IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Monday, July 30, 2012

Tak keruan


Siapa gerangan yang buat hati ini tak keruan ye.. hurmm
Kena lebih dekatkan diri pada Pencipta..
Bulan Ramadan ni, baik sibukkan diri..
tapi tetap tak sabar nak tunggu cuti raye nih..
nak jumpa seseorang yang dah ditinggalkan dengan sekian lamanya.. ish3

kena kuatkan dan teguhkan hati nampaknya..
sayu hati pulak..
takpe la, saya kena kuat semangat..
Allah kan ada.. sentiasa dekat ..
pujuk-pujuklah hati..
sabarlah menanti..

bukan berpisah selama-lamanya, kejap je..
cube bayangkan orang lain yang lebih sadis sikit..
be grateful..
ok start to cooling down
cooler than previous..
wow.. very challenging..
cooool la.. 

p/s- kadang-kadang rase nak mengarut.. tak payah ambik pot sangat.. truly missing someone.. lets cry then smile.. 'what a scary lady'





Tuesday, July 24, 2012

Kita memang gembira orangnya..



Sedih sangat kakak tengok adik tidur, bahagian adik kat akhirat jauh lebih baik.. InshaAllah

Umat Islam di Malaysia yang sedang sangat di zone selesa, gembira bersama keluarga dan kawan-kawan.. yang sedang bergembira menunggu waktu berbuka puasa untuk ke bazar.. bergembira untuk ramai-ramai ke taraweh malam ini, tapi ada jugak yang terkandas di hujung-hujung nanti.. bergembira lagi menyiapkan diri untuk hari raya.. gembira untuk tidur yang lena, tilam yang empuk..kita terlalu gembira sampai lupa saudara kita di sana..



Kita kat sini cari makanan dalam tudung saji je, kalau tak de beli kat kedai.. tak payah cari kat tanah macam adik ni.. itu pon complain lagi sebab kena beratur la, mahal sikit la, pedas la, manis la.. tak suke la makan ni, suke makan ni je.. makanan ni pelik la, bau pelik la.. ingat-ingatlah adik kite kat sane.. ni siap makan tak habis, buang dengan bangganya tanpa rase bersalah pon.. hairan tak?  

Kita terlalu gembira di dunia ni..Saya takut kita tak dapat bergembira di 'sana' bersama mereka.. kita jadi lupa dan mengada-ngada.. makan tak sedap sikit, complain.. bekalan elektik dan air terputus beberapa jam, dah mengeluh.. hujan mengeluh, tak hujan pon mengeluh.. kena tunggu kejap bila berurusan, dah tak sabar.. tidur tilam keras sikit, mengadu sakit badan tak boleh tidur.. baju raya 1 pasang mane cukup, nak roboh gerobok pon belum tentu puas hati lagi.. bagi ujian sikit rase tak mau hidup dah, rase hidup ni cukup sampai di sini je lah.. siap putus cinta rase diri tak berguna.. dapat buat taraweh rase macam cukup bagus sangat lah, sebab solat fardu pon susah nak on time, siap terlajak subuh lagi.. 

Sebenarnya, kita rasa kita ada banyak masa lagi nak hidup.. belum konflik diri sendiri pon susah nak manage lagi.. dah gemuk nak kurus, dah kurus nak gemuk, dah gelap nak putih, dah putih nak hitam sikit lah.. rambut kerinting nak lurus, dah lurus nak kerinting pulak.. rase kurang cantik.. kurang dapat perhatian.. so post gambar kat fesbook dengan gaya yang 'mencuit hati', kot la.. pastu comment kat bawah tu, budak tak cantik dan gemuk dah.. tapi pastu ada seribu likes! banyak komitment orang kite nih.. saya tak dapat senaraikan dah sikap biasa kita nih yang sebenarnya lebih kepada tak bersyukur.. 

Bila saya bercakap bukan bererti saya tak buat, tapi mari beringat.. mudah je, mari kita bersyukur.. dan jangan lupe adik2 kita yang kelaparan kat luar sana..

Bulan penuh keberkatan ni, moga doa-doa kita dimakbulkan Allah..
Mari kita ramai-ramai doakan saudara seislam kita kat luar sana yang menghadapi dugaan yang bukan sedikit, dan saya kira jika ujian itu ditimpa pada kita.. Allahualam macam mane kite menghadapinya.. saudara-saudara kita di Syria, Palestin, Myanmar, Somalia dan semua saudara kita yang ditindas, hidup dalam ketakutan dan kebuluran.. kita di sini? happy... kan saya dah kate kite terlalu gembira..


Tengok gambar ni, sedap kita minum air jus sejuk yang menyegarkan tiap hari.. pakai mug cantik dan bersih.. syurga dunia.. tapi adik ni? pakai kasut kot..  to adik, adik kena tabah sebab syurga di akhirat jaoohhhhh lebih baik.. mase tu, adiklah yang paling untung kami yang selalu bergembira..

p/s- manusia kan sifatnya pelupa, jadi tak salah kita saling mengingatkan.. mungkin Ramadan ni sesuai untuk kita jadikan titik permulaan untuk hidup yang lebih terpandu ke arah Allah.. kita banyak sangat komitmen kat dunia, takut lupa pada Pencipta.. jom.. =)


Saturday, July 21, 2012

Muslimah by Nazrey





Salam Ramadan.. permulaan 1 Ramadan yang penuh semangat dan keberkatan.. pada muslimah, saya nak tujukan lagu pada anda.. selamat menghayati lirik.. lagu boleh search sendiri.. =)











Lagu yang baik untuk didengar dan dihayati.. muslimah ialah semua wanita islam yang tercipta dengan sangat indah, cantik, ayu dan sopan santunnya.. yang paling utama mentaati Allah, rasul dan suaminya.. ayuh wanita, jadi baik tak rugi.. lupakan khayalan dunia yang sementara.. biarlah dunia ini bagai penjara bagi kita, sesungguhnya itu lebih baik jika kamu mengetahuinya..


Ruginya jika kita hanyut di bumi Allah yang sangat fana ni.. ayuh, belum terlambat! sudah sampai masanya.. bersuka ria tiada sudahnya, hingga Allah seru 'sampai sudah waktunya kamu pulang'..marilah berubah, selagi nyawa belum sampai di kerongkong.. kita masih sempat wahai muslimah..


Ingat lah wahai muslimah.. wanita yang hebat bukan wanita yang dapat merundum iman jejaka, tapi wanita yang boleh membuatkan jejaka bertambah imannya untuk mendapatkan kamu.. bukankah itu jauh lebih baik? 

Monday, July 16, 2012

Tikus pun tak give up!


I do believe in Allah, thus what is my reason to give up?
 I have two options. 
make it or leave it.. Its just, please don't give up..
honestly, life is so tiring..
Ya Allah, please guide me..



Friday, July 13, 2012

Special to Mr Adib



emm.. dengar tu awak.. apply2.. =)


Ya Allah, ampunilah dosa suamiku, tingkatkanlah keimanannya pada Mu..
Ya Allah, jadikanlah dia insan yang berjasa pada orang lain..
Ya Allah, lindungilah suamiku dari sebarang bahaya atau malapetaka..
Ya Allah, lindungilah suamiku dari ganguan syaitan durjana..
Ya Allah, bantulah dia dalam menangani masalah dalam urusannya, berilah dia kesabaran..
Ya Allah, luaskanlah rezekinya..
Ya Allah, teguhkanlah hatinya, bantulah dia menjaga pandangannya, teguhkanlah kesetiaanya padaku..
Alhamdulillah aku dikurniakan suami seperti ini Ya Allah..
Kekalkanlah kebahagiaan rumahtangga kami Ya Allah..
Sabarkanlah kami menempuh segala dugaanMu..
Amin..


Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)

p/s - Kamu sangat ringan tulang.. tak lebihkan saya dari ibu bapa kamu.. you treat my parents like your parents.. tapi saya tahu sayang kamu tak berbelah bahagi pada saya.. Senang hati saya dikurniakan suami seperti kamu.. =)




you know what? you looks childish..  =)
patutlah kalau kite kuar dating semua orang tengok lain macam je.. 
tahap yang ada, kita tengok dia balik, dia tak kalih pandang pon.. ape hal ye? konpius2..
nanti tolong pakai misai and janggut ye.. 

to Mohamad Adib, sila jaga diri baik-baik.. moga sukses selalu.. I'm here, always pray for you.. distance between us never reduce my L*** to you  =) .. for our happiness and hopefully become stronger to face all the challenges throughout our life.. guide me.. loyal to each other.. just be a good boy