IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Thursday, December 6, 2012

Dagu aurat atau tidak?



Muka dari segi bahasa Arab ialah: daripada hujung dahi sehingga kepada dagu. ataupun dengan kata lain: yg dapat dilihat ketika berhadapan antara satu sama lain. maka tidak syak, dagu juga dilihat apabila kita berhadapan antara satu sama lain.

(i) Sebahagian ulama berpendapat Dagu termasuk dari bahagian Muka , maka dagu dikatakan bukan aurat
(ii) Sebahagian ulama lagi berpendapat, Dagu termasuk dari bahagian dalam (leher) , maka dagu dikatakan aurat

Seperti yg kita semua maklum, Aurat seorang perempuan adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Para ulama bersepakat bahawa, Aurat perempuan ketika berada di luar adalah sama seperti ketika berada di dalam solat.

Saya pilih dagu bukan aurat kerana pendapatnya lebih kuat seperti al imam as syafie , al imam ibnu hajar al as qalani, imam Ar-Ramli, Al Imam As sayuti, imam An- Nawawi dan ramai lagi yg bersependapat dgn mereka.. Namun ada sebahagian kecil ulama yg menyelisihi ulama2 di atas.. kita tak boleh salahkan mana2 ulama, itu pendapat mereka, itu ijtihad mereka, itu bidang ilmu mereka… 

Secara mudah nak faham, saudari tengok pada wajah lelaki, setakat mana janggut lelaki dibhg bawah dagunya , maka disitulah sempadan antara muka dgn leher… sy rasa tak semua bahgaian bawah dagu janggut sampai, dlm ¾ bahagaian bawah dagu shj… maka disitulah yg katakan sempadan muka dgn leher yg dikatakan ulama..

p/s - namun wanita lebih wara' pakai hingga bawah dagu ketika solat..Tapi adalah tidak salah bg kita memilih pendapat mana yg harus dipakai… berlapang dada dan tak perlu gaduh2..


No comments: