IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Taat suami semudah ABC?



"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].


Hadis riwayat muslim pon bagitaw yang seindah perhiasan tu wanita solehah..

Senang ke nak jadi solehah? 

Solat 5 waktu 
- maksudnye, on time and khusyuk.. emm selalunye tak memenuhi kriteria
 bukan sekadar 5 waktu.. that's why, kite kena topup dengan solat sunat.. kalau susah sangat bangun tahajud, kite leh wat sunat yang paling disarankan iaitu sunat sebelum subuh and dhuha.. yang penting istiqamah.. 

puasa bulan ramadan
-puasa means puasa.. bukan tahan lapar dahaga je.. maksudnya, tak leh ngumpat, tak leh wat maksiat, and solat tu memang tunjang puasa la.. selalunye memang puasa, tapi banyak lagha dari bermanfaat mase puasa tu.. so, paham2 la.. penuh ke tak kriteria tu.. that's why perlu puasa sunat.. 
nak share cite sikit, pesakit saye ada kencing manis and mase tu level gula dia 10 or 11.. then, he decide untuk puasa isnin and khamis.. sangat menakjubkan, sekarang gula dia tak pernah lebih dari 4 pon.. Subhanallah.. dia cakap, dia tak jaga makan pon.. saye sendiri cek darah dia, and tanya rahsia macam mane dia boleh kawal blood sugar dia.. dia tak educated pon, siap tanye saye, 3.6 tu tinggi tak? memang tak la pak cik.. tu sampingan la.. 

jaga kehormatan diri
- emm, jaga means jaga la.. gaul laki pompuan tak leh, so jangan la.. kalau kat kelas or tempat kerja, cakap pasal kerja je la, tak yah nak bergurau senda sangat.. suami orang, bini orang, anak dara orang, anak teruna orang... semua wajib jaga.. tak payah ada kawan baik lain jantina pon boleh.. kite taw nape Allah larang.. hati ni nakal, cepat je rase suke kat sesape je.. lebih buruk lagi, leh je timbul suka even kat suami or isteri orang.. tak yah la kua makan sesame group laki and group pompuan or study sesame ke.. pompuan laki memang terhad and terbatas sepatotnye.. tapi pas ke kite yang ni? ramai tak pas jugak..

taat suami
- taat suami mudah ke? semudah setiap perkataannya hanya diangguk, diturut and tak membantah walau rase tak puas hati.. tak pernah sakit hati walau terasa sakit.. taat means taat.. tahap kalau tak dengar cakap suami, pastu solat pon tak akan diterima selagi suami tak redha pada kita.. reda suami is reda Allah.. kalau rase ego tinggi and tak sedia ikut telunjuk suami, baik lupakan la niat nak kawen tu.. risau, lepas kawen create more harm.. kawen bukan semudah ABC.. taat bukan benda mudah.. sebab tu la kena selalu mintak maaf sebelum tidur.. takut suami ada terasa hati yang kita tak perasan, apatah lagi isteri yang sengaja menyakitkan hati suami kerana egonya dia n sebab dia tahu suami dia sayang dia.. merajuk la, tarik muka la, tinggi suara la.. emmmm... sukar2..
saya pernah hampir tersungkur dengan keegoan sendiri, tapi return to Allah, segala yang perit akan jadi indah.. Allah bagi perintah, mesti ada sebab dan hikmah yang sangat seni untuk difahami..
suami saye suruh pakai purdah.. saya tak sedia langsung.. saya tak pakai lagi, mintak tangguh and dia setuju je.. berat sebenarnya, tapi kena gagahkan jugak suatu hari nanti.. moga Allah buka hati saya.. 

p/s- saya sangat kagum pada wanita solehah.. saya langsung tak ada ciri2 wanita solehah.. semudah-mudah cara wanita dapat masuk syurga sebenarnya amat berat bagi saya... tapi amat mudah bagi wanita solehah.. layak ke saya mimpi syurga? jom2 kita berubah sikit2, lame2 jadi bukit.. bila fikir-fikir balik, hidup kat dunia ni sekejap je, amal pon tak de, jadi risau dengan komitmen dunia yang terlalu banyak.. tak kan nak jadi hamba dunia? hamba kemewahan, kecantikan.. semua tu akan lesap sekelip mata.. banyakkan muhasabah diri, banyakkan ingat mati...

Saturday, June 16, 2012

hari ini dan hari esok..


Hari ini mungkin dia tidak bertudung,hari esok mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya..
Hari ini mungkin dia ketat pakaiannya, sosial juga orangnya dalam pergaulan, hari esok mungkin dia adalah yang lebih labuh dan tawadhuk pemakaiannya, menjaga ikhtilatnya..
Hari ini mungkin dia seorang yang lalai solatnya, hari esok mungkin dia adalah yang paling istiqamah QIAMULALLAIL dan qurannya..
Hari ini mungkin dia seorang yang ingkar pada aturan Allah, hari esok mungkin dia paling menjaga perlakuannya demi Allah..

Kita tidak tahu dan tidak akan pernah tahu..
Tugas kita bukan menjelekkan, mengumpat keburukan dan me'neraka'kan orang..
Tapi mengajak manusia ke jalan Allah dan mendoakan kebaikan untuknya..

Hidayah itu milik Allah..nobody knows.. who are you to be judgemental? Allah create us, Allah is the One who deserve for it, not human... 

 Zaman sekarang, bertudung tu biasa kita nampak, tapi tutup aurat tu yang tak biasa kita nampak.. sometimes sampai kita pelik, dia nih bertudung macam ni, baik tak payah pakai.. nope! please never cakap macam tu.. mungkin dulu dia tak bertudung, sekarang bertudung tapi belum lengkap.. kena step by step.. perubahan drastik sometimes may not work.. its may relapse.. Allah turunkan pengharaman arak pon berperingkat2.. sebab Allah cipta kita.. Dia lebih tahu sifat manusia ciptaanNYA..

Saya antara yang sangat faham keletah perempuan zaman sekarang, bcoz few years back, I'm one of them.. mungkin sebab berkat doa kamu, saya berubah.. now, tolong la doakan yang lain jugak... cara menegur sangat perlu berhemah ye.. saya pernah ditegur dengan kasar tentang pakaian saya.. at that time, saya sakit hati sangat and just said.." kau ingat kau tu bagus sangat ke?" kalau mengumpat tu dah berbakul2 dah la saya dapat.. niway, I'm stressing here.. don't be judgemental.. for those who are love their freinds, pray for them.. 


p/s - Tak perlu dihina dan dikata seseorang itu kerna kita tidak tahu pengahirannya dan pengakhiran kita =D





Friday, May 11, 2012

Kematian yang mendekatiku....


Selamat hari lahir buat diri ini.. sepanjang 23 tahun aku di muka bumi ini, what is my contribution? umur aku dah semakin dekat dengan kematian.. umurku dihabiskan untuk ape? how percentage of my ibadah over my age?  still looking for myself... who am I?

Allah turunkan aku di muka bumi ini untuk dicuba.. dicuba dengan setiap perkara.. kekurangan atau kelebihan, itu semua cubaan..

Jika lebihnya aku ini sebab bisa berkata-kata dan tidak bisu.. bisakan aku menjaga lidah ini sebaik mungkin? terlalu payah rasanya... maka pada mereka yang bisu, usah berduka kerna sesungguhnya Allah mengasihimu lebih lagi.. kerna aku, lidahku tidak selalu basah untuk berzikir.. byk juga dosa dari lidahku ini..

Jika lebihnya aku cerdik pandai orangnya... bisakah aku manfaatkan ilmu yang aku ada? adakah bagus pada akademik itu cerdik? cerdiklah aku kiranya aku belajar kerana Allah! adakah aku merawat patientku semua dengan ikhlas? selalu mengeluh kekurangan requirement? rase tak puas hati bila patient tak dapat hadir appointment? itu aku... Ya Allah mengapa aku begini?? aku mulai goyah.. aku mulai lupa.... aku tidak setia padaMu... aku semakin berpaling...

Aku terasa penat dibumi ini..kadang-kadang terasa bagai penjara... tapi, aku ingin lihat semula, adakah aku ini di sibukkan dan dipenatkan hal-halnya dunia atau akhirat? aku sendiri tahu jawapannya...

Aku cume insan kerdil yang singgah sebentar untuk mewarnai hidup insan-insan yang aku sayang... aku ada family and plus ada husband sekarang...

Selain Allah dan rasulNya.. aku ada banyak lagi komitmen.. suamiku... ibu bapaku... keluargaku semua.... saudara seislamku... patientku semua.... ini semua amanah untukku...

Suka mengeluh? ya itulah aku... teruskan begini? hingga malaikat maut menjemputku?

NOPE! farah please... Ya Allah.. bantulah aku... ampunkan aku....

p/s- tepuk dadaku tanya imanku apa khabar dia... some modification needed here! akhirat should be my priority... show me the way Ya Allah... Allah always with me.. when I feel too weak, then I realized Allah was here.. once again, I realized that kekurangan lebih baik dari kelebihan.. kurangnya aku, buat aku lebih dekat pada Maha Pencipta.. perjuangan harus diteruskan..

aku kena sedar, sesungguhnya tiada sehelai daun pon yang gugur tanpa pengetahuan Allah.... Allahuakbar!

Thursday, January 5, 2012

Pahala Isteri



  • Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya. 
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat. 
  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak. 
  • Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. 
  • Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya). 
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah. 
  • "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi." 
  • Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat. 
  • Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya. 
  • Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya. 
  • Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi. 
  • Memberi/membuat segelas air untuk suami fadhilatnya ibarat mendapat pahala puasa sunat 1 tahun 
  • Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami fadhilatnya ibarat mendapat pahala haji dan umrah 
p/s- sayang ketat-ketat..

Saturday, December 4, 2010

6 Orang Yang Mendapat Doa Para Malaikat


Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”


*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”

* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”

*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”

*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

>>saya copy article nih..sangat2 mengharap dapat keredaan Allah selalu..Subhanallah..

Sunday, November 28, 2010

Kenapa Doa Ditolak?


1) Dosa kerana mengingkari pemimpin.

Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahan, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasik dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.

2) Dosa kerana tidak taat pada pengajar

Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.

3) Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.

Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat.
Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.
Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

4) Dosa kerana derhaka kepada suami.

Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya."
Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.

5) Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.

Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.
Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.

>> so better we evaluate ourselves.. nobody is perfect but still we can try to be soleh.. InsyAllah..