IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Tuesday, March 5, 2013

Ya Hana Naa




يَا هَنَانَـا

Ya Hana Naa

Betapa Beruntungnya Kami

 .
 .
.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-ay-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-bi Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

 .

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.

خُصَّ بِالسَّبْعِ المَثَانِى   وَحَوَى لُطْفَ المَعَأنِى

Khus-sho  bis-sab-’il  ma-tsa-niy   wa ha-wa  luth-fal ma-’aa-niy

Diistimewakan dengan ayat-ayat tujuh (Al-Fatihah), Dan penghimpun rahsia setiap makna,

.

مَالَهُ فِى الخَلْقِ ثَانِى   وَعَلَيْهِ اَنْزَلَ الله

Ma-la-hu  fil  khol-qi  tsaa-niy   wa a’-lai-hi  an-za-laL-Lah…..

Tiada ternilai kemuliaannya, Dan Allah mewahyukannya ke atasnya (Muhammad SAW).

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.
.

ULANG KORUS

 .

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-ay-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-bi Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.

 مِنْ مَكََّةٍ لَمَّا ظَهَرْ  لأَِجْلِهِ انْشَقَّ الْقَمَرْ

min mak-ka-til-lam-ma dzo-har   li-aj-li-hin syaq-qal qo-mar

Dari Makkah apa yang kelihatan, Atas permintaannya (Muhammad SAW) bulan terbelah,

 .

وَافْتَخَرَتْ  اۤلُ مُضَرْ  بِهِ عَلَى كُلِّ اْلأَنَامِ

Waf-ta-khor-rot aa-lu mu-dhor     bi-hi a’-la  kul-lil ‘a-naa-mi

Dan keturunan Kabilah Mudhar (Kabilah Muhammad SAW), Dibanggakan oleh seluruh manusia.

. 

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

.
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

.

……………………………………….

.
.

أَطْيَبُ النَّاسِ خَلْقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقًا

Ath-ya-bun-naa-si khol-qon   wa a-jal-lun-naa-si khu-lu-qon

Bagindalah manusia yang terbaik ciptaanNya, Dan teragung akhlaknya,

.

ذِكْرُهُ غَرْبًا وَشَرْقًا   سَائِرٌ وَالحَمْدُ لِلَّه

Dzik-ru-hu ghor-ba wa syar-qon    saa-‘i-ruw wal-ham-du LiL-Lah

Semua mengingatinya di barat dan di timur. Segala puji hanya bagi Allah,

 .

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

 .
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

. 

 يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

 .

صَلُّوا عَلَى خَيْرِ الاَنَامِ  اَلْمُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَامِ

Shol-luu a’-la  khoi-ril a-na-mi   al-mus-tho-fa bad-rit-ta-maa-mi

Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, Yang terpilih bak Bulan Purnama,

 .

صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا   يَشْفَعْ لَنَا يَوْمَ الزِّحَامِ

Shol-luu  a’-laiy-hi wa-sal-liy-muu  yasy-fa’-la-naa  yau-maz-zi-haa-mi

Selawatlah dan salam disampaikan kepadanya, Semoga kita mendapat syafaatnya di hari kebangkitan.

 .

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

.
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

.

 يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa….. (16X)

Betapa beruntungnya kami………………..

.

Wednesday, February 27, 2013

Terima aku seadanya




Stress mode, mari menaip di blog...

Tak mau la cite romantik-romantik sebab semua pasangan suami isteri mestilah romantik.. cuma biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, ape lagi suami isteri.. tapi special kes kiteorang ni sebab tak duduk sekali, so tak berape kena la nak ada gaduh-gaduh.. still macam orang yang bercouple je, duk gayut and jumpa kadang-kadang..tapi kalah lagi la ngan orang yang couple sebab saye tak pernah lagi dapat bunga, chocolate or candle light dinner.. kebaratan sungguh saye ni.. 

hari ni taip je pape, asal rase nak taip and terfikir..tak pe.. taip je..

meh letak gambar kawen sikit, bagi feel nak tulis entry setelah sekian lama.. ingat lagi time ni pegi outing kat medan.. penatnye la mase ni.. muka pucat tak solek pon.. lepas solat, amik bedak pakai.. tetamu lagi canggih dari saya.. lantak la.. kita mengamalkan dasar natural beauty.. 'lah sangat' kan..  ala, tak pe, sebelum ni tak pernah solek pon, kawen terpakse lah.. tu terpakse je, kalau tak kena kutuk berbakul lak dengan penduduk kampung pisang..  haha.. tak ah, orang kampung saye lah.. tapi kalau solek memang lah cantik, sape kate solek tak cantik.. artis-artis sume tu kalau tak solek, tak taw la cane muka sebenar dia.. pe kaitan artis ngan cite ni? tak pe, kan nak taip pape je.. lepas outing ni, balik kul 6 ptg camtu, terus kemas-kemas barang, sebab bas pukul 8 malam nak balik kelantan yang tak sabar-sabar nak tengok muka saye.. terima kasih usmkk ku.. erkk.. selamat tinggal romeo.. haha

niway berhabuk dah blog ni.. fuhhh... hahacumm

setahun lebih dah jadi isteri.. achievement kurang memberangsangkan.. masak tak reti lagi.. tapi, stress ah kalau sampai bab masak.. ade ke patut suami lebih pandai masak? biskut la kek la pape je la.. latest dia buatkan durian crepe.. wah, special sungguh, saya tinggal makan je.. tq2.. emm, amik engineering ke amik kos masakan ni? konfius sekejap.. 

ok dah cukup setakat ni.. kita akan bersambung.. acece, macam menaip novel lak.. 

p/s - saya nak sampaikan salam pada suami yang tengah tak taw duk wat ape kat johor.. dengan ucapan, jangan nakal-nakal.. sesungguhnya madu rasenye sangat pahit.. =)






Saturday, January 5, 2013

Sakit gigi


anda sakit gigi? mahu tampal atau cabut?

saya tolong jawab..

mula-mula nak tanya.. 

sakit tu macam mane? 
berdenyut-denyut je / sengal masa minum panas atau sejuk atau manis / sakit sampai malam pon terjaga dari tidur sebab sakit sangat..

berapa lama dah sakit?
sehari? seminggu? sebulan? setahun? 

macam mane pon sakit gigi tu, kalau dah sakit tu, tolong lah jangan tangguh2 lagi.. pergi jumpa doktor gigi terus.. sebab gigi tu tengah nazak dah tu.. 

kalau sakit tu malam2, esok baru nak jumpa doktor gigi, boleh la makan panadol dulu.. tapi jangan la tiap hari makan panadol sebab nak tahan sakit.. nanti ada masalah lain pulak..

kalau sakit tu cuma bila makan and minum sejuk, kita panggil gigi sensitif.. gigi sensitif ni, sebab lapisan paling luar gigi (enamel) dah haus atau tipis disebabkan kita mungkin suka makanan masam-masam, atau ada juga sebab yang suka mengetap gigi semasa tidur.. so dia haus la.. ada jugak yang habit dia suka muntahkan makanan yang dimakan untuk tujuan kurus.. kesannya ialah gigi menjadi haus teruk.. masalah ni sebab lapisan tengah gigi yang kita panggil dentin telah terdedah.. so, macam kena kejutan elektrik tiap kali minum sejuk.. betol tak?
kalau tak teruk, anda boleh gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif.. kalau tak hilang jugak sila jumpa doktor gigi, kami boleh tampal.. boleh bincang dengan doktor anda..

kalau sakit gigi yang teruk, selalunya orag nak cabut terus.. nanti dulu.. cabut gigi adalah pilihan terakhir bagi gigi tu.. kita kalau boleh, nak lagi selamatkan gigi tu.. cabut memang menyelesaikan masalah sebab tak de gigi maknanya tak akan ada sakit gigi kan? tapi, kalau gigi tu cabut awal, masalahnya ialah, kalau semua gigi sakit, so semua cabut lah? macam mane nak makan? kalau muda lagi? tak da gigi dah? cantik ke? takkan...
kalau sakit, jumpa doktor, jangan suruh cabut terus.. tanya dulu boleh selamatkan lagi tak?

ok macam ni, kalau sakit tu dah lama sangat, kemungkinan gigi tu memang dah mati la.. maksudnya, tak de blood supply kat situ.. kita boleh buat rawatan akar.. rawatan akar ni mahal la sikit.. kalau cabut sayang.. rawatan akar tu, gigi ada kat mulut tapi sebenarnya gigi tu mati dah.. so boleh guna lagi.. boleh jugak, kalau kaya.. cabut pastu tanam gigi.. tapi memang mahal la.. private dalam rm6000..

kalau gigi tu sakit yang 50% mungkin leh selamatkan lagi, selalunya doktor akan buat tampalan sementara dulu.. mase tampalan sementara ni, kalau tak da masalah sakit.. doktor akan tukar pada tampalan kekal.. tampalan sementara tu, doktor ada bubuh ubat kat tempat rosak tu.. kalau boleh dirawat lagi kan bagus tu..

p/s- niway, kalau sakit jangan mintak cabut terus, sebab nanti kalau pakai gigi palsu tak sedap pon.. macam pakai gigi batu gitu.. tak de rase.. gigi natural is the best.. take care of your teeth ok? =)

Saturday, December 29, 2012

tips untuk photographer untung besar..


saye tahu cameraman memang untung.. tapi saye ada tips untuk korang jadi lebih untung.. sebab saye tak rase korang ni cukup untung..

niway saye memang admire orang yang pandai ambil gambar.. lepas touch up sume, hasil kerja memang superb.. hasil karya sume memang patot dapat pujian.. niway, the thing is.. you are always need models rite? model yang paling menguntungkan ialah orang kahwen.. rite? its not a big deal.. cume, tak pe je kalau pengantin tu pakai molep-molep.. ni yang tak berape molep.. guane tu?

as simple as budak tadika pon tahu, kita tak boleh bekerjasama ke arah kemaksiatan.. selalunye.. saye stress kat sini selalunye and bukan semua.. selalunye, wanita2 ni kurang autratnye yang ditutup.. katenye, sekali seumur hidup.. katenyelah.. suaminye pon hari pertama jadi suami, dapat hadiah or saham dosa dari isteri yang dia sayang sangat.. kalaulah dia tahu yang isterinya tu selalu bagi dia dosa, confirm dah kena cerai.. ni kalau suami tahu la.. sape yang sanggup terima dosa berpanjangan.. kenape berpanjangan? dah la gambar yang diambil photograper tu tak molep modelnye.. sebar pulak kat fb.. semua orang puji gambar cantik.. so, selagi gambar tu dilihat leh mata2 manusia yang bukan mahram.. berdosalah kesemuanya.. yang buka aurat confirm dah dosa, suami yang merelakan pon dosa, photographer pon dapat dosa yang sama.. berbaloi? yang tengok pon dose jugak.. ape ni? kenapa pusing2 sume orang dapat dosa? rantai ni camne nak putuskan? ishh.. menyuahkan bukan?

niway photographer sekalian... rase dah cukup untung dengan hasil rezeki yang aku kira kurang baik.. menyebarkan photo yang tidak menutup aurat tu salah.. sekarang kan trend pre wedding lak.. untung ke? photographer yang bijak tak akan menjerumuskan diri dalam perkara2 ni..

p/s- semua yang mengambil gambar, maksudnye.. sesiapa je yang pandai tekan button capture, jangan ambil gambar yang tak patot ambil, pastu siap share kat fb.. walau kita orang yang menjaga.. dose kite same dengan yg tak menjaga tu.. tak berbaloi kan? kalau nak untung, biarlah untung di dunia dan akhirat.. jangan untung di dunia, muflis di akhirat.. carilah rezeki yang baik.. peace!

Friday, December 28, 2012

Selamat tinggal sahabat.. moga damai di sana..


sekarang kau sedar bahawa mati itu pasti.. kematian kau membuatkan aku sedar juga kematian itu pasti.. kita sebaya.. Allah telah memanggilmu awal dari aku.. bila agaknya giliran aku.. genap seminggu kau pergi..
sediakah kau sebenarnya, untuk bertemu Tuhan kita? boleh tak kiranya aku katakan disini, yang aku tak sedia lagi jumpa Tuhan kita sekarang ni sebab aku tak cukup amal lagi dan masih lalai di dalam dunia yang kau dah tinggalkan ni?  walau jawapanya aku sudah tahu.. aku masih berharap Allah panjangkan umurku..

sahabat.. aku harap kau sempat bertaubat dan kematianmu merupakan syahid.. maafkan aku sekiranya aku tak pernah menegur salah silap yang kau lakukan.. segalanya sudah terlambat.. kini kita di dunia yang berbeza.. hanya Al Fatihah mampu aku kirimkan.. 

Ya Allah, Kau selamatkanlah dia dari azab kubur.. jangan Kau sempitkan kuburnya.. ampunkanlah segala dosa-dosanya.. peliharalah dia dari azabMu Ya Allah.. 

sesuungguhnya, mati bukan sekadar mati.. hanya jasad dimamah tanah.. namun roh yang sentiasa hidup, harus bertanggungjawab dengan setiap niat, perkataan, perbuatan yang kita lakukan di dunia.. 
aku tahu, aku aku akan menyusulmu kawanku, mungkin sebentar lagi, mungkin esok, lusa.. bila-bila sahaja.. dan sudah tentu aku masih lagi seperti sekarang, masih berkata.. aku tidak bersedia untuk MATI!!! wajarkah begitu? kematianmu memang pukulan hebat bagiku.. bukan sebab kau special bagiku, cuma kita sebaya.. umur yang sangat muda.. sudah tentu, kalau aku orang yang dipilih itu.. aku tidak sedia.. 

p/s- beramal lah seakan-akan aku akan mati esok hari.. berkerjalah dan berusahalah seolah-olah aku akan hidup selama-lamanya.. segalanya perlu seimbang.. tapi honestly, aku lebih bahagian dunia.. bagaimana dengan sahabat lain? ingatlah mati, kerana ianya menajamkan fikiran.. orang yang bijak banyak mengingati mati.. tapi orang yang bodoh macam aku, jarang sekali ingat mati.. 

Al Fatihah buat sahabatku mohamad syafiq faiq bin baharudin yang kemalangan di kajang minggu lepas.. 
hope someone tahu password FB dia, will deactivate it for his sake.. moga kau ditempatkan di kalangan orang beriman.. 



Monday, December 24, 2012

Encik suami datang kelantan =)


thanks sebab datang walau cuma sehari..
datang jengok kekasih hati..

bes jalan2 walau sehari..
pagi2 sampai, sempat pergi dengar ceramah tok guru kat KB..
muka eager betol, khusyuk je..
pastu sempat gak lagi shoping kat gerai2 tepi tu.. beli tudung labuh warne purple.. nice!
makan pagi nasi bungkus..
tegahari baru check in, penatnye.. 
sempat tidur jap time orang pergi sembahyang jumaat..
pastu bangun makan nasi kukus tgahari..
petang pegi pantai makan gula2 kapas..
tengok budak-budak ni mandi-mandi..
bilalah nak ada anak sendiri.. =)
balik dari pantai tu, lapar dah..
singgah warung makan pisang goreng n kopok lekor n air milo..
penatnye, rehat2 dulu kat bilik before agenda malam.. ''che yeh kami datang!'' haha
sebelum tu, malam makan nasi kat umah ayah angkat siap buah2..
ok sememangnya, love is getting fat together..
sampai che yeh, hujan renyai2.. jalan je la.. beli skirt labuh and buah delima..
encik suami jalan2 je, tak beli pape.. jimat la tu.. 
sampai bilik pukul 12 malam, kalau cenderella mau bertukar dah kereta dia jadi labu.. hehe

ikatan yang halal memang amazing..
perasaan kasih sayang yang semakin mendalam..
Alhamdulillah Ya Allah
kau kurniakan aku suami yang baik..

terima kasih sebab jage pergaulan dengan kawan perempuan..
terima kasih sebab jage pandangan..
terima kasih sebab jaga diri dengan baik..


p/s- terima kasih sudi datang walau sekejap je.. lain kali nak jumpe lagi ok? seronok la dating ngan awop.. miss you =D





Wednesday, December 12, 2012

I'm married lah, don't disturb me..


bertudung labuh bukan lagi penjamin tak diganggu zaman sekarang ni.. zaman jahiliah moden ni lagi dasat nampaknye.. then, its mean kena berpurdah tutup litup habis ke? kot.. iye sebenarnye.. emm.. kena gangguan hebat pulak lepas dah kawen ni.. makin setiap hari pulak nampaknye.. kadang tu siap terfikir nak bawak suami datang usm ni, jalan pusing usm sambil pegang tangan.. barulah lepas ni tak tengok dah bini orang ni.. solution lain mungkin kena pakai purdah.. tapi, bukan mudah purdah tu.. easy said than done.. sedih tol la.. rum8 aku la tempat luah keluh kesah hati ni.. yang paling tak paham, tua pon gatal jugak.. anak bini kat umah tu? ke kau duda? haih.. patient2 aku yang lelaki pon gatal2.. at least kalau patient, aku leh bagitaw awal2 yang aku dah kawen.. tapi, still menyampah treat orang2 macam ni.. rase nak gerudi kasi exposed pulp tu.. pastu cabut! 'wow.. sakit mental ke aku ni.. huhu'

ni bukan luahan hati aku seorang.. aku tahu, ramai wanita kat luar sana mengalami masalah yang sama dengan aku ni.. lagi 1 aku tak paham, selalunye lelaki yang berkopiah berjubah, siap yang ada janggut tu yang tenung-menenung ni.. tak jage pandangan ke? honestly, memang kite akan perasan kalau ada orang perhati kita.. bila aku terpandang balik, bukan nak alih pandangan, siap senyum pulak.. nak cari bini pon bukan gitu caranye.. ape la karut marut ni.. kalau yang kaki2 lepak tu, aku tak leh nak cakap la.. confirm diorang tu siapa je perempuan yang lalu memang kena ganggu.. silap2 pompuan ngandung pon dia kacau gak..

ayat2 yang paling menjengkelkan..'assalamualaikum, comeinye awop' ,  'Allahuakbar comelnye!'.. 'Ya Allah comelnye'.. ingat Allah tapi tak ikut ape yang patotnya.. ok, bukan salah kau sorang.. salah aku jugak sebab tak pakai purdah.. kan? budak jage parking usm ni, tiap hari bagi salam kat aku.. sekarang aku jalan dengan laju, menonong, kerut muka, muka sombong.. sambil tengok2 jam tangan ala-ala busy.. tahap orang tengok tak berani tegur ah, kalau tegur macam nak kena maki je.. walaupon aku takkan maki orang.. setakat ni, tu la yg aku mampu..

ramai kawan2 cakap aku lain sekarang.. siap cakap kulit gebu la, berseri-seri la.. ok la.. kalau nak cantik sila kawen awal.. haha.. tapi, aku tak perasan pape pon perubahan, mungkin sebab dah semakin dewasa, tu je aku rase.. aku rase koya sungguh tulis entry ni, huhu.. cantik tang mana pon ntah la.. bukan ke semua perempuan pon cantik? niway, beauty is lies on the eyes of the beholder la..

p/s- aku tak mampu nak pakai purdah.. tak solehah mane pon nak capai tahap tu.. tapi, aku pon tak tahu ape bakal jadi mase akan datang.. mungkin pakai? wow.. mungkin je..
- bila dipuji, jangan hanyut.. istighfar banyok deh pada diri aku dan sahabat2 muslimah.. kalau yang jenis nak tarik perhatian lelaki dengan pakaian2 yang tak patot dipakai.. bergembiralah anda sekarang.. senyumlah selebar2nya.. hiduplah diawang-awangan.. ape guna orang tengok, sedang Allah pon malu nak lihat hambaNya dalam keadaan itu.. ok la.. sangat menyampah tulis entry ni sebab entah lah.. kalau saya secantik siti nurhaliza, baru layak post gini.. ni? huhu..