sekarang kau sedar bahawa mati itu pasti.. kematian kau membuatkan aku sedar juga kematian itu pasti.. kita sebaya.. Allah telah memanggilmu awal dari aku.. bila agaknya giliran aku.. genap seminggu kau pergi..
sediakah kau sebenarnya, untuk bertemu Tuhan kita? boleh tak kiranya aku katakan disini, yang aku tak sedia lagi jumpa Tuhan kita sekarang ni sebab aku tak cukup amal lagi dan masih lalai di dalam dunia yang kau dah tinggalkan ni? walau jawapanya aku sudah tahu.. aku masih berharap Allah panjangkan umurku..
sahabat.. aku harap kau sempat bertaubat dan kematianmu merupakan syahid.. maafkan aku sekiranya aku tak pernah menegur salah silap yang kau lakukan.. segalanya sudah terlambat.. kini kita di dunia yang berbeza.. hanya Al Fatihah mampu aku kirimkan..
Ya Allah, Kau selamatkanlah dia dari azab kubur.. jangan Kau sempitkan kuburnya.. ampunkanlah segala dosa-dosanya.. peliharalah dia dari azabMu Ya Allah..
sesuungguhnya, mati bukan sekadar mati.. hanya jasad dimamah tanah.. namun roh yang sentiasa hidup, harus bertanggungjawab dengan setiap niat, perkataan, perbuatan yang kita lakukan di dunia..
aku tahu, aku aku akan menyusulmu kawanku, mungkin sebentar lagi, mungkin esok, lusa.. bila-bila sahaja.. dan sudah tentu aku masih lagi seperti sekarang, masih berkata.. aku tidak bersedia untuk MATI!!! wajarkah begitu? kematianmu memang pukulan hebat bagiku.. bukan sebab kau special bagiku, cuma kita sebaya.. umur yang sangat muda.. sudah tentu, kalau aku orang yang dipilih itu.. aku tidak sedia..
p/s- beramal lah seakan-akan aku akan mati esok hari.. berkerjalah dan berusahalah seolah-olah aku akan hidup selama-lamanya.. segalanya perlu seimbang.. tapi honestly, aku lebih bahagian dunia.. bagaimana dengan sahabat lain? ingatlah mati, kerana ianya menajamkan fikiran.. orang yang bijak banyak mengingati mati.. tapi orang yang bodoh macam aku, jarang sekali ingat mati..
Al Fatihah buat sahabatku mohamad syafiq faiq bin baharudin yang kemalangan di kajang minggu lepas..
hope someone tahu password FB dia, will deactivate it for his sake.. moga kau ditempatkan di kalangan orang beriman..
No comments:
Post a Comment