IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Sunday, July 7, 2013

Alhamdulillah.. kawen muda bukan penghalang kami berjaya


Syukur Ya Allah.. kini impian hampir menjadi kenyataan.. Kau beri kami penghormatan ini.. masih terngiang-ngiang di kepala suatu ketika tatkala kami mendirikan rumahtangga hampir 2 tahun lalu, banyak mulut menyindir, mencaci, benci, banyak umpatan yang kalau di dengar pedih je rase hati.. orang kampung biarlah mereka dengan dunia mereka.. pelik juga, kami tak minta walau sesen duit mereka untuk dirikan rumah tangga, tak pernah mengadu kalau tak cukup pada mereka.. 

"belum abis belajar nak kawen dah?"
" nak bagi makan ape la belajar lagi, harapkan duit mak bapak la tu"
"anak aku beli kereta, anak si 'bapak mentua aku' beli anak orang"
"hantaran 15 ribu? nak jual anak ke tu"
"kakaknye tak kawen lagi, adiknye dah nak kawen dulu?"

pedih x telinga? biarlah pape pon orang kata.. kami jatuh diketawakan, kami berjaya dbanggakan.. orang tak nak tahu kau susah macam mane mase belajar, orang cuma nak tengok hasil.. biarlah orang..

niway, dapat pass requirement dan sit exam sangat mengembirakan hati.. ini hadiah untuk mak abah dan mak abah mentua.. daripada 70 orang, 29 orang sahaja yang lepas setakat ni.. 15 orang melayu.. namun yang paling interesting bila, sume batch saye yang dah kawen lepas.. ada 7 orang.. sorang tu siap dah ada anak.. dan  kami still lepas on time after 5 years study..
yes! this course is very tough..
this is usm.. usm dentistry memang scary..
tapi system dah ditukar 2 tahun lepas.. Insyallah lebih baik..

terima kasih kat semua, sama ada yang mengutuk atau menyokong.. dengan adanya orang sekeliling, itulah sebenarnye kehidupan yang dapat buatkan kita lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan..

terima kasih buat suami tersayang sebab sentiasa beri perhatian saat suka duka belajar ni walaupun dia pon sibuk belajar lagi.. ujian hidup berjauhan selepas kawen memang betol2 mencabar.. tapi sweet la jugak.. =D

sesiapa yang nak kawen awal tapi ragu2, boleh lah beristikharah dulu.. hidup mencabar la sikit, tapi hasilnya indah.. semua manusia ada naluri dan keinginan berkasih sayang.. cuma perlu salurkan pada jalan yang betul.. dapat gayut kat telepon pon jadilah, yang penting halal dan dapat pahala pulak bermanja2 dengan suami.. kalau bermanja2 dengan awek, dapat dosa.. so fikir2 kan lah.. 

p/s : mungkin hidup bertiga lebih indah.. akan diusahakan.. doakan kami dapat cahaya mata cepat.. amin =P





Sunday, April 14, 2013

aku budak hitam


isteri : abang, meh tengok gambar ni..
suami : e.. gambar sape ni?
isteri : perghh.. ada gak kena aksi the rock kat sini.. ni saye lah!
suami : hitamnye, bile gambar ni?
isteri : tingkatan 3
suami : uish.. nasib tak kenal lagi mase ni..
isteri : belasah cukup2! haha

memang saye budak hitam.. bialah.. yang penting skg kawen dah.. tak yah nak try market, tak de market pon.. nasib suami aku nak kat aku.. Alhamdulillah.. tu la, kalau dah jodoh, senang hati je tgk walau tak sekiuk siti sifir.. emm, dulu memang tak layak nak kawan ngan budak-budak cantek, asyik kena buli je.. malang betol la.. sadis

p/s- tak pe tak kiuk asal hati kiuk

Saturday, April 13, 2013

talent aku sebab abang!

bile tadi tengok budak-budak pertandingan mewarna kat family day, teringat dulu pernah wakil sekolah melukis.. hebat cakap kau.. haha.. disebalik kehebatan saya disitu ada abang saya.. why? hehe.. setiap kali ada pertandingan melukis kat sekolah yang kena hantar, memang abang la yang lukis dan siap colour lagi.. cantik giler! dulu kan kat sekolah selalu ada pertandingan buat poster, macam-macam ada, kempen dadah la, merokok la.. then memang akan menang dan dengan bangganya amik hadiah.. bila masuk pertandingan betol-betol, ramai betol yang participate and lukisan aku memang paling hampeh dari segala yang hampeh..

paling tak boleh lupe, mase juri cari pemenang di sebalik sekian ramai orang.. aku sengaja tunjuk name tag aku.. dalam hati, eh dia ni tak perasan ke name aku?.. kalau ingat balik memang rase kiuukk sangat.. haha

tadi mase family day dengan patient, siap ada mak peserta mewarna tanya, " tak cantik ke anak saya mewarna?" .. dengan berhemah dijawab.. cantik kak, cume dia ngala tak penuh.. parents pon kiukk..

p/s - ada anak nanti nak ajar melukis orang lidi cantik2.. tu je yang  taw lukis.. =)


Tuesday, March 5, 2013

Ya Hana Naa




يَا هَنَانَـا

Ya Hana Naa

Betapa Beruntungnya Kami

 .
 .
.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-ay-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-bi Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

 .

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.

خُصَّ بِالسَّبْعِ المَثَانِى   وَحَوَى لُطْفَ المَعَأنِى

Khus-sho  bis-sab-’il  ma-tsa-niy   wa ha-wa  luth-fal ma-’aa-niy

Diistimewakan dengan ayat-ayat tujuh (Al-Fatihah), Dan penghimpun rahsia setiap makna,

.

مَالَهُ فِى الخَلْقِ ثَانِى   وَعَلَيْهِ اَنْزَلَ الله

Ma-la-hu  fil  khol-qi  tsaa-niy   wa a’-lai-hi  an-za-laL-Lah…..

Tiada ternilai kemuliaannya, Dan Allah mewahyukannya ke atasnya (Muhammad SAW).

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.
.

ULANG KORUS

 .

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-ay-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-bi Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.

 مِنْ مَكََّةٍ لَمَّا ظَهَرْ  لأَِجْلِهِ انْشَقَّ الْقَمَرْ

min mak-ka-til-lam-ma dzo-har   li-aj-li-hin syaq-qal qo-mar

Dari Makkah apa yang kelihatan, Atas permintaannya (Muhammad SAW) bulan terbelah,

 .

وَافْتَخَرَتْ  اۤلُ مُضَرْ  بِهِ عَلَى كُلِّ اْلأَنَامِ

Waf-ta-khor-rot aa-lu mu-dhor     bi-hi a’-la  kul-lil ‘a-naa-mi

Dan keturunan Kabilah Mudhar (Kabilah Muhammad SAW), Dibanggakan oleh seluruh manusia.

. 

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

.
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

.

……………………………………….

.
.

أَطْيَبُ النَّاسِ خَلْقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقًا

Ath-ya-bun-naa-si khol-qon   wa a-jal-lun-naa-si khu-lu-qon

Bagindalah manusia yang terbaik ciptaanNya, Dan teragung akhlaknya,

.

ذِكْرُهُ غَرْبًا وَشَرْقًا   سَائِرٌ وَالحَمْدُ لِلَّه

Dzik-ru-hu ghor-ba wa syar-qon    saa-‘i-ruw wal-ham-du LiL-Lah

Semua mengingatinya di barat dan di timur. Segala puji hanya bagi Allah,

 .

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

 .
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

. 

 يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

 .

صَلُّوا عَلَى خَيْرِ الاَنَامِ  اَلْمُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَامِ

Shol-luu a’-la  khoi-ril a-na-mi   al-mus-tho-fa bad-rit-ta-maa-mi

Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, Yang terpilih bak Bulan Purnama,

 .

صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا   يَشْفَعْ لَنَا يَوْمَ الزِّحَامِ

Shol-luu  a’-laiy-hi wa-sal-liy-muu  yasy-fa’-la-naa  yau-maz-zi-haa-mi

Selawatlah dan salam disampaikan kepadanya, Semoga kita mendapat syafaatnya di hari kebangkitan.

 .

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

.
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

.

 يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa….. (16X)

Betapa beruntungnya kami………………..

.

Wednesday, February 27, 2013

Terima aku seadanya




Stress mode, mari menaip di blog...

Tak mau la cite romantik-romantik sebab semua pasangan suami isteri mestilah romantik.. cuma biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, ape lagi suami isteri.. tapi special kes kiteorang ni sebab tak duduk sekali, so tak berape kena la nak ada gaduh-gaduh.. still macam orang yang bercouple je, duk gayut and jumpa kadang-kadang..tapi kalah lagi la ngan orang yang couple sebab saye tak pernah lagi dapat bunga, chocolate or candle light dinner.. kebaratan sungguh saye ni.. 

hari ni taip je pape, asal rase nak taip and terfikir..tak pe.. taip je..

meh letak gambar kawen sikit, bagi feel nak tulis entry setelah sekian lama.. ingat lagi time ni pegi outing kat medan.. penatnye la mase ni.. muka pucat tak solek pon.. lepas solat, amik bedak pakai.. tetamu lagi canggih dari saya.. lantak la.. kita mengamalkan dasar natural beauty.. 'lah sangat' kan..  ala, tak pe, sebelum ni tak pernah solek pon, kawen terpakse lah.. tu terpakse je, kalau tak kena kutuk berbakul lak dengan penduduk kampung pisang..  haha.. tak ah, orang kampung saye lah.. tapi kalau solek memang lah cantik, sape kate solek tak cantik.. artis-artis sume tu kalau tak solek, tak taw la cane muka sebenar dia.. pe kaitan artis ngan cite ni? tak pe, kan nak taip pape je.. lepas outing ni, balik kul 6 ptg camtu, terus kemas-kemas barang, sebab bas pukul 8 malam nak balik kelantan yang tak sabar-sabar nak tengok muka saye.. terima kasih usmkk ku.. erkk.. selamat tinggal romeo.. haha

niway berhabuk dah blog ni.. fuhhh... hahacumm

setahun lebih dah jadi isteri.. achievement kurang memberangsangkan.. masak tak reti lagi.. tapi, stress ah kalau sampai bab masak.. ade ke patut suami lebih pandai masak? biskut la kek la pape je la.. latest dia buatkan durian crepe.. wah, special sungguh, saya tinggal makan je.. tq2.. emm, amik engineering ke amik kos masakan ni? konfius sekejap.. 

ok dah cukup setakat ni.. kita akan bersambung.. acece, macam menaip novel lak.. 

p/s - saya nak sampaikan salam pada suami yang tengah tak taw duk wat ape kat johor.. dengan ucapan, jangan nakal-nakal.. sesungguhnya madu rasenye sangat pahit.. =)






Saturday, January 5, 2013

Sakit gigi


anda sakit gigi? mahu tampal atau cabut?

saya tolong jawab..

mula-mula nak tanya.. 

sakit tu macam mane? 
berdenyut-denyut je / sengal masa minum panas atau sejuk atau manis / sakit sampai malam pon terjaga dari tidur sebab sakit sangat..

berapa lama dah sakit?
sehari? seminggu? sebulan? setahun? 

macam mane pon sakit gigi tu, kalau dah sakit tu, tolong lah jangan tangguh2 lagi.. pergi jumpa doktor gigi terus.. sebab gigi tu tengah nazak dah tu.. 

kalau sakit tu malam2, esok baru nak jumpa doktor gigi, boleh la makan panadol dulu.. tapi jangan la tiap hari makan panadol sebab nak tahan sakit.. nanti ada masalah lain pulak..

kalau sakit tu cuma bila makan and minum sejuk, kita panggil gigi sensitif.. gigi sensitif ni, sebab lapisan paling luar gigi (enamel) dah haus atau tipis disebabkan kita mungkin suka makanan masam-masam, atau ada juga sebab yang suka mengetap gigi semasa tidur.. so dia haus la.. ada jugak yang habit dia suka muntahkan makanan yang dimakan untuk tujuan kurus.. kesannya ialah gigi menjadi haus teruk.. masalah ni sebab lapisan tengah gigi yang kita panggil dentin telah terdedah.. so, macam kena kejutan elektrik tiap kali minum sejuk.. betol tak?
kalau tak teruk, anda boleh gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif.. kalau tak hilang jugak sila jumpa doktor gigi, kami boleh tampal.. boleh bincang dengan doktor anda..

kalau sakit gigi yang teruk, selalunya orag nak cabut terus.. nanti dulu.. cabut gigi adalah pilihan terakhir bagi gigi tu.. kita kalau boleh, nak lagi selamatkan gigi tu.. cabut memang menyelesaikan masalah sebab tak de gigi maknanya tak akan ada sakit gigi kan? tapi, kalau gigi tu cabut awal, masalahnya ialah, kalau semua gigi sakit, so semua cabut lah? macam mane nak makan? kalau muda lagi? tak da gigi dah? cantik ke? takkan...
kalau sakit, jumpa doktor, jangan suruh cabut terus.. tanya dulu boleh selamatkan lagi tak?

ok macam ni, kalau sakit tu dah lama sangat, kemungkinan gigi tu memang dah mati la.. maksudnya, tak de blood supply kat situ.. kita boleh buat rawatan akar.. rawatan akar ni mahal la sikit.. kalau cabut sayang.. rawatan akar tu, gigi ada kat mulut tapi sebenarnya gigi tu mati dah.. so boleh guna lagi.. boleh jugak, kalau kaya.. cabut pastu tanam gigi.. tapi memang mahal la.. private dalam rm6000..

kalau gigi tu sakit yang 50% mungkin leh selamatkan lagi, selalunya doktor akan buat tampalan sementara dulu.. mase tampalan sementara ni, kalau tak da masalah sakit.. doktor akan tukar pada tampalan kekal.. tampalan sementara tu, doktor ada bubuh ubat kat tempat rosak tu.. kalau boleh dirawat lagi kan bagus tu..

p/s- niway, kalau sakit jangan mintak cabut terus, sebab nanti kalau pakai gigi palsu tak sedap pon.. macam pakai gigi batu gitu.. tak de rase.. gigi natural is the best.. take care of your teeth ok? =)

Saturday, December 29, 2012

tips untuk photographer untung besar..


saye tahu cameraman memang untung.. tapi saye ada tips untuk korang jadi lebih untung.. sebab saye tak rase korang ni cukup untung..

niway saye memang admire orang yang pandai ambil gambar.. lepas touch up sume, hasil kerja memang superb.. hasil karya sume memang patot dapat pujian.. niway, the thing is.. you are always need models rite? model yang paling menguntungkan ialah orang kahwen.. rite? its not a big deal.. cume, tak pe je kalau pengantin tu pakai molep-molep.. ni yang tak berape molep.. guane tu?

as simple as budak tadika pon tahu, kita tak boleh bekerjasama ke arah kemaksiatan.. selalunye.. saye stress kat sini selalunye and bukan semua.. selalunye, wanita2 ni kurang autratnye yang ditutup.. katenye, sekali seumur hidup.. katenyelah.. suaminye pon hari pertama jadi suami, dapat hadiah or saham dosa dari isteri yang dia sayang sangat.. kalaulah dia tahu yang isterinya tu selalu bagi dia dosa, confirm dah kena cerai.. ni kalau suami tahu la.. sape yang sanggup terima dosa berpanjangan.. kenape berpanjangan? dah la gambar yang diambil photograper tu tak molep modelnye.. sebar pulak kat fb.. semua orang puji gambar cantik.. so, selagi gambar tu dilihat leh mata2 manusia yang bukan mahram.. berdosalah kesemuanya.. yang buka aurat confirm dah dosa, suami yang merelakan pon dosa, photographer pon dapat dosa yang sama.. berbaloi? yang tengok pon dose jugak.. ape ni? kenapa pusing2 sume orang dapat dosa? rantai ni camne nak putuskan? ishh.. menyuahkan bukan?

niway photographer sekalian... rase dah cukup untung dengan hasil rezeki yang aku kira kurang baik.. menyebarkan photo yang tidak menutup aurat tu salah.. sekarang kan trend pre wedding lak.. untung ke? photographer yang bijak tak akan menjerumuskan diri dalam perkara2 ni..

p/s- semua yang mengambil gambar, maksudnye.. sesiapa je yang pandai tekan button capture, jangan ambil gambar yang tak patot ambil, pastu siap share kat fb.. walau kita orang yang menjaga.. dose kite same dengan yg tak menjaga tu.. tak berbaloi kan? kalau nak untung, biarlah untung di dunia dan akhirat.. jangan untung di dunia, muflis di akhirat.. carilah rezeki yang baik.. peace!

Friday, December 28, 2012

Selamat tinggal sahabat.. moga damai di sana..


sekarang kau sedar bahawa mati itu pasti.. kematian kau membuatkan aku sedar juga kematian itu pasti.. kita sebaya.. Allah telah memanggilmu awal dari aku.. bila agaknya giliran aku.. genap seminggu kau pergi..
sediakah kau sebenarnya, untuk bertemu Tuhan kita? boleh tak kiranya aku katakan disini, yang aku tak sedia lagi jumpa Tuhan kita sekarang ni sebab aku tak cukup amal lagi dan masih lalai di dalam dunia yang kau dah tinggalkan ni?  walau jawapanya aku sudah tahu.. aku masih berharap Allah panjangkan umurku..

sahabat.. aku harap kau sempat bertaubat dan kematianmu merupakan syahid.. maafkan aku sekiranya aku tak pernah menegur salah silap yang kau lakukan.. segalanya sudah terlambat.. kini kita di dunia yang berbeza.. hanya Al Fatihah mampu aku kirimkan.. 

Ya Allah, Kau selamatkanlah dia dari azab kubur.. jangan Kau sempitkan kuburnya.. ampunkanlah segala dosa-dosanya.. peliharalah dia dari azabMu Ya Allah.. 

sesuungguhnya, mati bukan sekadar mati.. hanya jasad dimamah tanah.. namun roh yang sentiasa hidup, harus bertanggungjawab dengan setiap niat, perkataan, perbuatan yang kita lakukan di dunia.. 
aku tahu, aku aku akan menyusulmu kawanku, mungkin sebentar lagi, mungkin esok, lusa.. bila-bila sahaja.. dan sudah tentu aku masih lagi seperti sekarang, masih berkata.. aku tidak bersedia untuk MATI!!! wajarkah begitu? kematianmu memang pukulan hebat bagiku.. bukan sebab kau special bagiku, cuma kita sebaya.. umur yang sangat muda.. sudah tentu, kalau aku orang yang dipilih itu.. aku tidak sedia.. 

p/s- beramal lah seakan-akan aku akan mati esok hari.. berkerjalah dan berusahalah seolah-olah aku akan hidup selama-lamanya.. segalanya perlu seimbang.. tapi honestly, aku lebih bahagian dunia.. bagaimana dengan sahabat lain? ingatlah mati, kerana ianya menajamkan fikiran.. orang yang bijak banyak mengingati mati.. tapi orang yang bodoh macam aku, jarang sekali ingat mati.. 

Al Fatihah buat sahabatku mohamad syafiq faiq bin baharudin yang kemalangan di kajang minggu lepas.. 
hope someone tahu password FB dia, will deactivate it for his sake.. moga kau ditempatkan di kalangan orang beriman.. 



Monday, December 24, 2012

Encik suami datang kelantan =)


thanks sebab datang walau cuma sehari..
datang jengok kekasih hati..

bes jalan2 walau sehari..
pagi2 sampai, sempat pergi dengar ceramah tok guru kat KB..
muka eager betol, khusyuk je..
pastu sempat gak lagi shoping kat gerai2 tepi tu.. beli tudung labuh warne purple.. nice!
makan pagi nasi bungkus..
tegahari baru check in, penatnye.. 
sempat tidur jap time orang pergi sembahyang jumaat..
pastu bangun makan nasi kukus tgahari..
petang pegi pantai makan gula2 kapas..
tengok budak-budak ni mandi-mandi..
bilalah nak ada anak sendiri.. =)
balik dari pantai tu, lapar dah..
singgah warung makan pisang goreng n kopok lekor n air milo..
penatnye, rehat2 dulu kat bilik before agenda malam.. ''che yeh kami datang!'' haha
sebelum tu, malam makan nasi kat umah ayah angkat siap buah2..
ok sememangnya, love is getting fat together..
sampai che yeh, hujan renyai2.. jalan je la.. beli skirt labuh and buah delima..
encik suami jalan2 je, tak beli pape.. jimat la tu.. 
sampai bilik pukul 12 malam, kalau cenderella mau bertukar dah kereta dia jadi labu.. hehe

ikatan yang halal memang amazing..
perasaan kasih sayang yang semakin mendalam..
Alhamdulillah Ya Allah
kau kurniakan aku suami yang baik..

terima kasih sebab jage pergaulan dengan kawan perempuan..
terima kasih sebab jage pandangan..
terima kasih sebab jaga diri dengan baik..


p/s- terima kasih sudi datang walau sekejap je.. lain kali nak jumpe lagi ok? seronok la dating ngan awop.. miss you =D





Wednesday, December 12, 2012

I'm married lah, don't disturb me..


bertudung labuh bukan lagi penjamin tak diganggu zaman sekarang ni.. zaman jahiliah moden ni lagi dasat nampaknye.. then, its mean kena berpurdah tutup litup habis ke? kot.. iye sebenarnye.. emm.. kena gangguan hebat pulak lepas dah kawen ni.. makin setiap hari pulak nampaknye.. kadang tu siap terfikir nak bawak suami datang usm ni, jalan pusing usm sambil pegang tangan.. barulah lepas ni tak tengok dah bini orang ni.. solution lain mungkin kena pakai purdah.. tapi, bukan mudah purdah tu.. easy said than done.. sedih tol la.. rum8 aku la tempat luah keluh kesah hati ni.. yang paling tak paham, tua pon gatal jugak.. anak bini kat umah tu? ke kau duda? haih.. patient2 aku yang lelaki pon gatal2.. at least kalau patient, aku leh bagitaw awal2 yang aku dah kawen.. tapi, still menyampah treat orang2 macam ni.. rase nak gerudi kasi exposed pulp tu.. pastu cabut! 'wow.. sakit mental ke aku ni.. huhu'

ni bukan luahan hati aku seorang.. aku tahu, ramai wanita kat luar sana mengalami masalah yang sama dengan aku ni.. lagi 1 aku tak paham, selalunye lelaki yang berkopiah berjubah, siap yang ada janggut tu yang tenung-menenung ni.. tak jage pandangan ke? honestly, memang kite akan perasan kalau ada orang perhati kita.. bila aku terpandang balik, bukan nak alih pandangan, siap senyum pulak.. nak cari bini pon bukan gitu caranye.. ape la karut marut ni.. kalau yang kaki2 lepak tu, aku tak leh nak cakap la.. confirm diorang tu siapa je perempuan yang lalu memang kena ganggu.. silap2 pompuan ngandung pon dia kacau gak..

ayat2 yang paling menjengkelkan..'assalamualaikum, comeinye awop' ,  'Allahuakbar comelnye!'.. 'Ya Allah comelnye'.. ingat Allah tapi tak ikut ape yang patotnya.. ok, bukan salah kau sorang.. salah aku jugak sebab tak pakai purdah.. kan? budak jage parking usm ni, tiap hari bagi salam kat aku.. sekarang aku jalan dengan laju, menonong, kerut muka, muka sombong.. sambil tengok2 jam tangan ala-ala busy.. tahap orang tengok tak berani tegur ah, kalau tegur macam nak kena maki je.. walaupon aku takkan maki orang.. setakat ni, tu la yg aku mampu..

ramai kawan2 cakap aku lain sekarang.. siap cakap kulit gebu la, berseri-seri la.. ok la.. kalau nak cantik sila kawen awal.. haha.. tapi, aku tak perasan pape pon perubahan, mungkin sebab dah semakin dewasa, tu je aku rase.. aku rase koya sungguh tulis entry ni, huhu.. cantik tang mana pon ntah la.. bukan ke semua perempuan pon cantik? niway, beauty is lies on the eyes of the beholder la..

p/s- aku tak mampu nak pakai purdah.. tak solehah mane pon nak capai tahap tu.. tapi, aku pon tak tahu ape bakal jadi mase akan datang.. mungkin pakai? wow.. mungkin je..
- bila dipuji, jangan hanyut.. istighfar banyok deh pada diri aku dan sahabat2 muslimah.. kalau yang jenis nak tarik perhatian lelaki dengan pakaian2 yang tak patot dipakai.. bergembiralah anda sekarang.. senyumlah selebar2nya.. hiduplah diawang-awangan.. ape guna orang tengok, sedang Allah pon malu nak lihat hambaNya dalam keadaan itu.. ok la.. sangat menyampah tulis entry ni sebab entah lah.. kalau saya secantik siti nurhaliza, baru layak post gini.. ni? huhu..



Friday, December 7, 2012

Cantiknye isteri abang..




Gembira di hati walau jauh di mata..duduk pon jauh dengan suami.. mms gambar je jadi pengganti diri.. tak lekang dari bibirnya memuji2 isterinya itu.. Suami saya selalu cakap 'cantiknye awak'.. 'makin cantik la awak ni'.. 'napelah cantik sangat isteri abang ni'.. respon saye? 'e.. mandailah abg'.. 'e.. ngada eh'.. 'tak yah nak bodek la'.. 'mane ade, ngarut je'.. 'tak yah nak puji2 la, dah jadi isteri pon'.. tapi hakikatnye, suka kat hati ni, mcm nak lompat tinggi2 and gembira suka tak terkata.. padahal senyum sampai ke telinga.. haha.. apalah yang si isteri lebih suka, dari pujian seorang lelaki bernama suami tercinta.. mane tang cantiknye pon ta taw lah.. ape yang sebenarnye tu tak penting, yang penting, kalau tipu pon, saya tak kisah.. so, saya nak saran, pujilah isteri masing2 sebab isteri rase dihargai .. pe salahnye tipu kalau itu leh wat hati isteri gembira? kan..

p/s - suami saya is the best in the world.. pasangan masing2 pon mesti cakap benda yang sama ngan saya kan? marilah kahwin awal.. kenapa nikmat Allah bagi dilengahkan? tapi sory la pada yang couple tu, tak syok pon kena puji boy freind, sbb dia pon puji pompuan lain jugak.. pada suami, percayalah pada dia.. isterilah satu2 nya bidadari hidupnya.. tapi yang kawen lebih tu Allahualam... yang mata keranjang pon Allahualam.. so carilah kerana agamanya, bukan sebab cantik atau hensemya seseorang.. peace!

Thursday, December 6, 2012

Dagu aurat atau tidak?



Muka dari segi bahasa Arab ialah: daripada hujung dahi sehingga kepada dagu. ataupun dengan kata lain: yg dapat dilihat ketika berhadapan antara satu sama lain. maka tidak syak, dagu juga dilihat apabila kita berhadapan antara satu sama lain.

(i) Sebahagian ulama berpendapat Dagu termasuk dari bahagian Muka , maka dagu dikatakan bukan aurat
(ii) Sebahagian ulama lagi berpendapat, Dagu termasuk dari bahagian dalam (leher) , maka dagu dikatakan aurat

Seperti yg kita semua maklum, Aurat seorang perempuan adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Para ulama bersepakat bahawa, Aurat perempuan ketika berada di luar adalah sama seperti ketika berada di dalam solat.

Saya pilih dagu bukan aurat kerana pendapatnya lebih kuat seperti al imam as syafie , al imam ibnu hajar al as qalani, imam Ar-Ramli, Al Imam As sayuti, imam An- Nawawi dan ramai lagi yg bersependapat dgn mereka.. Namun ada sebahagian kecil ulama yg menyelisihi ulama2 di atas.. kita tak boleh salahkan mana2 ulama, itu pendapat mereka, itu ijtihad mereka, itu bidang ilmu mereka… 

Secara mudah nak faham, saudari tengok pada wajah lelaki, setakat mana janggut lelaki dibhg bawah dagunya , maka disitulah sempadan antara muka dgn leher… sy rasa tak semua bahgaian bawah dagu janggut sampai, dlm ¾ bahagaian bawah dagu shj… maka disitulah yg katakan sempadan muka dgn leher yg dikatakan ulama..

p/s - namun wanita lebih wara' pakai hingga bawah dagu ketika solat..Tapi adalah tidak salah bg kita memilih pendapat mana yg harus dipakai… berlapang dada dan tak perlu gaduh2..


Wednesday, November 7, 2012

Wanita lemahnya aurat, Lelaki lemahnya shahwat..



♀ Wαnitα kelemαhαnnyα pαdα AURAT..
♂ Lelαki kelemαhαnnyα pαdα SYAHWAT..

►Mαkα bαgi ώαnitα tidαk boleh berkαtα :
"Lelaki yάng sαlαh kαrenα merekα tidαk mαmpu menjαgα SYAHWAT"..

►Sedαngkαn Wαnitα sendiri yang lαlαi dαlαm menjαgα AURAT..
Wαnitα yάng HEBAT αdαlαh Wαnitα yάng tαbαh istiqomαh menjαgα AURAT..

►Lelαki yάng HEBAT αdαlαh Lelaki yάng sαbαr menαhαn kehendαk SYAHWAT..

♥ Wαnitα & Lelαki yάng HEBAT αdαlαh yάng sαmα² teguh memuliαkαn SYARI'AT·····

- copy paste from fb quote 

tahniah for those yang dah berkahwen sebab at least walau dulu pernah bercouple, sempat kamu bertaubat dengan dosa2 lalu.. niway, sesiapa yang belum bertaubat sila berbuat demikian kerana bagi sesiapa yang tiadak tahu.. couple hukumnya haram..

for those yang dah kahwen, tapi masih tak menutup aurat and yg lelaki still meninjau2.. harap sedarlah.. hidup sementara ni jangan di entengkan.. isteri! kau tunjukkanlah auratmu sesuka hatimu pada suamimu.. suami! kau lihat lah isterimu sepuas-puasnya.. yang di luar tu hanya nafsu dan dikuatka oleh syaitan saja.. ada yang halal bagi kalian, mengapa yang haram masih menjadi pujaan? 

suami! jangan kau biar isterimu itu dedah sesuka hatinya.. dayuskah engkau? isteri.. kau jangan salahkan suamimu, sebab dia memang suka tengok yang seksi2 je.. kat luar pon same.. sory too say this.. terpulang kalian.. buatlah sesuka hatimu hingga masa perhitungan tiba nanti..

niway, ni peringatan cuma.. semua orang bisa berubah.. dan cuma sempat atau tidak je.. tapi, walau kita pilih buat baik macam mane pon, seluruh isi bumi pon masih tak layak kita masuk syurga.. hanya rahmat Allah kita dapat memasukinya.. Ingat tu.. jadi pada sesiapa yang rasa diri tu dah banyak buat kebaikan dari orang lain.. mari kita bertaubat.. Allah sangat suka hamba yang bertaubat.. 

p/s- cari reda Allah.. reda manusia akan menyusul.. kejar akhirat, dunia akan mengikuti.. =)
selamat beramal ..

Tuesday, November 6, 2012

happy anniversary, jom bercouple =)

5/11/2011
ingat balik la mase kawen aritu.. setahun dah.. setahun, berkongsi susah senang, berkongsi kasih sayang.. mcm saya penah post sebelum ni.. kahwen bukan semudah ABC..


detik ni la permulaan semuanya.. I'm totally yours.. hati mula berbunga-bunga..


namun, abah n mak serahkan farah kat suami.. bertukar tanggungjawab sepenuhnya..
kalau dulu, taat patuh utama pada mak abah..
sekarang taat pada suami..
terima kasih sbb lahirkan dan besarkan farah..
tapi anak perempuan kena mengundurkan diri..
taat farah pada suami, bukti farah sayang mak dan abah..


kawan-kawan yang sanggup balik johor sesame dari kelantan mase farah kawen.. thanks friends.. 
niway, ni blocking time.. 


5/11/2012
setahun kemudian..
farah di usm berhempas pulas menyiapkan requirement and research.. jauh, so tak celebrate.. gayut kat telefon je.. walau busy, mase untuk suami mesti ada jugak =)

emm, jeles sungguh yang dapat duduk dengan suami.. saya tak jumpa suami lama.. 

tapi, selamat la bila dah kawen ni.. saya tak faham jugak kadang2 tu.. boleh kate, mane2 orang tua yang saya kenal terutamanya pesakit2 saya..  cepat je nak jadikan saya menantu.. cepat2 cakap dah kawen.. abis cite.. pesakit2 lelaki yang gatal2 pon, bgtaw terus dah kawen.. senyap dah.. lagi satu, saya tak float dah.. kalau dulu, nak mengusha je keje.. pantang nampak lelaki mcm ala2 baik sikit, terus rasa ok nak jadikan suami..tapi bukan menggedik bukan2.. terlintas dalam hati je.. tapi betol lah, Allah dah atur semua.. hati saya pada seorang je lepas kawen ni.. haram dah nak fikir sesape selain suami.. dan saya tak pernah sekelumit rasa menyesal kawen dengan suami sebab dia memang terbaik dan sebab saya tulang rusuk dia.. senang dan selesa je dengan dia.. 

tapi couple cam ni seronok jugak.. jom la couple macam saya.. couple tu indah.. ada orang take care kat kite.. ada tempat orang luahkan keluh kesah.. bersayang-sayang je.. rindu-rinduan la.. semua boleh.. tak de masalah.. leh pergi dating yang paling penting.. haha.. banyak sangat mata-mata yang merenung bila kami berjalan.. apa dalam fikiran mereka tu Allahualam.. tapi cepat2 je suami pegang tangan saya, harap-harap mereka faham ape tandanya.. tapi ramai je budak2 sekolah pon dah pegang2 tangan.. hadoi.. konpius sudah.. emm, adakah muka kami pon macam budak sekolah jugak? atau budak2 tu pon dah kawen.. either one la.. 

p/s- setahun masa berlalu pantas je.. dunia semakin cepat berputar2.. selamat malam suamiku.. 'bila rindu pejamkan matamu, dah katakan a a aishitero' haha.. ngarut je.. emm.. terasa sakit jugak kadang2 tu.. ni payah sikit, sbb ubat untuk sakit cam ni tak de jual kat farmasi.. =')









Friday, November 2, 2012

My first research in my life.. =)

' Effcect of nonsurgical periodontal therapy toward blood glucose level in Diabetes mellitus type 2 patients'



periodontitis tu maksudnya, gusi turun sebab tulang yang support gigi tu dah resorp atau haus orang panggil.. benda ni bahaya sebab boleh menyebaban gigi hilang support, so lame2 gigi tu boleh tercabut sendiri.. masalah ni disebabkan bacteria.. majority orang dewasa, start umur 45 dah ada periodontitis ni.. cume severe or mild je.. 


Tengah wat manuscript nak hantar esok ni, tapi meh tulis entry jap, release stress...

Perjalanan hidup yang mencabar sepanjang buat reseach ni.. memenatkan tapi happy sebab research berjaya.. wink2.. Alhamdulillah.. tapi banyaknye step untuk hasilkan sebuah research.. first thing, kena buat research proposal dulu, and kena present kat research community dulu.. pastu kena bersoal jawab lagi.. kena tunggu ethical approval lagi.. pastu, kena cari patient yang ada kencing manis and masalah gusi yang kite panggil periodontitis.. 

telepon patient wat appointment.. macam2 ragam patient.. boleh katekan seharian urus appointment patient.. fuhh.. belum yg lupe, tak datang.. datang lambat.. kena pujuk2 suruh datang.. ada yang cooperative tu bagus sungguh.. ada yang gatal ajak kuar makan.. aduss.. ada patient yang lupe puasa pulak lagi, camne la nak amik darah.. terpaksa la suruh balik je.. datang lain kali..

masalah nak panggil patient2 ni semua lepas sebulan pulak.. kami kena review patient2 ni time week medical exam posting.. 'gembira hatiku'.. patient pulak, masalah yang sama.. ada yg tak leh datang la, tak puasa la, kena pujuk yg ni memang separuh maut la.. macam biasa berhabis kredit and masa untuk buat apponitment ngan patient.. siap saya salah number telepon patient lagi sebab penat sangat.. hehe.. malu sungguh.. nasib semua berjaya datang.. kalau tak nahas la research kami.. tapi diorang senyum je lepas dapat duit masing2.. nasib bagi duit, kalau tak... tapi yang bagos tu memang sangat bagos.. niway, terima kasih pada semua patient2 yang menjayakan research ni.. Alhamdulillah.. moga Allah permudahkan kerja kalian.. maaf sebab saye merungut tentang anda.. hehe..  tapi memang hampir botak la sbb stress.. 

jadi, pendek kate saya and my partner cuci la gigi diorang ni and cuci bahagian akar sekali.. bagi diorang kumur ubat yang leh bunuh kuman.. pastu bagi talk how to take care oral hygiene kat dia.. emm, impressive la, lepas sebualan lebih saye panggil balik untuk cek darah diaorang and improved pulak.. macam kebetulan kan?

tapi sebenarnye, memang dah banyak pon research yang bagitaw diabetes and perio problem ada kaitan.. kami ni cuma nak tolong prove je.. 

minggu lepas dah hantar abstract kat doktor lepas analyze sume result2 tu.. hari ni tengah bertungkus lumus buat manuscript nak hantar pulak.. mencabar2.. hampir pengsan.. ni namenye akibat wat keje  bertangguh2.. huhu.. my partner siap ke hongkong untuk present research group yang kami menang mase 3rd year dulu.. tapi dia teman je la, member yang chinese present kat sane.. emm, extra kerja untu saye nampaknye..

takpe2.. positive2.. meh sambung wat manuscript.. bulan depan dah kena present ini research.. wish my partner and me berjaya...

p/s- maksudnye ini research kedua sebenarnya.. tapi research dulu buat secara berkumpulan.. tapi itu memang lagi dasat la.. siap buat intervention and berkampung kat sane.. sambung keje.. Bismillah..




 

 

Tuesday, October 30, 2012

Taat suami semudah ABC?



"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].


Hadis riwayat muslim pon bagitaw yang seindah perhiasan tu wanita solehah..

Senang ke nak jadi solehah? 

Solat 5 waktu 
- maksudnye, on time and khusyuk.. emm selalunye tak memenuhi kriteria
 bukan sekadar 5 waktu.. that's why, kite kena topup dengan solat sunat.. kalau susah sangat bangun tahajud, kite leh wat sunat yang paling disarankan iaitu sunat sebelum subuh and dhuha.. yang penting istiqamah.. 

puasa bulan ramadan
-puasa means puasa.. bukan tahan lapar dahaga je.. maksudnya, tak leh ngumpat, tak leh wat maksiat, and solat tu memang tunjang puasa la.. selalunye memang puasa, tapi banyak lagha dari bermanfaat mase puasa tu.. so, paham2 la.. penuh ke tak kriteria tu.. that's why perlu puasa sunat.. 
nak share cite sikit, pesakit saye ada kencing manis and mase tu level gula dia 10 or 11.. then, he decide untuk puasa isnin and khamis.. sangat menakjubkan, sekarang gula dia tak pernah lebih dari 4 pon.. Subhanallah.. dia cakap, dia tak jaga makan pon.. saye sendiri cek darah dia, and tanya rahsia macam mane dia boleh kawal blood sugar dia.. dia tak educated pon, siap tanye saye, 3.6 tu tinggi tak? memang tak la pak cik.. tu sampingan la.. 

jaga kehormatan diri
- emm, jaga means jaga la.. gaul laki pompuan tak leh, so jangan la.. kalau kat kelas or tempat kerja, cakap pasal kerja je la, tak yah nak bergurau senda sangat.. suami orang, bini orang, anak dara orang, anak teruna orang... semua wajib jaga.. tak payah ada kawan baik lain jantina pon boleh.. kite taw nape Allah larang.. hati ni nakal, cepat je rase suke kat sesape je.. lebih buruk lagi, leh je timbul suka even kat suami or isteri orang.. tak yah la kua makan sesame group laki and group pompuan or study sesame ke.. pompuan laki memang terhad and terbatas sepatotnye.. tapi pas ke kite yang ni? ramai tak pas jugak..

taat suami
- taat suami mudah ke? semudah setiap perkataannya hanya diangguk, diturut and tak membantah walau rase tak puas hati.. tak pernah sakit hati walau terasa sakit.. taat means taat.. tahap kalau tak dengar cakap suami, pastu solat pon tak akan diterima selagi suami tak redha pada kita.. reda suami is reda Allah.. kalau rase ego tinggi and tak sedia ikut telunjuk suami, baik lupakan la niat nak kawen tu.. risau, lepas kawen create more harm.. kawen bukan semudah ABC.. taat bukan benda mudah.. sebab tu la kena selalu mintak maaf sebelum tidur.. takut suami ada terasa hati yang kita tak perasan, apatah lagi isteri yang sengaja menyakitkan hati suami kerana egonya dia n sebab dia tahu suami dia sayang dia.. merajuk la, tarik muka la, tinggi suara la.. emmmm... sukar2..
saya pernah hampir tersungkur dengan keegoan sendiri, tapi return to Allah, segala yang perit akan jadi indah.. Allah bagi perintah, mesti ada sebab dan hikmah yang sangat seni untuk difahami..
suami saye suruh pakai purdah.. saya tak sedia langsung.. saya tak pakai lagi, mintak tangguh and dia setuju je.. berat sebenarnya, tapi kena gagahkan jugak suatu hari nanti.. moga Allah buka hati saya.. 

p/s- saya sangat kagum pada wanita solehah.. saya langsung tak ada ciri2 wanita solehah.. semudah-mudah cara wanita dapat masuk syurga sebenarnya amat berat bagi saya... tapi amat mudah bagi wanita solehah.. layak ke saya mimpi syurga? jom2 kita berubah sikit2, lame2 jadi bukit.. bila fikir-fikir balik, hidup kat dunia ni sekejap je, amal pon tak de, jadi risau dengan komitmen dunia yang terlalu banyak.. tak kan nak jadi hamba dunia? hamba kemewahan, kecantikan.. semua tu akan lesap sekelip mata.. banyakkan muhasabah diri, banyakkan ingat mati...

Tuesday, October 9, 2012

Doctor.. people trust you.. but why?


Penah dengar tak, sebab nila setitik rosak susu sebelanga..

Saya berhasrat sangat nak seru segelintir doktor kat luar sane .. sbb banyak dah saya dengar and saya saksikan sendiri betapa tak bertanggungjawabnye kamu.. missed diagnose, tak complete tanye history then bagi drug yang tak sepatotnye.. saya taw statistik pon dah tunjuk ramai mati sebab salah bagi ubat.. tapi boleh kan kite sedaya upaya elak? what if it is our family?

Please dont be a negligence doctor 

saya tak taw nak luah kat sape, betapa sakitnye hati saya ni.. logik ke bile, my mother in law, datang dengan symptom typical angina kat you private.. then what? 'mak cik cume penat je, banyak rehat ye'.. 'terlalu membantu la'.. datang dengan SOB, chest pain,palpitation,sweating, reduce effort tolerence.. tak leh ke refer kalau tak de alat nak confirm diagnosis? attitude ape la awak ni? walau selalu hospital kerajaan orang kate lambat, tapi tu lebih baik sebenarnye.. anta g A&E memang dia suspect jantung tersumbat.. ACS..tak pe la... tak teruk lagi.. bernyawa lagi.. 

other case,
why you discharge this cute baby without check it properly? beby tak urinate (kencing) and tak defecate (berak) lagi dah discharge.. 5 days later, mother come with her baby.. that baby punye perut dah kembung, distended sangat sebab rupe-rupenye beby tu imperforated anus (tak de lubang kat punggung).. salah sape? salah beby tu ke? nasib la beby tu bernyawa lagi..

taw tak orang kampung sangat suka pergi private clinic sebab cepat, doktornye layan elok and most important thing, they trust you.. TRUST! so kenapa fikir semua kes senang and simple? selsema je bagi antibiotic, common la.. selsema kan selalu disebabkan virus, bukan bacteria.. bagi antibiotic kat diorang sangat tak wajar.. resistance la patient tu nanti.. tu simple la.. 'tak pe, resistance je pon.. bagi la antibiotic lain..'

lagi, nape patient datang jumpe kamu DOKTOR kat private, datang dengan non healing ulcer in the mouth more than 1 month and then you cakap 'oh tak de pape, ulcer biasa je.. saye bagi ubat ye' .. lagi sekali nak tekankan, taw tak patient ni, TRUST! sebab tu la, dekat kuliah dengar elok2, kat wad clerk patient hati2.. sebab ni la.. benda simple je, semua orang pon taw kalau ada ulcer kat mulut more than 2 weeks kena cek betul2 sebab kite memang akan suspect cancer.. now after 4 months.. sedih sangat tengok keadaan patient.. she just 38 years old.. kanser lidah, dah merebak ke lymph nodes.. lepas surgery tengok dia kesian sangat.. dengan tracheostomy, glossectomy, neck dissection.. so sad.. yang ni hampir jugak la hilang nyawa.. tapi masih bernyawa.. tak pe..

abis, yang patient datang dengan sakit kat pundi kencing mase urinate.. you cakap dia cume ada batu kat dalam pundi kencing, kecik je.. padahal, dia jumpe kat A&E and do ultrasound 2 days after that.. then it is bladder cancer, its big and already 1/3 of the bladder.. this all thing happens because you think all case are simple and straight forward.. no.. it is not! 100 people see you with stone, 1 patient may not!

doktor saye penah cite, sebab tak tanye history betol2, patient tu rupenye ada childhood asthma , then doktor bius bagi patient ni ubat bius yang contraindicated untuk patient asthma.. then, bronchospasm and memang rigid chest wall dia.. tak leh intubate.. patient end up dengan cerebral palsy.. hurmmm.. sedih sangat dengar sebab kalau la itu ibu kite..

byk lagi saya taw pasal doktor yang negligence ni.. sampai hati rosakkan kepercayaan pesakit.. patient serahkan semua pada doktor untuk buat keputusan.. doktor please dont take it for granted.. do examination properly.. 

malas dah nak cakap.. cume tolong la grad dengan jadi doktor yang selamat.. life is learning process, I dont expect high, it just everyone has their limitation.. please ask if you not sure, please refer.. 

p/s- I still respect doctor.. whatever they did.. I still trust you because I have no choice.. and because there are still a lot of doctors out there which are very excellent.. its just, some of them,its so frustrated..
buat kerja ikhlas la kerana Allah, bukan duit semata-mata.. kita ada "Judgement Day"..