IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Saturday, December 3, 2011

Berkati kami Ya Allah





       Dulu masa halaqah, selalu jugak bincang pasal momentum dakwah yang semakin berkurang bila dah jejak alam perkahwinan. Malah ada je yang tinggalkan dakwah dan teruskan kehidupan seperti insan lain, bekerja cari rezeki, buat baik pada ibu bapa dan ibadat wajib lain je. Tapi pada saye, kita hanya akan jadi 2 situasi bila kita dah kawen, sama ada lebih buruk atau lebih baik.. jika tinggalkan dakwah, jadilah lebih buruk dan jika makin kuat dakwah sebab ada penyokong di belakang maka lebih baik lah.. tentu sesiapa pun tak mahu jadi lebih buruk kan?? 

      Bila si isteri berat nak lepaskan suami pergi berprogram, buzy dengan tugas, dan macam-macam komitmen lagi. Banyak komitmen lelaki selepas berkahwen, pada isteri, pada dakwah, pada pelajaran atau kerja dan keluarga yang dah makin berkembang. 

       Ape si suami patut buat? dahulukan perkara lain atau dakwah? contohnye, dah plan baik punya nak pergi honeymoon tapi mase yang sama ada program penting pulak. dah la nak jumpa isteri pon entah berape bulan sekali. Tentu lah si isteri yang faham itu rela si suami pergi ke program daripada bersamanya. namun, percaya pada saya, itu bukan mudah! air mata confirm tak leh tahan, hati suami pulak berbelah bahagi.. alahai isteriku sayang .. bisik hati suami.. jangan tinggal aku suamiku.. bisik hati isteri.. besar pengorbanan yang perlu dilakukan. semoga Allah membalas pengorbanan ini...

      Perkahwinan bukan penghalang si suami teruskan ape yang dah dimulakan.. Zaman kita tak perlu angkat pedang pergi berperang! cume perlukan pengorbanan waktu, kasih sayang dan tenaga. Tapi tentunya kasih pada Allah dan Rasul diutamakan.. 

p/s- belajar relakan hati.. duduk pun berjauhan, kalau hujung minggu berprogram, tak dapat la telefon.. mesej 1 or 2 pon jadilah.. saya suka mesej ni   'maafkan abang, ape pun sayang sentiasa kat hati abang, jangan nangis ye, semua ni demi agama islam, doakan abang jadi pemimpin islam yang mampu menegakkan syariat islam'.. 


No comments: