IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Friday, October 22, 2010

Tabarruj

Tabarruj itu indah?

Wanita itu antaranya ialah mama ,kakak,rakan-rakan dan saya sendiri.

"Sesungguhnya,wanita yang paling baik adalah yang menundukkan pandangan dari melihat lelaki dan lelaki tidak pula memandangnya"

Dah memang fitrah seorang wanita itu inginkan perhatian dari lelaki, menurutnya lagi ramai yang pandang lagi syok! wah..indahnya bila nafsu dituruti, bisikan syaitan didengari. Untuk memenuhi keinginan itu,wanita memilih untuk berhias sebaik mungkin,bajunya saje sudah menarik perhatian, make up yang tebal dirasakan cantik,tubuh yang dirasakan cantik mula ditonjol dengan mengenakan baju yang berbentuk di badan. Harapannya tinggi, moga ada yang melihat kewujudanya, terutamanya lelaki.

Sabda RAsulullah saw
"Wanita yang paling buruk ialah wanita yang meninggalkan rumah mereka dengan bertabarruj bebas tanpa hijab. Mereka adalah kaum munafik dan mereka tidak akan masuk syurga,kecuali sejumlah burung gagak yang berbulu putih (sangat sedikit)"

Tabarruj mempunyai maksud yang luas. Menurut Mujahid dan Qatadah,ia bermaksud berjalan dalam keadaan tidak terhormat. Muqatil mengatakan, tabarruj merupakan keadaan wanita yang menutup kepala dengan tudung tanpa menutup leher dan dadanya. Maka lihat saja zaman kini, wanita sewenang-wenangnya memakai tudung yang sangat pendek,dan kebiasaannya tidak menutup dada mereka, itulah yang dikatakan tabarruj. Mubarrad pula mengatakan bahawa tabarruj merujuk kepada wanita yang menunjukkan bentuk tubuh badannya (berpakaian ketat). Selain itu, menurut Imam al-Laits pula,tabarruj ialah keadaaan dimana wanita itu tidak menyembunyikan kecantikan wajah dan bentuk tubuh malah beranggapan ianya wajar dipamerkan.Dan Abu Ubaidah r.a berkata bahawa tabarruj ialah apabila wanita mempamerkan kecantikan dan bentuk tubuhnya dengan niat menimbulkan keghairahan kaum adam. Pendapat-pendapat ulama ini mempunyai maksud yang lebih kurang sama.

Sedih melihat gelagat wanita akhir zaman, yang merasakan perbuatan tabarruj itu adalah perkara biasa. Tanpa rasa bersalah baik muda mahupun tua.

Bila manusia lupa diri, lupa dimana bumi dipijak,lupa siapa penciptanya, lupa pada siapa perlu menghambakan diri..hambakan diri hanya pada Allah Maha Pencipta, bukan bertuhankan nafsu yang membinasa! Awas rakan-rakan.. biar kita beringat sekarang, takkan nak tunggu hari perhitungan? 'binasalah dia yang merasakan umurnya masih panjang dan ada masa tua untuk bertaubat'..
Allah memberi penangguhan pada kamu! Hari siksaan itu amat pedih,berhiburlah selagi kau mampu..

Moga Allah beri kesudahan yang baik pada saya dan kamu.. Allahualam

No comments: