IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Sunday, December 26, 2010

Love you! but...


Entry ni tulis mase tangah mood sedih..Ya Allah..dalam dilema,tanpa tahu ape yang patut dilakukan..dan perlukan bantuan..

Sedih sangat bila aku cakap, aku sayang kau..tapi nothing I can do for you..That's it..Aku tak mampu buat apa-apa..Kata sayang.. tapi cakap "lantak kau la ape nak buat, yang penting aku jaga diri!" kata sayang, tapi sebenarnya aku selfish!

Sape tak sayang kawan? Tapi bila tengok kawan-kawan yang sedang mencari identiti diri.. hurmm..bukan salah diorang..Bila tengok pakaian kawan-kawan aku yang serba sendat dan tak cukup kain.. Diorang very up to date.. Bile kawan aku bersolek macam diva..Ape aku boleh cakap kat diorang? Bila aku nampak diorang couple.. ape role aku? Betul aku sayang korang..tapi aku nak buat ape? agak-agak kalau aku nasihat ape jadi? dayus ke kawan macam aku? kawan.. maafkan aku..aku tak tahu nak buat ape.. Maaf sebab dapat kawan macam aku..

Bukan salah kawan-kawan aku..diorang memang mencari identiti diri..aku pun perempuan dan tahu sangat-sangat hati perempuan.. sekarang ni tengah mencari perhatian..lagi ramai lelaki tengok lagi gembira..bila pakaian tak sendat rasa tak cantik, bila tak bersolek rasa selekeh..ni memang aku dah rase masa dulu..aku sama je macam kawan aku dulu..so? now what?

Bila syaitan bagi kita terasa indah segala perbuatan buruk kita..Bila kita ikut keinginan kita yang rendah..bila kita lupa tujuan Allah jadikan kita..bila kita rasa, kita dah serba cukup..bila kita tak kisah apa pandangan Allah! buatlah sesuka hatimu sampai waktu yang telah dijanjikan padamu..hari di mana amalan je menjadi bekalan..masa tu ape nak jawab?

"Tidak henti-hentinya kedua kaki seseorang hamba - di hadapan Allah - pada hari kiamat - untuk ditentukan, apakah masuk syurga atau neraka, sehingga ia ditanya perihal umurnya, untuk apa dihabiskannya, perihal ilmunya, untuk apa ia melakukannya, perihal hartanya, dari mana ia memperolehinya dan untuk apa dinafkahkannya, juga perihal tubuhnya, untuk kepentingan apa dirosakkannya - yakni sampai matinya itu digunakan apa."

Aku sayang gila kat korang.. tak mahu jadi kawan yang untuk ketawa bergembira kat dunia je..kalau boleh, nak kita sama-sama berubah..aku tahu bukan mudah..aku kena pejam mate je ke? buat-buat tak nampak je la pe korang buat..aishhhh....no way! so? how??

p/s- kalau ada dilema macam aku, kita sama-sama doa untuk mereka ye..korang pun mesti sayang kawan korang..(8:24)- Allah bataskan manusia dengan hatinya.. Kita sama-sama doa untuk kawan kita k..

Sunday, December 19, 2010

Maafkan saya mak..


Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari,mendakapimu penuh girang..bak si kecil kehilangan..
Betapa ku merindu lembutnya belaianmu..

Mak..
Di saat kita berjauhan macam ni,terasa rindu la..
Mak kat selatan, saya kat utara..
Mak yang suruh belajar jauh kat sini..
Mak kate belajar rajin-rajin, nanti jadi orang berguna..
Nape la mak suruh saya belajar jauh-jauh macam ni..tak suke la

Tak sabar nak balik rumah..
Emm rindunya saat tu..
Saya turun bas je mak mesti dah tunggu..
Mak mesti senyum tengok saya..Tanye penat tak?
Pastu nanti mak peluk..mak cium..
Mak rindu saya juga kan?? hee
Saya pun ape lagi manja-manja cakap kat mak "lapar la"..
Nanti mak mesti ketawa..dah tahu tu memang rutin saya macam tu..haha
Nanti mak masak sedap-sedap..
Wah gembiranya..
Sayangnye kat mak..

Dari kecik sampai besar pun mak sayang saya..
Mak kate lahirkan saya susah..sebab kepala saya besar..
Mak bertarung nyawa..
Maafkan saya mak, tak berniat nak buat mak menderita macam tu..
Mak kate kalau saya nangis, mak pun jadi tak menentu..
Kalau malam saya tak tidur sebab meragam, mak pun mesti tak tidur juga..
Mak kata mak sayang saya..
Saya ingat lagi..
Mak kate, saya cepat pandai cakap..
Saya comel tak dulu mak?hee
Ai mak..mana lah saya tak manja macam ni..
Tapi mak selau pesan kan? jangan jadi tak kenang budi..
Mak..dalam dunia ni, mak la paling saya sayang..

Tapikan mak,ingat lagi..
Masa umur 6 tahun, memang saat menyakitkan hati..
Ada ke patut, dapat adik..
Tak suke la masa adik lahir..
Dah la lahir  lambat, lepas tu sedap-sedap je amik tempat saya..
Mak.. mane aci!
Mak asyik menangkan adik je..
Mak cakap saya dah besar, mengalah la kat adik..
Ape pulak?
Adik tu yang mengada-ngada..
Dia tu memang suka menangis..
Bukan salah saya..
E..geram la..
Lama saya merajuk kat mak..mana taknye? kalau dah lepas adik lahir tu..saya yang kena jaga dia..
Memang la budak ni nak kena..
Sekarang adik pun dah besar..
Bes la ada adik, boleh buli dia..
Adik! pergi situ.. adik!ambik tu.. adik!buat tu..buat ni..hehe
Padan muka kau..
Nasib ada adik..bagus juga kau lahir..
Boleh sakat,cubit-cubit kalau geram..
Yeah, memang terbaik.
Tapi one thing la,walau ape pun..
Saya sayang je adik saya..

Sekarang dia dah besar juga, mak pun tak manjakan dia lagi..
Mak sayang saya..hee
Tapi tak lama lagi mak nak serahkan saya pada orang lain..
Mak..
Mak berat hati tak?
Mak jangan sedih ye..
Saya lagi la berganda-ganda sedih..
Mak restui saya dalam apa je yang saya lakukan ye..

Mak..
Saya nak tunaikan hasrat mak..
Sekarang umur mak pun dah makin meningkat..
Saya ada banyak angan-angan untuk mak..
Saya nak buat macam-macam untuk mak..
Mak..
Boleh tak saya nak buat satu permintaan?
Mak jangan pergi dulu sebelum saya berjasa pada mak boleh?
Mak..
Mak janji la kat saya..
Mak tolong la mak..
Mak....

Mak..
Saya rela pergi dulu dari tengok mak pergi dulu..
Mak, maafkan semua dosa saya ye..Halalkan makan minum saya..
Emm, rindu n sayang mak..
Insyallah, didikan mak pada saya ni cukup dah..
Moga saya jadi anak baik..
Saya akan jaga kehormatan diri saya..
Tu la hadiah saya untuk mak..
Mak jangan bimbang ye..
Saya takkan buat benda-benda yang tak elok..
Saya kan sayang mak..
Moga doa saya sampai pada mak..
Saya berusaha jadi anak yang solehah..
Nak mohon kat Allah biar mak ditempatkan di golongan orang yang beriman..
SAYANG.....mmmuahhhh

Saturday, December 18, 2010

OOopss I fall in love


Bila hati mula memikirkan si dia,susah nak lupakan, terasa rindu, menunggu mesej si dia, rasa gelisah jika tiada kabar berita, hati berbunga-bunga jika melihatnya, semua perlakuannya baik saja, perkataannya indah belaka.. Ohh indahnya perasaan ini..

Kalau orang tua-tua dulu cakap, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena.. mane taknye, tiap waktu yang berlalu kerap memikirkan si dia.. dia buat apa? dah makan? sihat tak? hari ni penat tak?dia  ada mesej lelaki lain tak or ada mesej perempuan lain tak? ohh..banyaknye nak kena fikir.. tak masuk kenangan-kenangan manis..*berbunga-bunga gitu..

Salah aku ke bila perasaan ni datang pada aku? salah aku ke salah kau? haha

Cinta itu fitrah.Fitrahnya manusia itu untuk mencintai sesuatu yang diingininya.Allah dah beritahu awal-awal pun dalam firmannya :

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)" (3:14)

Jelas dah diberitahu,Allah memang jadikan manusia yang berfirah seperti ini. So kalau seseorang tu tiada perasaan atau kehendak untuk bercinta pada pasangan lawan jenis,cinta harta dan sebagainya tu, sah lah orang tu tak normal. Hee

Memang fitrah lelaki suka pada wanita dan wanita tu suka pada lelaki. Disebabkan fitrah ni, Allah selalu menjanjikan wanita sebagai kebaikan yang dilakukan oleh seorang lelaki.

ALLAH berfirman;
"Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. "
(ar-Rahman: 70)

-emm lelaki suka tu..hee

So lelaki dah boleh pilih sekarang,nak wanita-wanita BIASA yang tiada ikatan sebagai teman untuk bermanja, bersenda, meluahkan kata-kata manis dan perkara lain yang DILARANG ALLAH di dunia sementara ni dan mendapat azab di akhirat yang KEKAL atau BIDADARI yang Allah janjikan bila kita ikut peraturan yang Allah dah tetapkan. Allah perintah kita untuk jaga pandangan dan jaga kemaluan (24:30)

Kenapa Allah suruh jaga pandangan? Lelaki lebih tahu kot..Dah memang kalau lelaki tengok perempuan rasa  best, tu yang nak tengok tu. Dah best rasa nak kat pompuan tu pulak. So dia pun try la. Kalau dapat, tak ke bonus tu? Gembira tak terkata bila taw oh perempuan yang aku selalu usha suka gak kat aku..gembiranya kamu disitu diikutti kegembiraan syaitan laknatullah..Syaitan itu turut gembira,katanya langkah seterusnya perlu dirancang dengan lebih baik! aduhai syaitan yang selalu berusaha keras merosakkan anak adam.

Kita manusia jangan la terlalu angkuh di bumi Allah. Sewenang-wenangnya melanggar peraturan yang telah ditetapkan,kufur nikmat yang telah diberi. Nikmat pada lelaki yang selalu dikufurkan-- diberi paras rupa yang 'macho' tapi diguna untuk memikat supaya wanita jatuh hati padanya, guna kebolehan untuk berkata-kata manis untuk menggoda hati wanita,sering beri kata-kata manis,,, sedang mereka tahu kelemahan wanita jika diberi kata-kata seperti itu cepat saja dia rasa 'berbunga-bunga'.

Kenapa buat macam tu? saya sebagai wanita,sangat sayang pada muslimah lain terutamanya kawan-kawan saya. Hati wanita sangat lembut, tak hairanlah di dada akhbar sering terlihat betapa mudahnya mereka  ditipu.

Allah dah tetapkan bahagian dari zina yang akan mengenainya pada anak adam! iaitu zina mata bilamana ia melihat, zina lisan bilamana ia berbicara, zina hati bilamana berkeinginan dan berangan-angan lalu tinggal kemaluan yang menurut atau mendustakan. Jadi, zina mana yang telah di lakukan? Allah dah beri amaran! Jangan kita dekati zina kerana zina merupakan perkara keji dan terkutuk ( 7:32)

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Namun ada je alasan yang diberi..
Mane ada aku hampiri zina? aku selalu bagi kata-kata nasihat,kata-kata semangat kat dia..kadang-kadang bagi tazkirah yang aku dengar kat dia.. Sedarlah bila niat tak menghalalkan cara.. Allah bagitaw dalam surah al-Ankabut:38, bila manusia memandang baik perkara buruk yang mereka lakukan walaupun mereka berpandangan tajam (berilmu tinggi).

Memang la mula tu niat kita baik, tapi syaitan tu licik, confirm dia try abis-abisan jerumuskan kamu dalam kemaksiatan.. percayalah..jangan mulakan..
Zina hati paling tak boleh elak! bila kita mengingatinya,membayanginya atau merinduinya.. mustahil la tak ingat..istigfar..Insyallah

So tak kan tak boleh suke langsung? memang tak faham hati aku! ingat senag ke nak lupakan macam tu je? hehee..

Jangan risau, carilah cinta yang diredhai Allah.. kan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah..bagi wanita,jadilah wanita itu.. saya yakin lelaki yang baik mengidamkan yang begini.. bagi lelaki carilah wanita seperti itu.. Insyallah product kamu nanti super! hee

Kalau terlalu berkeinginan pada seseorang,saranannya ialah kahwin.. Tak salah kahwin muda. Lebih baik,walau penerimaan masyrakat kurang tapi its ok. Utamakan pandangan Allah daripada pandanagn manusia.. Kalau dah berkenan, bagitaw orang tengah untuk approach. Kalau dia setuju, boleh datang jumpa ibu bapa. segala perbincangan atau perkenalan  semasa tempoh bertunang pulak mesti ada muhrim bersama atau melalui orang tengah.. muhrim or orang tengah tu yang dah baligh la,jangan adik sekolah rendah yang tak tahu pape. Insyallah jadi super iman kamu dan rumahtangga yang bakal dibina penuh kebencian syaitan namun kita sangat bahagia di bawah naungan rahmat Allah.. See.. tak rugi bila kita ikut peraturan Allah.. dapat pahala, dapat isteri atau suami soleh, rumahtangga dirahmati Allah dan Insyallah anak yang bakal lahir baik dan elok perlakuannya dan mudah dibentuk..
Ingat lah, perempuan baik hanya untk lelaki yang baik!

Teguhkanlah iman dalam hati mu.. Banyakkan la ingat Allah dan mengingati mati.. bukan ingat 'si dia'..
SAYANG KAMU! jaga kehormatan diri.. itu lebih baik..

Bagi yang dah terjerumus, pintu taubat masih terbuka luas..Allah Maha Pengampun bagi hambaNya yang ingin bertaubat..masih belum terlambat.. Namun yang belum terjerumus dan baru ke arah itu, janganlah teruskan, hargailah nikmat cinta yang Allah beri.. Sanggup ke kita ganti CINTA Allah dengan CINTA manusia? kalau betul kamu sanggup, sah kamu ni orang tak normal..hehe..gurau je.. afwan.. pokoknye kita kena berfikir secara waras.Mungkin je sekarang kita masih tak sedar tapi tak pe, nak wat camne.. sebab Allah dah bagitaw dalam surah al-anfal:24 yang Allah membataskan manusia dengan hatinya.. Allah memilih orang yang tertentu je untuk terima HIDAYAH.. adakah kamu orang itu?

Insyallah kamu lah orang itu.. Mohonlah pada Allah tika kamu bermasalah..Allah memang sentiasa merindui rintihan hambaNya..

Allahualam.. Moga bermanfaat

Friday, December 17, 2010

'Lauh Mahfuz' Mu sudah tercatat semua


Siapa yang tidak tahu bahawa memang takdir kita telah tercatat semua.Namun kadang-kadang masih menyalahkan takdir di setiap apa yang tidak kita sukai. Namun jika takdir yang mengembirakan, lupa pula kita mahu mensyukuri nikmat itu. Ingatlah bahawa susah atau senang itu semuanya ujian. Sifat manusia yang sudah rasa dirinya cukup,jarang pula mahu merintih pada Tuhan Penciptanya.Dengan itu, Allah menegurnya dengan sedikit ujian susah, biar ia kembali mengingati dan memohon padaNya. Sesungguhnya Allah sememangnya amat menyukai mendengar rintihan hambanya. Namun jika Allah tak mahu mengingatkan hambanya itu pun,itu kehendak Allah juga. Allah hanya memberi HIDAYAH pada siapa yang dikehendakinya saja.

Dalam satu kisah,seorang  wanita solehah yang mandul ini sering menunaikan solat malam dan merintih pada Allah semoga dikurniakan anak. Setiap malam malaikat mengangakat doanya pada Allah. Namun sehingga wanita itu meninggal dunia,dia masih tidak dikurniakan anak. Malaikat bertanya pada Allah mengapa tidak ditunaikan permintaan wanita itu? sesungguhnya, Allah berkehendak begitu kerana  Allah menyukai rintihan wanita itu padaNya. Subhanallah..Allah Maha Pencipta SAYANG padanya! Sedang Allah itu Maha Kaya, bisa semudahnya mengurniakan anak yang ramai pada wanita itu,bukan itu saja malah bisa aja Allah memberinya kekayaan yang melimpah ruah..Itu amat mudah bagi Allah.

Firman Allah--

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

Bagaimana dengan kita, adakah kita setabah itu? Nikmat dicintai Allah itu? apa perasaan kita jika mengetahui Allah mencintai kita?Subhanallah. Namun manusia sering mengundang kemurkaan Allah,mengikut nafsu yang menggila,mengikut telunjuk SYAITAN laknatullah!sudah berjanji pada Allah ingin menyesatkan anak Adam!

Pada diri sendiri, baru kehilangan sesuatu yang amat aku sayang. Aku rasa nikmat itu amat baik untukku,tak sangka Allah ambil balik dariku. Ya Allah.. aku tahu Kau sedang mengujiku. Mungkin saja aku selalu membuatMu murkai aku sebelum ni,hingga Kau tarik balik nikmat itu.  Ya Allah, aku takut tak kuat. Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosaku. Aku akan cuba sedaya upaya perbaiki diri balik. Mungkin ini cara kau menegur aku. Aku yang bersalah dan berdosa.Tak dapat pun nak hentikan air mata yang mengalir ni. Ya Allah,ini amat berat.Aku perlu bantuanMu Ya Allah. Ya Allah jika ini yang terbaik aku terima. Ya Allah,aku ni cuma hamba yang lemah,tak tahu apa-apa yang telah Kau rancang untuk aku. Mungkinkah akan menggantikan dengan yang lebih baik?

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah" (57:22)

Ya Allah, Alhamdulillah untuk mukjizat terbesarMu ini pada kami umat Muhammad s.a.w.Kau berbicara pada kami dan mengingatkan kami melalui perantaraan ini. Aku akan cuba memujuk hati ini. Walaupun berat ditanggung, walau pahit untk ditelan,namun Insyallah aku mampu menghadapinya. Semua dengan bantuanMu.

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, " (57:23)

Ya Allah, moga ujian ini buatkan imanku bertambah padaMu. Aku jadi sedar tiada yang kekal di dunia ini. Tabahkan aku. Aku ingin cari cintaMu. Cintailah aku sepertimana Kau mencintai para solihin yang lain..Aku terima ujian ini..Aku tak mahu jadi orang yang tidak mempercayai rukun iman yang keenam itu.Jika demikian,bukanlah aku orang yang beriman. Masalah yang aku hadapi makin bertambah-tambah nampaknya. Ya Allah, memang apa yang kita nak tak semua kita boleh dapat. Mulai hari ini, biarlah aku pendekkan angan-angan dengan megingati mati..itu lebih baik

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."  (3:185)

"Ini adalah angan-angan manusia sedang ini adalah ajalnya. Kemudian di waktu orang itu sedang dalam keadaan sedemikian - yakni angan-angannya masih tetap panjang dan membubung tinggi, tiba-tiba datanglah garis yang terpendek - yakni garis yang memotongnya iaitu kematian." (Riwayat Bukhari)

Ya Allah aku reda Engkau sebagai Tuhanku, Muhammad sebagai rasulku dan Islam sebagai agamaku..


















Sunday, December 5, 2010

Important! New way to rape females


Important message for every female who go to work,college or school alone!

If you find a child crying on the road, showing you his or her address and asking you to bring him or her there, take him or her to the police station. No matter what you do, don't go to that adress. This is a new way for gang members to rape females. Please take precaution!

So to all girls and boys, please inform this to your friends and family members..

ASP SUMAN KUMAR
D9 Bukit Aman

>>kalau dulu ada yang pura-pura langgar bumper kereta wanita untuk trick merogol..sekarang lain pula..idea bertambah kreatif dan inovatif..idea to destroyed muslimah future..how sad! Ya Allah selamatkan la saudara wanita seislamku..Cari je la yang rela! jangan musnahkan lebih ramai hidup wanita MELAYU!!!

Saturday, December 4, 2010

6 Orang Yang Mendapat Doa Para Malaikat


Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”


*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”

* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”

*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”

*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

>>saya copy article nih..sangat2 mengharap dapat keredaan Allah selalu..Subhanallah..

Suami Terkena Panahan Cinta Nyah



KUALA LUMPUR: “Saya tak kisah dan sanggup bermadu jika dia (suami) ada hubungan gelap dengan wanita lain, tapi bukan dengan manusia dua alam atau mak nyah. Sebagai wanita tulen, saya rasa terhina seolah-olah tidak berupaya melayan suami,” kata seorang wanita.


Ibu tiga cahaya mata berusia lima hingga 12 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, hatinya kini luluh lebih-lebih lagi mengetahui suami dikahwini sejak hampir 15 tahun lalu bersikap dingin terhadapnya kerana mempunyai hubungan sulit dengan mak nyah popular berasal dari Indonesia yang terkenal dengan jolokan ‘bencong’. Hubungan terlarang itu terbongkar selepas dia menemui ratusan SMS mengandungi madah cinta dihantar bencong terbabit kepada suaminya sejak lebih tiga bulan lalu.

Menurutnya, pendedahan ini bukan bertujuan memalukan suaminya, sebalik mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mak nyah warga asing yang mengambil kesempatan menggoda lelaki warga tempatan.
Lin berkata, suaminya yang bekerja sendiri mula berkelakuan pelik sejak tiga bulan lalu apabila kerap keluar malam dengan alasan mahu berjumpa rakan atau menguruskan perniagaan.

“Mulanya saya tidak curiga kerana kami sudah lama berkahwin, namun perangainya mula berubah apabila dia semakin jarang untuk ‘bersama’ saya. “Malah, ada kalanya dia lebih selesa tidur di ruang tamu dan jarang berbual dengan saya dan anak-anak. Bila ditanya dia memberi alasan kepenatan, sakit badan dan macam-macam lagi. “Sejak itu saya mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengannya, apatah lagi dia kerap kali menyembunyikan dua telefon bimbitnya daripada saya setiap kali ia berbunyi,” katanya.

Lin berkata, segala-galanya terbongkar apabila dia mendapatkan nombor telefon bimbit yang sering menghubungi suaminya dengan melakukan semakan pada bil diterima. “Saya menghubungi satu nombor yang kerap tertera dalam bil berkenaan sebelum ia dijawab suara seakan-akan wanita. Apabila diajukan soalan, ‘wanita’ bersuara sedikit garau itu memperkenalkan diri sebagai Yuni. Namun, apabila ditanya lebih lanjut, dia yang bercakap dengan loghat Indonesia mematikan telefon.

“Saya yang masih tak berpuas hati menghantar SMS bertanyakan identiti dan hubungannya dengan suami saya, namun tidak dijawab. Berikutan itu, saya minta bantuan adik menyiasat dan mengekori suami setiap kali dia keluar rumah,” katanya.

Menurutnya, persoalan itu terjawab apabila adiknya mengintip pertemuan sulit suaminya dengan seorang pondan jelita yang berpeleseran di Lorong Haji Taib 2, di sini. “Hasil maklumat mendapati lelaki lembut berusia 20-an itu warga Indonesia yang menjaja tubuh di kawasan berkenaan hampir setiap malam.

“Saya diberitahu, suami menghabiskan masa dengan minum dan berhibur dengan pondan terbabit di pusat dangdut berhampiran sebelum berasmara di bilik sewa pondan itu,” katanya. Menurutnya, dia yang menjejaki pondan terbabit akhirnya mendapat maklumat lelaki lembut itu menjaja tubuh di kaki lima kawasan terbabit dengan bayaran RM50 sekali perkhidmatan.

“Saya tak dapat bayangkan apa yang ditawarkan pondan itu kepada suami saya, namun yakin ia menyebabkan suami saya ketagih. Saya dilayan seolah-olah tidak wujud padahal saya juga inginkan perhatiannya.

“Jika ikutkan hati mahu saja saya mengupah orang memukul pondan terbabit, namun bimbang ia akan lebih mengeruhkan rumah tangga kami. Apa yang saya tahu pondan warga asing hanya berminat pada wang dan bukan cinta,” katanya.

>>memang la si indon tu nak duit cik kak..takkan cinta?erkkk.. orang kita ni nak cabar Allah ke?nak jadi macam kaum Lut? Dibinasakan hingga ke akar2 sampai kita tak tahu pun kaum tu wujud suatu masa dulu!taw pun sebab dalam Al-Quran.. Allah bagi penagguhan dah nih.. Moga Allah beri hidayah dan sempat bertaubat..takut!

Thursday, December 2, 2010

Isteri curang tak kurang macam pelacur!

SAYA berusia 37 tahun dan berasal dari utara tanah air. Saya berkahwin enam tahun lalu dan ada seorang anak lelaki. Perkahwinan kami bahagia hinggalah Mac lalu apabila saya dapati isteri selalu berbalas SMS dan bersembang di laman sosial (chatting) hingga larut malam.


Pada satu malam setelah isteri tidur, saya memeriksa kandungan SMSnya dan terkejut kerana ada SMS daripada lelaki yang mengandungi ayat dan perkataan berbaur cinta. Saya memarahi isteri dan bertanyakan sejauh manakah hubungan mereka.

Isteri saya mengatakan mereka cuma berhubung melalui SMS dan telefon. Setelah saya menceritakan perkara berkenaan kepada ibunya, isteri saya tidak lagi melakukan perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.Dua minggu lalu, isteri meminta kebenaran untuk menggunakan komputer riba saya dan membaca e-mel yang sudah lama tidak dibuka.

Dia memberitahu saya kawannya menghantar sesuatu menerusi e-mel tetapi setelah memuat turun, dia tidak tahu ke mana bahan itu disimpan.Dengan kuasa Allah, saya menjumpai apa yang didakwa isteri saya dihantar oleh ‘kawannya’. Hampir pengsan saya dibuatnya kerana yang dihantar adalah gambar seorang wanita menyelak bajunya dan mendedahkan buah dada.

Walaupun gambar itu dari paras leher ke pinggang (kerana gambar diambil dengan kamera web pada komputer riba), saya dapat mengagak itu adalah isteri saya berdasarkan rantai tangan dan rantai leher dipakainya.Baju singlet yang dipakai juga kepunyaan isteri saya. Oleh kerana tidak boleh berdalih lagi, isteri saya mengaku itu gambar dia, tetapi dia mendakwa tidak menyelak bajunya ketika ‘chatting’.

Oleh kerana terlalu marah, esoknya saya mencari lagi di dalam komputer dan terjumpa empat keping lagi gambar yang amat mengaibkan, di mana gambar isteri saya berbogel di depan kamera web dan orang yang bersembang dengannya mengambil gambarnya tanpa pengetahuannya.Saya memarahinya dan mengugut akan meninggalkannya. Dia menangis dan meminta ampun dan maaf serta berjanji tidak akan mengulanginya.

Dia juga mengatakan perkara itu sudah lama berlalu iaitu kira-kira tujuh bulan lalu dan dia tidak pernah berjumpa lelaki berkenaan.Oleh kerana teramat marah, saya meminta kata laluan e-melnya dan membuat pemeriksaan esoknya di tempat kerja.

Hampir pengsan dibuatnya kerana saya menjumpai 10 keping lagi gambar isteri saya bersama seorang lelaki di dalam kereta dalam keadaan berpelukan dan bercium pipi.Apabila pulang ke rumah pada petangnya, saya hilang sabar dan sekali lagi saya menunjukkan gambar berkenaan dan memberitahu isteri, saya sudah tawar hati kepadanya. Saya sangat kecewa dan marah apabila dipermainkan oleh isteri saya yang berlagak baik selama ini.

Saya menceritakan perkara itu kepada adik ipar saya dan dia menyampaikan kepada ibu mentua saya. Ibu mentua memujuk dan merayu saya supaya memaafkan dan melupakan apa yang terjadi serta tidak memanjangkan perkara itu. Isteri saya juga memujuk dan berjanji kepada saya dia tidak akan mengulangi perkara itu.

Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan berhasrat meninggalkan isteri saya, tetapi bila mengingatkan anak lelaki kami yang baru berumur empat tahun, saya tidak sampai hati. Apa patut saya buat? Saya buntu dan tertekan dengan apa yang berlaku.


>> cerai je lah..dayus kot laki ni..janji perempuan ni tak boleh pakai! nape la zaman sekarang banyak sangat benda macam ni..baik la dia cari isteri yang lain yang boleh bimbing anak dia tu..takkan perempuan macam ni nak harapkan dapat bimbing anak umur 4 tahun tu jadi baik? hurmmm