IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Sunday, July 7, 2013

Alhamdulillah.. kawen muda bukan penghalang kami berjaya


Syukur Ya Allah.. kini impian hampir menjadi kenyataan.. Kau beri kami penghormatan ini.. masih terngiang-ngiang di kepala suatu ketika tatkala kami mendirikan rumahtangga hampir 2 tahun lalu, banyak mulut menyindir, mencaci, benci, banyak umpatan yang kalau di dengar pedih je rase hati.. orang kampung biarlah mereka dengan dunia mereka.. pelik juga, kami tak minta walau sesen duit mereka untuk dirikan rumah tangga, tak pernah mengadu kalau tak cukup pada mereka.. 

"belum abis belajar nak kawen dah?"
" nak bagi makan ape la belajar lagi, harapkan duit mak bapak la tu"
"anak aku beli kereta, anak si 'bapak mentua aku' beli anak orang"
"hantaran 15 ribu? nak jual anak ke tu"
"kakaknye tak kawen lagi, adiknye dah nak kawen dulu?"

pedih x telinga? biarlah pape pon orang kata.. kami jatuh diketawakan, kami berjaya dbanggakan.. orang tak nak tahu kau susah macam mane mase belajar, orang cuma nak tengok hasil.. biarlah orang..

niway, dapat pass requirement dan sit exam sangat mengembirakan hati.. ini hadiah untuk mak abah dan mak abah mentua.. daripada 70 orang, 29 orang sahaja yang lepas setakat ni.. 15 orang melayu.. namun yang paling interesting bila, sume batch saye yang dah kawen lepas.. ada 7 orang.. sorang tu siap dah ada anak.. dan  kami still lepas on time after 5 years study..
yes! this course is very tough..
this is usm.. usm dentistry memang scary..
tapi system dah ditukar 2 tahun lepas.. Insyallah lebih baik..

terima kasih kat semua, sama ada yang mengutuk atau menyokong.. dengan adanya orang sekeliling, itulah sebenarnye kehidupan yang dapat buatkan kita lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan..

terima kasih buat suami tersayang sebab sentiasa beri perhatian saat suka duka belajar ni walaupun dia pon sibuk belajar lagi.. ujian hidup berjauhan selepas kawen memang betol2 mencabar.. tapi sweet la jugak.. =D

sesiapa yang nak kawen awal tapi ragu2, boleh lah beristikharah dulu.. hidup mencabar la sikit, tapi hasilnya indah.. semua manusia ada naluri dan keinginan berkasih sayang.. cuma perlu salurkan pada jalan yang betul.. dapat gayut kat telepon pon jadilah, yang penting halal dan dapat pahala pulak bermanja2 dengan suami.. kalau bermanja2 dengan awek, dapat dosa.. so fikir2 kan lah.. 

p/s : mungkin hidup bertiga lebih indah.. akan diusahakan.. doakan kami dapat cahaya mata cepat.. amin =P





No comments: