Entry ni tulis mase tangah mood sedih..Ya Allah..dalam dilema,tanpa tahu ape yang patut dilakukan..dan perlukan bantuan..
Sedih sangat bila aku cakap, aku sayang kau..tapi nothing I can do for you..That's it..Aku tak mampu buat apa-apa..Kata sayang.. tapi cakap "lantak kau la ape nak buat, yang penting aku jaga diri!" kata sayang, tapi sebenarnya aku selfish!
Sape tak sayang kawan? Tapi bila tengok kawan-kawan yang sedang mencari identiti diri.. hurmm..bukan salah diorang..Bila tengok pakaian kawan-kawan aku yang serba sendat dan tak cukup kain.. Diorang very up to date.. Bile kawan aku bersolek macam diva..Ape aku boleh cakap kat diorang? Bila aku nampak diorang couple.. ape role aku? Betul aku sayang korang..tapi aku nak buat ape? agak-agak kalau aku nasihat ape jadi? dayus ke kawan macam aku? kawan.. maafkan aku..aku tak tahu nak buat ape.. Maaf sebab dapat kawan macam aku..
Bukan salah kawan-kawan aku..diorang memang mencari identiti diri..aku pun perempuan dan tahu sangat-sangat hati perempuan.. sekarang ni tengah mencari perhatian..lagi ramai lelaki tengok lagi gembira..bila pakaian tak sendat rasa tak cantik, bila tak bersolek rasa selekeh..ni memang aku dah rase masa dulu..aku sama je macam kawan aku dulu..so? now what?
Bila syaitan bagi kita terasa indah segala perbuatan buruk kita..Bila kita ikut keinginan kita yang rendah..bila kita lupa tujuan Allah jadikan kita..bila kita rasa, kita dah serba cukup..bila kita tak kisah apa pandangan Allah! buatlah sesuka hatimu sampai waktu yang telah dijanjikan padamu..hari di mana amalan je menjadi bekalan..masa tu ape nak jawab?
"Tidak henti-hentinya kedua kaki seseorang hamba - di hadapan Allah - pada hari kiamat - untuk ditentukan, apakah masuk syurga atau neraka, sehingga ia ditanya perihal umurnya, untuk apa dihabiskannya, perihal ilmunya, untuk apa ia melakukannya, perihal hartanya, dari mana ia memperolehinya dan untuk apa dinafkahkannya, juga perihal tubuhnya, untuk kepentingan apa dirosakkannya - yakni sampai matinya itu digunakan apa."
Aku sayang gila kat korang.. tak mahu jadi kawan yang untuk ketawa bergembira kat dunia je..kalau boleh, nak kita sama-sama berubah..aku tahu bukan mudah..aku kena pejam mate je ke? buat-buat tak nampak je la pe korang buat..aishhhh....no way! so? how??
p/s- kalau ada dilema macam aku, kita sama-sama doa untuk mereka ye..korang pun mesti sayang kawan korang..(8:24)- Allah bataskan manusia dengan hatinya.. Kita sama-sama doa untuk kawan kita k..
No comments:
Post a Comment