami raya tanpa atok. Sedih sangat, masa atok meninggal nenek jadi tak tentu arah, nenek menangis, nenek cakap dia nak ikut atok. Abah saya tenangkan nenek,suruh nenek zikir,istighfar and abah kata kalau nenek sayang atok, nenek kene doakan atok bukan menangis.
Masa raye tu, saya tengok nenek dah tak ceria. Dia tak bercakap,tapi ape yang kami boleh buat?
Sebulan lepas raya, nenek pula dijemput Allah untuk bertemuNya. PanggilanNya dah sampai, nenek akur menemuiNya. Sekali lagi saya tak dapat balik juga sebab ada program universiti kat kampung. Sekali lagi keadaan tak mengizinkan untuk pulang. Dalam masa setahun, nenek and atok pergi menyahut panggilan Ilahi.
Saya terfikir juga, adakah saya bakal tidak dapat pulang andai mak dengan abah saya turut menyahut panggilanNya? Tapi mungkin saja takdir Allah itu menulis bahawa saya yang pergi dahulu. Semua urrusan Allah.
"Ya Allah berilah aku peluang dan kesempatan untuk selalu menyenangkan hati kedua ibupapaku dan berbakti pada mereka, moga dipermudahkan"
Al- Fatihah buat Haji Daim bin Haji Yusof dan Jumiah (atok dan nenek)
>>Moga Mereka Ditempatkan Di Kalangan Orang Yang Beriman..

Tuesday, October 26, 2010

Awas Wanita!

Wahai wanita muslimah yang dicintai kerana Allah. Rasanya sudah sampai masanya. Mulakan langkahmu mulai detik ini. Nampaknya kau kini semakin menjadi-jadi! Menurut kemahuan nafsumu yang rendah. Menjadi hamba pada nafsu! Pada siapa kita patut menghambakan diri? Nafsu yang hina atau Pencipta yang Agung? Sedarlah saat ini kau diambang bahaya. Jangan terlalu gairah mengejar kecantikan dan mendambakan pujian dari manusia..

Sesungguhnya kecantikanmu membawa padah, kau berhias menjadi terlalu indah!

Namun awas! hanya lelaki buas dan liar yang memerhatimu dengan penuh niat jahat dan memberi komen yang keji, sedang lelaki beradab akan menjauhkan diri dari mu,berusaha menjaga diri dari kau wahai wanita. Apa yang kau mahu sebenarnya? Tepuk dada tanyalah selera? bukan! tanyalah iman mu. Nescaya kebenaran akan menemuimu. Kecantikanmu bukan saja berjaya membuat lelaki tertawan dan tergoda malah kau berjaya menyiksa mereka! fikiran mereka mulai tergangu,jiwanya mulai runsing, saat memikirkanmu menjauhkannya dengan tuhannya! terdetik di hati mereka ingin memilikimu, biar apa caranya, walau Allah menginkarinya!



Wahai wanita,masih belum terlewat, selagi kita ada perasaan untuk berubah. Mungkin ini masanya. Usiamu belum tentu,terlalu yakin pada usia tuamu hanya akan membinasakan mu..



Saya juga wanita. saya amat memahami. Saya juga begitu serupa dengan kamu,malah lebih teruk. lebih teruk dari bertabarruj! MasyAllah..



"Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan" (8:24)



Saya memang sangat yakin dengan ayat cos saya dah mengalami sendiri zaman jahiliah saya dan macam mana orang tegur pun saya tak akan terima. So memang betul la hati ni milik Allah!

Saya ingat lagi,masa zaman sekolah saya keluar pegi bandar batu pahat tak pakai tudung pun, dan mase solat kat masjid tu, saya terserempak dengan ustazah saya. Malu sangat masa tu,dengan harapan ustazah tak perasan saya sembunyi-sembunyi. tapi masa kat kelas ustazah tu perli saya kat kelas, dia tengah mengajar pasal ape ntah saya tak ingat tapi ayat dia lebih kurang camni "jangan kat sekolah je pakai tudung,kat luar tak pakai tudung,pastu jumpe saya buat-buat tak kenal,awak ingat saya tak cam kamu ke?"tak sebut nama pun tapi terasa sangat-sangat. saya jadi kurang respect kat ustazah saya sebab bukan tegur tapi perli. Tapi saya memang budak jenis nakal-nakal, so memang tak makan saman sangat.

bila fikir balik, ustazah tu memang tak salah, saya yang salah dan memang masa tu hati saya keras. peristiwa lain, cikgu biologi saya pernah tegur kalau pakai tudung, pakai la anak tudung coz nampak rambut dan leher, tapi serius saya cakap memang langsung tak terkesan kat hati.

Kawan saya sampai cakap ngan kawan lain 'mengumpat saya' diorang cakap 'farah memang camtu,sume baju dia camtu' faham-faham jela. sya memang gemar yang berfesyen,berseluar jeans,menghias wajah. kalau tak macam tu rasa tak cantik,padahal rupenye orang MENYAMPAH!! tak sedih ke bila orang kate kita? tapi waktu tu saya cakap, "ala macam kau bagos sangat! "huhu memang keras hati..



saya dah lalui semua zaman ni dan sebab tu la saya tahu ape perasaan wanita-wanita sekarang yang suka bertabarruj. saya amat memahami dan tak salahkan mereka langsung sebab sebenarnya mereka tahu tapi tak faham. memang serupa dengan saya suatu masa dulu..



Tapi ingat la,kita boleh berubah. IsyaAllah.



Saya sayang awak, saya tak pernah benci awak, tapi semua nasihat yang saya bagi,awak tak pernah nak renung-renungkan,saya nak awak jadi muslimah yang baik, kelak dapat suami yang baik, anak yang soleh solehah,saya benci maksiat yang awak wat tu, saya benci syaitan yang selalu bagi harapan palsu kat awak,awak berubahlah ye.. saya sayang awak dunia dan akhirat..saya tak nak Allah murkai awak..awak boleh jadi baik,saya yakin! awak nak tunggu apa lagi,adakah awak sekeras saya yang dulu?



p/s--Pada wanita, awaklah penyambung generasi yang menentukan generasi itu baik atau tidak. itulah awak..awak...

biarlah saya kenal awak atau tidak tapi saya mohon awak berubah..tak kisah la siapa awak..kita semua saudara kerana Allah
Moga dipermudahkan.. amin