IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Tuesday, August 31, 2010

Titik Permulaan

Terfikir sejenak tentang kehidupan. Aku sudah bertambah umur,sekarang umur pun dah 21 tahun. Adakah separuh dari umurku, aku menjadi hamba yang benar-benar bertakwa? Mustahil!! Jahilnya aku dahulu tidak terkata, malah malu untuk diingat sekalipun. Namun kadang kala tergelak juga kerana kebodohan yang melampau. Secara jujur,aku tahu apa yang aku lakukan salah,namun tiada kesedaran. Sebab tu la aku tak pernah pandang serong pada yang sedang membuat kesalahan ‘dosa’ pada Maha Pencipta yang pada zahirnya memang kita tahu benda tu salah dan Allah murkai. Namun sape aku nak judge seseorang? Macam kerja aku nanti pun, mane boleh nak judge patient ni baik atau buruk. Let say dia ada HIV or whatever. Sesungguhnya,bukan senang nak tarbiah orang. Kita tak patut pilih orang untuk menyampaikan sesuatu yang baik, jangan la yang nampak berdosa ditinggalkan. Cepat je nak assume yang orang ni mesti susah dan tak kan dengar la apa aku cakap. Wait! Ape ni? Balum cuba dah menyerah? Dia la insane yang perlu ditarik. Itu antara dia dengan Allah, tanggungjawab kita pulak, ingatkan dia pada Penciptanya. Namun menerima atau tidak,itu terserah. Mungkin saja hidayah yang bakal dia peroleh bukan dari perantara aku. Mungkin juga kerana dosa-dosa ku yang lalu,membuatkan dia tak tertarik dan tak terbuka hati bila aku yang menyeru. Banyak lagi cara Allah boleh beri hidayah. Mungkin saja dia akan mendapatkan kesudahan hidup yang baik,sedangkan kita belum tentu lagi! Sesungguhnya Allah yang memegang hati setiap hambaNya. Hidayah itu milikMu. Allah pun dah berfirman :

“ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.”

(Al Anfaal :24 )

Tak perlu fikir yang lebih jauh, cuma sedih dengan diri sendiri yang sentiasa ada terselit sifat malas dalam diri dan karat-karat jahiliah yang aku kira tebal. Walau usia ditarbiah mencecah 2 tahun,aku tak tahu sejauh mana aku lakukan seperti yang aku selalu anjurkan atau aku katakan pada semua yang pernah mendengar dari mulut ini berbicara. Sesungguhnya demi masa,manusia kerugian. Aku salah seorang dari orang itu. Walau dalam sedar atau tidak,ada kelalaian dalam diri. Tatkala melakukan kebaikan pun bimbang hati tak kuat. Takut terdetik di hati ini bukan kerana Mu Ya Allah. Ini jalan yang bukan mudah, setiap perkataanku akan dipertanggungjawabkan kelak. Aku dah pilih jalan ni,aku wajib kuat. Moga tanggungjawabku lebih dari masa yang ada agar tiada pembaziran masa. Namun ku akui,masih ada masa tersisa walau telah cuba di isi sepenuhnya. Aku sedar bahawa apa yang aku lakukan ni sungguh berat, kalau ikut hati aku, baik la aku hanya mendengar atau yang menerima saja dan bukan yang memberi, kerana aku takut tak melakukan pun apa yang aku sarankan itu. Allah dah ingatkan dalam Al Quran :

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

(Ash Shaff :2-3)

Aku tak mahu jadi hamba yang dibenci! Oh tidak!!! Aku mesti pegang pada ayat ni. Amat menakutkan bila menyangka telah berbuat sesuatu untuk menambah amalan, namun rupanya sedang dibenci. Dibenci oleh Maha Pencipta! Apa harus aku lakukan? Sedang dakwah itu dituntut, maka perlu bagiku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk menempuhnya. Jika nak tunggu seseorang itu bergelar syeikh atau ulama baru layak menyeru kearah kebaikan,aku yakin yang sekarang ni, aku bukan di jalan ini kerana aku mungkin masih lagi di alam jahiliahku. Aku tak dapat bayangkan jika kematian datang menjemput ketika itu. Langsung tiada bekalan. Langsung tiada!! Aku la umat yang Rasulullah s.a.w bimbangkan masa hayatnya. Maafkan lah aku..terimalah aku..

Tuesday, August 10, 2010

Berapa ramai yang suka doctor gigi?aku pun tak suka,diorang ni suka wat orang sakit..jarum untuk inject pun sangat mengerikan..kalau cakap pasal doctor gigi,1st yang keluar kat kepala aku ialah..SAKIT..tak pun,malu sungguh time nama kena panggil kat kelas..time cikgu pegang kad rawatan gigi nak panggil kitaorang yang terpanggil,memang satu kelas sunyi sepi..yang kene panggil jadi lemah gemalai..redha dengan nasib yang menimpa diri..haha..camtu sekali?

Insyallah aku sekarang salah seorang daripada golongan yang membuat orang rasa takut itu..bagus ke wat orang takut?ala tu impression orang je..bila dah belajar untuk jadi doctor gigi ni,aku dah berubah pandangan la terhadap doctor gigi..pekate mulai hari ni kita ubah persepsi kita terhadap doctor gigi(ceh,mentang-mentangla tu bakal profession aku,haha)..pada abang,kakak,mak and abah..jangan la takutkan adik-adik untuk pergi jumpa doctor gigi..mengikut kajian kes kerosakan gigi kanak-kanak,paling tinggi adalah di Kelantan..patutlah ada kos ni kat Kelantan,senang nak cari patient and penuhkan requirement before ambil exam la kot..haha..(joke only) untuk pengetahuan semua,doctor gigi semua baik-baik..kalau sakit pun kejap je..tapi kegembiraan berpanjangan selepas rawatan..betul tak?(aku baru je ubah persepsi aku ni,ehem)..

Daripada yang aku belajar,kenapa budak sekecil 2 atau 3 tahun pun dah mengalami kerosakan gigi sedangkan diorang ni boleh kata suci lagi la..bakteria kat mulut diorang pun banyak mana sangat sampai boleh rosakkan gigi mereka di tahap yang sampai kena repair la oleh doctor gigi..sebabnye,kalau kita perasan,ibu selalunya akan cuba botol susu kat mulut mereka terlebih dahulu,nak pastikan suhu yang sesuai pada susu sebelum bagi pada anak..tak pun,kalau makanan yang agak kasar,mereka akan mengunyah makanan itu terlebih dahulu dan kemudian baru disuap ke mulut anak..ataupun,puting yang terjatuh di lantai or macam tak berapa sterile,akan di sterile kan terlebih dahulu di mulut ibu..dengan cara itu,bacteria dari mulut ibu akan di sebar kepada anak..lagi satu,bile dah jadi kebiasaan ibu membiarkan anak tido dengan botol susu..bakteria akan berkumpul pada gigi tersebut(selalunya gigi atas) dan mereka akan merosakkan gigi si comel..cube tengok gigi anak-anak yang hitam kerana rosak,tapi sesetengah ibupaba langsung tak kisah..kasihan si anak..bukan salahkan ibubapa,cume kene bagitau kat ibu-ibu perkara ni untuk jaga kesihatan anak..niat ibu sangat mulia sebenarnya,cume diaorang tidak tahu..akibatnya,kanak-kanak dengan gigi yang rosak,gigi hitam dan bengkak gusi..mereka dah tak ceria lagi bila sakit..kasihan kanak-kanak yang sangat comel dan aktif itu..pekate ibubapa atau bakal ibubapa sekalian, bawak diorang jumpa doctor gigi selalu untuk buat check up..kite kene biasakan diorang jumpa doctor gigi..kalau time gigi tak sakit,kita bawak jumpe doctor,mestilah tak da banyak masalah lagi,so nasihat demi nasihat kita dapat dari doctor untuk improve kesihatan gigi anak kita..barula mereka tak takut dengan doctor gigi..kalau kita nak tunggu umur budak 7 tahun baru doctor cek kat sekolah,tu la sebab banyak gigi yang dah teruk..kasihan anak-anak yang comel itu..bila tahap kerosakan dah serius,kami kene rawat dan percayalah bahawa ianya menyakitkan..sebab tu la mereka,tidak suka doctor gigi..sebenarnya sakit tu disebabkan oleh kerosakan yang dah teruk,bukan salah doctor gigi..mereka hanya membantu saja..hee..Tapi,sejauh mana kesedaran mengenai penjagaan gigi si comel?ceh,bercakap macam dah ada anak!haha..

aku jenis bising pasal gigi anak sedara..kakak kunyahkan makanan untuk anak sedara,dia cakap "cepat-cepat nanti achik farah nampak dia marah" kelakar tengok gelagat kakak..mane ada marah,aku bagitau fakta je kat diorang..suke tengok gigi anak sedara ku yang cantik putih dan berseri..anak sendiri nanti..Allahualam...

Monday, August 9, 2010

Bicara Hati

Maafkan aku..
Walau pahit untuk ditelan,namun percayalah,bahawa ini yang terbaik
Maafkan aku..
Aku bukan ego,bukan bongkak,jauh sekali takabur pada diri sendiri
Aku cuma sedar diri ,siapa aku sebenarnya
Aku yakin bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui segala-galanya
Yang telah menciptakan aku
Namun aku tidak tahu sejauh mana aku bersyukur
Aku pasrah dengan segala ketentuanNya
Segalanya telah tercatat
Dan aku hanya salah seorang pelakon di bumi yang dipinjamkan ini
Barulah aku ambil keputusan ini
Sesungguhnya bukan mudah
Hanya Dia yang Maha Mengetahui diri ini
Aku tak mahu jadi makhluk yang tak tahu mensyukuri nikmat yang diberi
Nikmat yang diberi tak mahu disalah guna
Tak perlu berperasangka padaNya
Redha segala perkara
Aku telah pilih jalanku
Jalan ini perlukan pengorbanan
Ku pohon moga Allah bantu dalam setiap usaha yang aku lakukan
Ku pohon ketenangan dalam hati ini
Ku pohon tetapkan hati ini daripada berbolak-balik
Moga aku tabah dalam hadapi dunia yang fana ini
Dunia yang terlalu sedikit nilainya
Moga jalan ini membuatkan aku lebih dekat padaMu
Jalan tarbiyah ini amat tinggi nilainya
Ketenangan yang aku dapat padanya tiada tara nilainya
Selamat tinggal jahiliahku
Moga karat-karat yang tersisa akan hilang nantinya
Ku pohon kesudahan yang baik dalam hidup ini
Insyaallah

Tuesday, July 6, 2010

Masuk Kampung Berangan,Kota Bharu


nasib ada ain ..bab cakap kelantan nih..fail!aku kene mahir la kelantan..geng aku kate,aku cakap macam siam bile guna bahasa kelantan..hampeh!aku lidah tempe kot..haha



Ni transport kami untuk pergi rumah org kampung..ni je yang kami mampu..bersungguh mengayuh dari rumah ke rumah..we can survive!



First time aku masuk kampung bersama sahabat-sahabat perjuangan..sgt panas terik mase ni..


Ni tengah gather kat madrasah kampung tu and discuss something la..aku tegok pe ntah?merenung masa depan kot..haha


Pengalaman mase kampung memang sangat meletihkan.Tapi bila ingat balik,ok je..macam-macam ragam orang kampung bile kami datang nak wat survey kesihatan..da yang bagi full coperation,and some said "ado gapo eh?mok cik sibuk la ni..tok dare nok jawab soale la"..sedih sungguh la..but another party of the kampung was very cooperative one..syok!!
hari yang ke 3,rumah tak cukup lagi..requirement 100 buah,tapi tak sampai lagi yang disasarkan.. pastu kami tekad nak pergi warung kat kampung tu..mule-mule memang la debar sangat,tapi gagahkan je la..haha..dengan yakin kami bagi taw la kiteorang ni,bakal doktor and kene buat pasal survey kesihatan..kami ingat orang kampung kat situ will ignore la..kami nak jumpe tuan kedai jadila..but tak sangka la orang yang ada kat warung tu sume baik..diorang ajak pegi rumah diorang..satu rumah tu,siap suruh duk rumah diorang waktu lunch,and he told his wife to cooked for us..sedap sangat!sedang berpenat-penat,Allah bagi rezeki pada kami..Alhamdulillah Ya Allah..macam dalam mathurat yang kite selalu baca pagi dan petang

'Ya Allah,nikmat apa saja yang aku peroleh di waktu pagi(petang) atau seseorang di antara makhlukMu sebenarnya adalah dariMu,Yang Esa dan tidak bersekutu.maka bagiMu puji dan syukur'

Ada orang yang educated gak kat warung tu..pastu dia speaking pulak ngan kami..aku dengan poyonye,jawab..english aku mane power pun,hadoi..dia memang advanced la,tapi quit humble gak..dia gune science term la..contoh,kalau garam tu dia kate 'sodium','oksihemoglobin',and what so ever la..nice guy..dia pon suruh kami datang rumah dia..then,ada mak cik tuan kedai tu dia bagi aku ubat and tanye,ok tak ubat ni?haha..sudahlah,memang parah la kami..aku baru belajar nama ubat,tengok pun tak lagi..name pun ingat ke lupe camtu..baru nak masuk tahun 3 kot..haha..kalau yang mudah-mudah tu taw la..dia keluarkan ubat-ubat dia and vitamin yang dia beli pun ada..mahal la vitamin tu..pastu aku ngan xin ying jawab la mane yang patut,and yang lain kami suruh dia datang HUSM if ada masalah kesihatan lain..dia kate dia takut pegi hospital,aku pun terang la sikit camne nak berurusan dengan hospital USM ni..dia pun nampak interested and bertanya-tanya,banyak gak soalan dia tanya..bagus!
emm..penat-penat pun and sampai hitam berjemur bawah mentari..InsyaAllah..ikhlaskan diri saja..moga lebih mudah perjalanan untuk CFCS yang akan datang ni..


Friday, July 2, 2010

Bila berkawan

Aku nak cerita pasal kawan..kawan-kawanku yang ku kasihi..aku bukan orang yang reti hidup tanpa kawan..Nak tahu tak?kawan ni bagi aku penting sangat..aku tak pilih kawan..tapi kita yang kena nilai kawan kita punya perlakuan..yang baik ikut la and yang tak baik tu buang jauh-jauh,tak pun sederhana jauh..jangan buang dekat sangat,nanti terkutip dan terikut pula..pada pendapat aku sendiri,aku tak perlu pilih kawan,aku yang kene pandai kawal diri dan buat pertimbangan mane baik and mane buruk..betul tak?hee..

Dulu mase sekolah,aku ada kawan baik..sampai nak pergi sekolah pun pergi jemput dia kat rumah naik motor semata-mata nak pergi sama-sama..haha..sweet la zaman sekolah..mak and abah selalu tegur..diorang risau anak dia sorang ni..sebab rumah kawan aku tu tak sehala pergi sekolah,aku pergi rumah dia,then barulah patah balik pergi sekolah..mak and abah nak cakap ape pun..cakap la..haha,tak kisah pun..derhaka ke?biasala kan budak-budak sekolah..aku dah minta maaf la kat mak and abah..cakap kat diorang supaya jangan marah-marah..nanti cepat tua..hee..tapi kan,baru aku perasan..dah besar rupenye aku ni..uhuk-uhuk..ok kite sambung balik..kitaorang ni memang nakal..sampai satu hari tu,kiteorang balik waktu tengahari dari sekolah..nak balik jap je,sebab nak makan kat rumah..mengada ke?tak pun kan..jauh juga la rumah ke sekolah,tapi nak watcamne..lapar mengatasi segalanya..buku-buku pun tinggal je kat kelas sebab petang ada kelas tambahan..pastu,mase perjalanan pulang tu..tibe-tibe je kiteorang berlanggar dengan lori..lori tu la yang tak bagi signal..aku berhemah je bawak motor(ntah ye ntah tidak)..biar tak de lessen pun..wah!hebat sungguh..kawan aku dah terpelanting and kapala dia darah banyak sangat..aku jatuh statik kat motor..nak bangun tu,tengok-tengok..ait tak leh jalan rupenya..tak rase sakit sangat pun padahal..nak bangun tu baru sakit..mase tu bukan fikir sakit..fikir motor bapak aku yang dah jahanam and kawan aku yang berlumuran darah..dia tak pakai helmet tapi aku pakai..tu yang selamat sikit dari dia..aku pun nangis,tapi nangis sebab takut la..mane tak nye..surelah mak bapak aku tak bagi amik kawan aku lagi and sure tak bagi naik moto lagi..plus lagi,camne dengan mak bapak kawan aku?salahkan aku ke tak punca anak dia jadi camtu..hurm..

Lepas insiden tu..jadilah isu besar..disebabkan kami,mak abah aku dan makbapak dia ada krisis..tapi,dah selesai la sekarang..Alhamdulillah,kteorang bukan cedera parah pun..dapat cuti panjang gak la..berehat-rehat di rumah saja..tapi mane syok pun,sebab sakit..dah la mase tu nak SPM..macam dijangkakan,abah tak bagi naik motor lagi..abah hantar pegi sekolah..apelagi,dah tau salah sendiri tu,kene la berdiam diri dan akur..tapi muncung panjang sedepa..merajuk sungguh-sungguh,senyap je..mak n abah pun dah bingung la ada anak keras kepala macam ni..sedih la masa tu,mane tidaknye,tak boleh dah pegi dengan kawan,tak boleh keluar dengan dia lagi..haha..kelakar sungguh la..itu lah aku kalau demi kawan..to my mak and abah..ampun ye..lain kali farah dengar cakap mak dan abah..(boleh caya ke tak)..

Tu sume cite zaman premature..sekarang dah matured ke?emm,boleh fikirlah..tau mane baik and mane buruk..banyak moral of the storey yang boleh aku amik dari cerita aku sendiri..haha..sekarang kawan aku dah bertambah and berkembang biak..(sesuai ke ungkapan ni?)Cerita pun dah lain..

Majoriti kawan aku semua dah ada ‘pacar’..kalau ditafsir sendiri maksudnya dah berpunya..kot la,kalau aku tak salah tafsir..yang tak ada pun sedang sibuk ‘usha’..haha..salah seorang kawan pernah cakap kat aku”farah tak kan kau nak tunggu orang pinang je?,kau tak takut jadi ‘andalusia’ ke?”oppsss..sensitif ni..haha..jangan risau la,Allah kan Maha Kaya..bahagian korang dah dapat..bahagian aku Insyallah ada juga..mane aku tau ape akan jadi mase hadapan?mase tu nak jawab pe ek kat kawan tu?kelakar la.. aku ada ramai kawan dan banyak ragam..belum ragam diri sendiri lagi..hehe..semua kawan aku ialah buah hatiku..diorang lah racun namun diorang jugalah penawar..pasal pacar ni,aku tak mau masuk campur la..masing-masing dah tau mana baik mana buruk..pandai-pandailah pilih jalan yang telah disediakan..ramai juga kawan yang tak terlibat pun dalam hal berpacar ni..macam aku cakapla tadi..pandai-pandailah kawal diri masing-masing..hidup ni kita tak tau ape akan berlaku..bile-bile Allah boleh jemput..takut mase tu aku tak bersedia,amal dah la tak banyak plus dosa yang menambun seperti gunung..so,mane boleh elak tu aku elak la..Moga Allah terus bagi pertolongan dalam setiap pekerjaanku..Insyallah..aku pun pernah terlibat dalam hal ni (berpacar)..namun,seru aku dah sampai,untuk bertekad and yakin,hubungan tu adalah salah..kekuatan aku dapat untuk lepaskan diri dari perkara ni pun kerana rakan aku juga..MasyaAllah..Alhamdulillah..sesungguhnya,hidayah itu milik Mu dan kau berhak beri kepada siapa yang Kau kehendaki..terima kasih kerana kurniakan aku kawan sebegini..Alhamdulillah..(hati ini hanya Allah yang tahu)..kesimpulannya,masih tak terlambat bagi sesiapa yang ingin kembali ke jalanNya..ingat la Allah maha Penyayang..

Allah Ta'ala berfirman:

"Katakanlah- wahai Muhammad, jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah saya, tentu engkau semua dicintai oleh Allah, serta Allah mengampuni dosamu semua dan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang," (ali-lmran: 31)



Time dalam kesusahan,kawan juga la yang tolong..kalau boleh nak kawan seramai mungkin..kan ada pepatah..’berkawan biar beribu,bercinta biar satu’yang dah ada ni,aku akan jaga sebaik mungkin hubungannya..kene hati-hati,bergurau sekadar saja..takut ada yang terkecil hati..itu semua pasti dituntut..nikmat yang diberi jangan disalah guna..kalau time stress tu,kene juga jaga-jaga,takut raut wajah ni disalah tafsir..takut dikata sombong..maaf ya teman-teman..make sure kene selalu bermanis muka dengan kawan-kawan..

Nabi s.a.w. sabdanya:
"Tidak sempurnalah keimanan seseorang itu sehingga ia mencintai kepada saudaranya - sesama musliminnya - perihal apa-apa yang ia mencintai untuk dirinya sendiri." (Muttafaq 'alaih)

Moga ukhuwah terus berkekalan..
Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku kawan yang indah-indah..Alhamdulillah

Thursday, July 1, 2010

Bicara Hati

Apa yang kau mahu?Apa yang aku mahu?kalau aku..aku harap dapat naik motor laju-laju,pastu pegi parit sulong(tempat tanah tumpah darahku),pekan tu dekat je dari rumah,tak lupe helmet and lesen motor..pastu nak beli aiskrim banyak-banyak,pastu makan abc..pastu nak beli coklat 10 jenis and nak rase semua jenis kek yang ada kat kedai kek..sedapnye..nyammmm…haha..bes sungguh la hidup nih..
Lazat! Tapi..GEMOKK..and plus as a dentist,I will not recommend it!haha..
Hurm..tapi sape dapat jamin aku boleh buat semua ape yang aku mahu?aku ada banyak perancangan dan keinginan yang belum tertunai..tak de sape pun dapat jamin kan?Insyallah memandangkan aku dah naik tahun 3,Alhamdulillah..aku grade 3 tahun lagi..itu perancangan saja..Allah lebih tahu..mak,abah and family duk sibuk tunggu bile la aku nak kerja and bantu diorang..berat beban di bahu ni..tapi kan,dunia tu tetap la dunia..akhirat jua yang kita tuju..jangan lupe,kita terlalu banyak merancang,namun ketetapan Allah tetap telah tertulis..aku tak tahu apa yang telah tertulis..kamu juga tak tahu..berpada-pada saja..bagaimana la agaknya,dalam sedang bersungguh-sungguh focus di dunia ini,mengejar segala isinya,tibe-tibe malaikat maut datang menjemput sedang aku belum sampai apa yang dituju..harus apakah aku ketika itu?nak suruh malaikat tunggu kejap boleh tak?cakap kat malaikat tu kalau aku dah bersedia,baru datang jemput..nak solat taubat dulu,tahajud,berzikir tanpa henti and bla-bla..kalau boleh la,silakan..manusia oh manusia..(termenung kejap mase nih coz kecewa dengan diri sendiri)..
Dalam Firman Allah

Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi (al-kahfi : 23)

Aku selalu rase yang aku mati lama lagi..ye ke?haha..manusia sememangnya terlalu banyak angan-anganannya..sampai bila,kita ni manusia nak terus leka dengan nikmat pinjaman Allah?kadang-kadang hampir terlupa kita milik Allah,so banyak lagha dari beringat..masyaAllah…sedang dari usmkk ke johor,aku ambil masa 12 jam nak sampai rumah..di jalan raya,apa-apa boleh berlaku tanpa kita duga..macam mana aku nak yakin hidup aku lama lagi?dunia ni memang menakutkan.Allah dah terang-terang bagitaw yang dunia ni tiada nilai pun kalau nak bandingkan dengan akhirat..
"Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidaklah dunia ini kalau dibandingkan dengan akhirat, melainkan seperti sesuatu yang seseorang di antara engkau semua menjadikan jarinya masuk dalam air lautan, maka cubalah lihat dengan apa ia kembali - yakni, seberapa banyak air yang melekat di jarinya itu. Jadi dunia itu sangat kecil nilainya dan hanya seperti air yang melekat di jari tadi banyaknya." (Riwayat Muslim)

Macam tu je? Aku tahu tapi tak sedar..tu yang paling bahaya..moga Allah beri peluang..aku nak rebut peluang ni sekarang..takut tak sempat..moga Allah kurniakan dikalangan ku insane-insan yang boleh membimbingku..untuk daju tyang sedang tercari-cari dan terus mencari yang hakiki…Allahualam..