Terfikir sejenak tentang kehidupan. Aku sudah bertambah umur,sekarang umur pun dah 21 tahun. Adakah separuh dari umurku, aku menjadi hamba yang benar-benar bertakwa? Mustahil!! Jahilnya aku dahulu tidak terkata, malah malu untuk diingat sekalipun. Namun kadang kala tergelak juga kerana kebodohan yang melampau. Secara jujur,aku tahu apa yang aku lakukan salah,namun tiada kesedaran. Sebab tu la aku tak pernah pandang serong pada yang sedang membuat kesalahan ‘dosa’ pada Maha Pencipta yang pada zahirnya memang kita tahu benda tu salah dan Allah murkai. Namun sape aku nak judge seseorang? Macam kerja aku nanti pun, mane boleh nak judge patient ni baik atau buruk. Let say dia ada HIV or whatever. Sesungguhnya,bukan senang nak tarbiah orang. Kita tak patut pilih orang untuk menyampaikan sesuatu yang baik, jangan la yang nampak berdosa ditinggalkan. Cepat je nak assume yang orang ni mesti susah dan tak kan dengar la apa aku cakap. Wait! Ape ni? Balum cuba dah menyerah? Dia la insane yang perlu ditarik. Itu antara dia dengan Allah, tanggungjawab kita pulak, ingatkan dia pada Penciptanya. Namun menerima atau tidak,itu terserah. Mungkin saja hidayah yang bakal dia peroleh bukan dari perantara aku. Mungkin juga kerana dosa-dosa ku yang lalu,membuatkan dia tak tertarik dan tak terbuka hati bila aku yang menyeru. Banyak lagi cara Allah boleh beri hidayah. Mungkin saja dia akan mendapatkan kesudahan hidup yang baik,sedangkan kita belum tentu lagi! Sesungguhnya Allah yang memegang hati setiap hambaNya. Hidayah itu milikMu. Allah pun dah berfirman :
“ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.”
(Al Anfaal :24 )
Tak perlu fikir yang lebih jauh, cuma sedih dengan diri sendiri yang sentiasa ada terselit sifat malas dalam diri dan karat-karat jahiliah yang aku kira tebal. Walau usia ditarbiah mencecah 2 tahun,aku tak tahu sejauh mana aku lakukan seperti yang aku selalu anjurkan atau aku katakan pada semua yang pernah mendengar dari mulut ini berbicara. Sesungguhnya demi masa,manusia kerugian. Aku salah seorang dari orang itu. Walau dalam sedar atau tidak,ada kelalaian dalam diri. Tatkala melakukan kebaikan pun bimbang hati tak kuat. Takut terdetik di hati ini bukan kerana Mu Ya Allah. Ini jalan yang bukan mudah, setiap perkataanku akan dipertanggungjawabkan kelak. Aku dah pilih jalan ni,aku wajib kuat. Moga tanggungjawabku lebih dari masa yang ada agar tiada pembaziran masa. Namun ku akui,masih ada masa tersisa walau telah cuba di isi sepenuhnya. Aku sedar bahawa apa yang aku lakukan ni sungguh berat, kalau ikut hati aku, baik la aku hanya mendengar atau yang menerima saja dan bukan yang memberi, kerana aku takut tak melakukan pun apa yang aku sarankan itu. Allah dah ingatkan dalam Al Quran :
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”
(Ash Shaff :2-3)
Aku tak mahu jadi hamba yang dibenci! Oh tidak!!! Aku mesti pegang pada ayat ni. Amat menakutkan bila menyangka telah berbuat sesuatu untuk menambah amalan, namun rupanya sedang dibenci. Dibenci oleh Maha Pencipta! Apa harus aku lakukan? Sedang dakwah itu dituntut, maka perlu bagiku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk menempuhnya. Jika nak tunggu seseorang itu bergelar syeikh atau ulama baru layak menyeru kearah kebaikan,aku yakin yang sekarang ni, aku bukan di jalan ini kerana aku mungkin masih lagi di alam jahiliahku. Aku tak dapat bayangkan jika kematian datang menjemput ketika itu. Langsung tiada bekalan. Langsung tiada!! Aku la umat yang Rasulullah s.a.w bimbangkan masa hayatnya. Maafkan lah aku..terimalah aku..