IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Tuesday, October 26, 2010

Awas Wanita!

Wahai wanita muslimah yang dicintai kerana Allah. Rasanya sudah sampai masanya. Mulakan langkahmu mulai detik ini. Nampaknya kau kini semakin menjadi-jadi! Menurut kemahuan nafsumu yang rendah. Menjadi hamba pada nafsu! Pada siapa kita patut menghambakan diri? Nafsu yang hina atau Pencipta yang Agung? Sedarlah saat ini kau diambang bahaya. Jangan terlalu gairah mengejar kecantikan dan mendambakan pujian dari manusia..

Sesungguhnya kecantikanmu membawa padah, kau berhias menjadi terlalu indah!

Namun awas! hanya lelaki buas dan liar yang memerhatimu dengan penuh niat jahat dan memberi komen yang keji, sedang lelaki beradab akan menjauhkan diri dari mu,berusaha menjaga diri dari kau wahai wanita. Apa yang kau mahu sebenarnya? Tepuk dada tanyalah selera? bukan! tanyalah iman mu. Nescaya kebenaran akan menemuimu. Kecantikanmu bukan saja berjaya membuat lelaki tertawan dan tergoda malah kau berjaya menyiksa mereka! fikiran mereka mulai tergangu,jiwanya mulai runsing, saat memikirkanmu menjauhkannya dengan tuhannya! terdetik di hati mereka ingin memilikimu, biar apa caranya, walau Allah menginkarinya!



Wahai wanita,masih belum terlewat, selagi kita ada perasaan untuk berubah. Mungkin ini masanya. Usiamu belum tentu,terlalu yakin pada usia tuamu hanya akan membinasakan mu..



Saya juga wanita. saya amat memahami. Saya juga begitu serupa dengan kamu,malah lebih teruk. lebih teruk dari bertabarruj! MasyAllah..



"Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan" (8:24)



Saya memang sangat yakin dengan ayat cos saya dah mengalami sendiri zaman jahiliah saya dan macam mana orang tegur pun saya tak akan terima. So memang betul la hati ni milik Allah!

Saya ingat lagi,masa zaman sekolah saya keluar pegi bandar batu pahat tak pakai tudung pun, dan mase solat kat masjid tu, saya terserempak dengan ustazah saya. Malu sangat masa tu,dengan harapan ustazah tak perasan saya sembunyi-sembunyi. tapi masa kat kelas ustazah tu perli saya kat kelas, dia tengah mengajar pasal ape ntah saya tak ingat tapi ayat dia lebih kurang camni "jangan kat sekolah je pakai tudung,kat luar tak pakai tudung,pastu jumpe saya buat-buat tak kenal,awak ingat saya tak cam kamu ke?"tak sebut nama pun tapi terasa sangat-sangat. saya jadi kurang respect kat ustazah saya sebab bukan tegur tapi perli. Tapi saya memang budak jenis nakal-nakal, so memang tak makan saman sangat.

bila fikir balik, ustazah tu memang tak salah, saya yang salah dan memang masa tu hati saya keras. peristiwa lain, cikgu biologi saya pernah tegur kalau pakai tudung, pakai la anak tudung coz nampak rambut dan leher, tapi serius saya cakap memang langsung tak terkesan kat hati.

Kawan saya sampai cakap ngan kawan lain 'mengumpat saya' diorang cakap 'farah memang camtu,sume baju dia camtu' faham-faham jela. sya memang gemar yang berfesyen,berseluar jeans,menghias wajah. kalau tak macam tu rasa tak cantik,padahal rupenye orang MENYAMPAH!! tak sedih ke bila orang kate kita? tapi waktu tu saya cakap, "ala macam kau bagos sangat! "huhu memang keras hati..



saya dah lalui semua zaman ni dan sebab tu la saya tahu ape perasaan wanita-wanita sekarang yang suka bertabarruj. saya amat memahami dan tak salahkan mereka langsung sebab sebenarnya mereka tahu tapi tak faham. memang serupa dengan saya suatu masa dulu..



Tapi ingat la,kita boleh berubah. IsyaAllah.



Saya sayang awak, saya tak pernah benci awak, tapi semua nasihat yang saya bagi,awak tak pernah nak renung-renungkan,saya nak awak jadi muslimah yang baik, kelak dapat suami yang baik, anak yang soleh solehah,saya benci maksiat yang awak wat tu, saya benci syaitan yang selalu bagi harapan palsu kat awak,awak berubahlah ye.. saya sayang awak dunia dan akhirat..saya tak nak Allah murkai awak..awak boleh jadi baik,saya yakin! awak nak tunggu apa lagi,adakah awak sekeras saya yang dulu?



p/s--Pada wanita, awaklah penyambung generasi yang menentukan generasi itu baik atau tidak. itulah awak..awak...

biarlah saya kenal awak atau tidak tapi saya mohon awak berubah..tak kisah la siapa awak..kita semua saudara kerana Allah
Moga dipermudahkan.. amin

Monday, October 25, 2010

Program 'GIGI HARTO KITO'

Program yang diadakan kat kampung di memang wajib kalau nak pas exam..so kene wat la..tapi dalam masa yang sama,detik2 yang berlalu sepanjang program ni memang tak dapat nak lupakan..kebetulan saya incharge budak2,and saya memang suka budak2..lucky..macam-macam kerenah yang terpakse saya layan dan ikut..penat dan happy..

adik-adik yang peramah,miss u all..walau penat tapi happy..salah satu soalan diorang 'akak dah berpunya ke?'lari tajuk la adik2 nih..

adik nih paling comel,tengok je la dia tegah watpe..sungguh2 dia tarik kambing tu,bila dia nampak gambar dia kene ambik,dia terus lari..fun



doktor 'baju merah' perhati budak2 nih berikrar..oath for sustainability,hopefully..

diorang wat aku janji, nak gosok gigi 2x sehari,kurang makan manis,guna ubat gigi berflourida..masalahnye lepas ikarar ada yang makan lolipop,aiskrim..nampak macam berkesan tak?

Sebelum raya haji ni,akan masuk kampung lagi untuk feedback dari orang kampung tentang program yang kami adakan..
To adik-adik; p/s-- dah bagi berus gigi n ubat gigi,rajin2 k gosok gigi..Insyallah kita jumpa lagi nanti...





Friday, October 22, 2010

Tabarruj

Tabarruj itu indah?

Wanita itu antaranya ialah mama ,kakak,rakan-rakan dan saya sendiri.

"Sesungguhnya,wanita yang paling baik adalah yang menundukkan pandangan dari melihat lelaki dan lelaki tidak pula memandangnya"

Dah memang fitrah seorang wanita itu inginkan perhatian dari lelaki, menurutnya lagi ramai yang pandang lagi syok! wah..indahnya bila nafsu dituruti, bisikan syaitan didengari. Untuk memenuhi keinginan itu,wanita memilih untuk berhias sebaik mungkin,bajunya saje sudah menarik perhatian, make up yang tebal dirasakan cantik,tubuh yang dirasakan cantik mula ditonjol dengan mengenakan baju yang berbentuk di badan. Harapannya tinggi, moga ada yang melihat kewujudanya, terutamanya lelaki.

Sabda RAsulullah saw
"Wanita yang paling buruk ialah wanita yang meninggalkan rumah mereka dengan bertabarruj bebas tanpa hijab. Mereka adalah kaum munafik dan mereka tidak akan masuk syurga,kecuali sejumlah burung gagak yang berbulu putih (sangat sedikit)"

Tabarruj mempunyai maksud yang luas. Menurut Mujahid dan Qatadah,ia bermaksud berjalan dalam keadaan tidak terhormat. Muqatil mengatakan, tabarruj merupakan keadaan wanita yang menutup kepala dengan tudung tanpa menutup leher dan dadanya. Maka lihat saja zaman kini, wanita sewenang-wenangnya memakai tudung yang sangat pendek,dan kebiasaannya tidak menutup dada mereka, itulah yang dikatakan tabarruj. Mubarrad pula mengatakan bahawa tabarruj merujuk kepada wanita yang menunjukkan bentuk tubuh badannya (berpakaian ketat). Selain itu, menurut Imam al-Laits pula,tabarruj ialah keadaaan dimana wanita itu tidak menyembunyikan kecantikan wajah dan bentuk tubuh malah beranggapan ianya wajar dipamerkan.Dan Abu Ubaidah r.a berkata bahawa tabarruj ialah apabila wanita mempamerkan kecantikan dan bentuk tubuhnya dengan niat menimbulkan keghairahan kaum adam. Pendapat-pendapat ulama ini mempunyai maksud yang lebih kurang sama.

Sedih melihat gelagat wanita akhir zaman, yang merasakan perbuatan tabarruj itu adalah perkara biasa. Tanpa rasa bersalah baik muda mahupun tua.

Bila manusia lupa diri, lupa dimana bumi dipijak,lupa siapa penciptanya, lupa pada siapa perlu menghambakan diri..hambakan diri hanya pada Allah Maha Pencipta, bukan bertuhankan nafsu yang membinasa! Awas rakan-rakan.. biar kita beringat sekarang, takkan nak tunggu hari perhitungan? 'binasalah dia yang merasakan umurnya masih panjang dan ada masa tua untuk bertaubat'..
Allah memberi penangguhan pada kamu! Hari siksaan itu amat pedih,berhiburlah selagi kau mampu..

Moga Allah beri kesudahan yang baik pada saya dan kamu.. Allahualam

Wednesday, September 1, 2010

HIJAB OH HIJAB

Orang kata,hijab fungsinya untuk tutup aurat. Ye, aku setuju! Tapi bila manusia sudah tidak dapat bezakan menutup aurat dengan pakai hijab, aku jadi bingung. Aurat maksudnya bahagian badan yang tidak baik dan memalukan jika didedahkan kepada umum. Allah telah menentukan batas-batas aurat dan hukumnya wajib. Dalam Al-quran Allah berfirman :

“(Ini adalah) satu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.”
(An Nur : 1)

Bila kita tadabur ayat ni, jelas dinyatakan di sini, Allah WAJIBKAN hukum-hukum dalam surah ni. Ayat pertama pun dah beritahu awal-awal. Dan salah satu hukum yang Allah wajibkan dalam surah ini ialah :

"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya”
(An Nur : 31)

Oh, nampaknya kita tiada pilihan selain mengikuti apa yang telah di syariatkan. Lagi sekali aku bingung bila kita mengambil berat sangat tentang pandangan orang pada kita bila kita mahu berubah. Mana letaknya pandangan Allah? Sampai hati kita lupa padanya,sampai hati kita tidak ambil berat tentang pandangan Allah pada kita. Siapa Allah? Mengapa kita melupakanNya? Namun,hakikatnya memang begitu.

Aku bertambah bingung bila fesyen-fesyen tudung terbaru menjadi pilihan ramai wanita ISLAM. Kononnya,walupun kita tutup aurat,kita still up to date. Apa ni? Hebat bunyinya. Tatkala yang kurang fahamannya terus mengiyakan. Islam itu mudah tapi bukan bagi manusia yang memudahkannya.


Gaya terbaru yang memikat

Ini salah satu article yang tajuknya, “muslim designers mix the hijab with latest fashion”. Very up to date. Para artis mula memakainya dan menjadi ikon para peminat. Makin ketat membentuk kepala makin lawa dan memikat katanya. Aku hanya mampu berharap, wanita ISLAM jadi seperti wanita ISLAM.

Hari raya yang bakal menjelma diharapkan menjadi satu titik permulaan untuk si wanita semua memakai tudung memandangkan ramai sanak saudara yang bertandang ke rumah. Penekanan yang lebih spesifik adalah bukan hanya memakai tudung,tetapi juga menutup aurat dengan sempurna. Sesungguhnya tidak sama menutup aurat dengan membungkus aurat (berpakaian menampakkan susuk badan).Walaupun sepupu rapat,walaupun abang ipar yang rapat atau sesiapa saja yang rapat. Kita still tak boleh buka aurat dan bagi diorang menikmati pemandangan yang indah pada hari raya ni. Baju kurung moden,kebaya dan seangkatan baginya terlalu cantik untuk dipakai. Jangan biarkan lelaki bukan muhrim kita menikmati pemandangan yang tidak elok di hari lebaran yang mulia ini.Kita bersolek sakan untuk kelihatan cantik dan hakikatnya memang terbukti cantik. Memang semua wanita yang Allah jadikan ini cantik-cantik belaka. Itu memang lumrah seorang wanita untuk kelihatan cantik, namun ingatklah para wanita, jangan sampai keinginanmu memperhambakan mu. Jangan mempertuhankan nafsumu! Cantik itu tidak salah, namun bila bersolek berlebihan itu sama seperti wanita jahiliah dahulu,dan cuma bezanya kita ini “JAHILIAH MODEN”.

Harapan yang tidak pernah padam dariku. Moga wanita di dunia ini menjaga kehormatan dirinya. Jangan biar lelaki menghantui kita. Aku juga wanita, aku juga punya nafsu. Namun tidak bermakna kita sanggup mengetepikan Allah yang telah menjadikan kita dengan sungguh sempurna. Ini salah satu tanda kesyukuranku padaMu. Dengan mencuba sebaik mungkin melakukan apa yang Engkau syariatkan dan meninggalkan apa Engkau tegah melakukannya. Allahualam..

Tuesday, August 31, 2010

Titik Permulaan

Terfikir sejenak tentang kehidupan. Aku sudah bertambah umur,sekarang umur pun dah 21 tahun. Adakah separuh dari umurku, aku menjadi hamba yang benar-benar bertakwa? Mustahil!! Jahilnya aku dahulu tidak terkata, malah malu untuk diingat sekalipun. Namun kadang kala tergelak juga kerana kebodohan yang melampau. Secara jujur,aku tahu apa yang aku lakukan salah,namun tiada kesedaran. Sebab tu la aku tak pernah pandang serong pada yang sedang membuat kesalahan ‘dosa’ pada Maha Pencipta yang pada zahirnya memang kita tahu benda tu salah dan Allah murkai. Namun sape aku nak judge seseorang? Macam kerja aku nanti pun, mane boleh nak judge patient ni baik atau buruk. Let say dia ada HIV or whatever. Sesungguhnya,bukan senang nak tarbiah orang. Kita tak patut pilih orang untuk menyampaikan sesuatu yang baik, jangan la yang nampak berdosa ditinggalkan. Cepat je nak assume yang orang ni mesti susah dan tak kan dengar la apa aku cakap. Wait! Ape ni? Balum cuba dah menyerah? Dia la insane yang perlu ditarik. Itu antara dia dengan Allah, tanggungjawab kita pulak, ingatkan dia pada Penciptanya. Namun menerima atau tidak,itu terserah. Mungkin saja hidayah yang bakal dia peroleh bukan dari perantara aku. Mungkin juga kerana dosa-dosa ku yang lalu,membuatkan dia tak tertarik dan tak terbuka hati bila aku yang menyeru. Banyak lagi cara Allah boleh beri hidayah. Mungkin saja dia akan mendapatkan kesudahan hidup yang baik,sedangkan kita belum tentu lagi! Sesungguhnya Allah yang memegang hati setiap hambaNya. Hidayah itu milikMu. Allah pun dah berfirman :

“ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.”

(Al Anfaal :24 )

Tak perlu fikir yang lebih jauh, cuma sedih dengan diri sendiri yang sentiasa ada terselit sifat malas dalam diri dan karat-karat jahiliah yang aku kira tebal. Walau usia ditarbiah mencecah 2 tahun,aku tak tahu sejauh mana aku lakukan seperti yang aku selalu anjurkan atau aku katakan pada semua yang pernah mendengar dari mulut ini berbicara. Sesungguhnya demi masa,manusia kerugian. Aku salah seorang dari orang itu. Walau dalam sedar atau tidak,ada kelalaian dalam diri. Tatkala melakukan kebaikan pun bimbang hati tak kuat. Takut terdetik di hati ini bukan kerana Mu Ya Allah. Ini jalan yang bukan mudah, setiap perkataanku akan dipertanggungjawabkan kelak. Aku dah pilih jalan ni,aku wajib kuat. Moga tanggungjawabku lebih dari masa yang ada agar tiada pembaziran masa. Namun ku akui,masih ada masa tersisa walau telah cuba di isi sepenuhnya. Aku sedar bahawa apa yang aku lakukan ni sungguh berat, kalau ikut hati aku, baik la aku hanya mendengar atau yang menerima saja dan bukan yang memberi, kerana aku takut tak melakukan pun apa yang aku sarankan itu. Allah dah ingatkan dalam Al Quran :

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

(Ash Shaff :2-3)

Aku tak mahu jadi hamba yang dibenci! Oh tidak!!! Aku mesti pegang pada ayat ni. Amat menakutkan bila menyangka telah berbuat sesuatu untuk menambah amalan, namun rupanya sedang dibenci. Dibenci oleh Maha Pencipta! Apa harus aku lakukan? Sedang dakwah itu dituntut, maka perlu bagiku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk menempuhnya. Jika nak tunggu seseorang itu bergelar syeikh atau ulama baru layak menyeru kearah kebaikan,aku yakin yang sekarang ni, aku bukan di jalan ini kerana aku mungkin masih lagi di alam jahiliahku. Aku tak dapat bayangkan jika kematian datang menjemput ketika itu. Langsung tiada bekalan. Langsung tiada!! Aku la umat yang Rasulullah s.a.w bimbangkan masa hayatnya. Maafkan lah aku..terimalah aku..

Tuesday, August 10, 2010

Berapa ramai yang suka doctor gigi?aku pun tak suka,diorang ni suka wat orang sakit..jarum untuk inject pun sangat mengerikan..kalau cakap pasal doctor gigi,1st yang keluar kat kepala aku ialah..SAKIT..tak pun,malu sungguh time nama kena panggil kat kelas..time cikgu pegang kad rawatan gigi nak panggil kitaorang yang terpanggil,memang satu kelas sunyi sepi..yang kene panggil jadi lemah gemalai..redha dengan nasib yang menimpa diri..haha..camtu sekali?

Insyallah aku sekarang salah seorang daripada golongan yang membuat orang rasa takut itu..bagus ke wat orang takut?ala tu impression orang je..bila dah belajar untuk jadi doctor gigi ni,aku dah berubah pandangan la terhadap doctor gigi..pekate mulai hari ni kita ubah persepsi kita terhadap doctor gigi(ceh,mentang-mentangla tu bakal profession aku,haha)..pada abang,kakak,mak and abah..jangan la takutkan adik-adik untuk pergi jumpa doctor gigi..mengikut kajian kes kerosakan gigi kanak-kanak,paling tinggi adalah di Kelantan..patutlah ada kos ni kat Kelantan,senang nak cari patient and penuhkan requirement before ambil exam la kot..haha..(joke only) untuk pengetahuan semua,doctor gigi semua baik-baik..kalau sakit pun kejap je..tapi kegembiraan berpanjangan selepas rawatan..betul tak?(aku baru je ubah persepsi aku ni,ehem)..

Daripada yang aku belajar,kenapa budak sekecil 2 atau 3 tahun pun dah mengalami kerosakan gigi sedangkan diorang ni boleh kata suci lagi la..bakteria kat mulut diorang pun banyak mana sangat sampai boleh rosakkan gigi mereka di tahap yang sampai kena repair la oleh doctor gigi..sebabnye,kalau kita perasan,ibu selalunya akan cuba botol susu kat mulut mereka terlebih dahulu,nak pastikan suhu yang sesuai pada susu sebelum bagi pada anak..tak pun,kalau makanan yang agak kasar,mereka akan mengunyah makanan itu terlebih dahulu dan kemudian baru disuap ke mulut anak..ataupun,puting yang terjatuh di lantai or macam tak berapa sterile,akan di sterile kan terlebih dahulu di mulut ibu..dengan cara itu,bacteria dari mulut ibu akan di sebar kepada anak..lagi satu,bile dah jadi kebiasaan ibu membiarkan anak tido dengan botol susu..bakteria akan berkumpul pada gigi tersebut(selalunya gigi atas) dan mereka akan merosakkan gigi si comel..cube tengok gigi anak-anak yang hitam kerana rosak,tapi sesetengah ibupaba langsung tak kisah..kasihan si anak..bukan salahkan ibubapa,cume kene bagitau kat ibu-ibu perkara ni untuk jaga kesihatan anak..niat ibu sangat mulia sebenarnya,cume diaorang tidak tahu..akibatnya,kanak-kanak dengan gigi yang rosak,gigi hitam dan bengkak gusi..mereka dah tak ceria lagi bila sakit..kasihan kanak-kanak yang sangat comel dan aktif itu..pekate ibubapa atau bakal ibubapa sekalian, bawak diorang jumpa doctor gigi selalu untuk buat check up..kite kene biasakan diorang jumpa doctor gigi..kalau time gigi tak sakit,kita bawak jumpe doctor,mestilah tak da banyak masalah lagi,so nasihat demi nasihat kita dapat dari doctor untuk improve kesihatan gigi anak kita..barula mereka tak takut dengan doctor gigi..kalau kita nak tunggu umur budak 7 tahun baru doctor cek kat sekolah,tu la sebab banyak gigi yang dah teruk..kasihan anak-anak yang comel itu..bila tahap kerosakan dah serius,kami kene rawat dan percayalah bahawa ianya menyakitkan..sebab tu la mereka,tidak suka doctor gigi..sebenarnya sakit tu disebabkan oleh kerosakan yang dah teruk,bukan salah doctor gigi..mereka hanya membantu saja..hee..Tapi,sejauh mana kesedaran mengenai penjagaan gigi si comel?ceh,bercakap macam dah ada anak!haha..

aku jenis bising pasal gigi anak sedara..kakak kunyahkan makanan untuk anak sedara,dia cakap "cepat-cepat nanti achik farah nampak dia marah" kelakar tengok gelagat kakak..mane ada marah,aku bagitau fakta je kat diorang..suke tengok gigi anak sedara ku yang cantik putih dan berseri..anak sendiri nanti..Allahualam...

Monday, August 9, 2010

Bicara Hati

Maafkan aku..
Walau pahit untuk ditelan,namun percayalah,bahawa ini yang terbaik
Maafkan aku..
Aku bukan ego,bukan bongkak,jauh sekali takabur pada diri sendiri
Aku cuma sedar diri ,siapa aku sebenarnya
Aku yakin bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui segala-galanya
Yang telah menciptakan aku
Namun aku tidak tahu sejauh mana aku bersyukur
Aku pasrah dengan segala ketentuanNya
Segalanya telah tercatat
Dan aku hanya salah seorang pelakon di bumi yang dipinjamkan ini
Barulah aku ambil keputusan ini
Sesungguhnya bukan mudah
Hanya Dia yang Maha Mengetahui diri ini
Aku tak mahu jadi makhluk yang tak tahu mensyukuri nikmat yang diberi
Nikmat yang diberi tak mahu disalah guna
Tak perlu berperasangka padaNya
Redha segala perkara
Aku telah pilih jalanku
Jalan ini perlukan pengorbanan
Ku pohon moga Allah bantu dalam setiap usaha yang aku lakukan
Ku pohon ketenangan dalam hati ini
Ku pohon tetapkan hati ini daripada berbolak-balik
Moga aku tabah dalam hadapi dunia yang fana ini
Dunia yang terlalu sedikit nilainya
Moga jalan ini membuatkan aku lebih dekat padaMu
Jalan tarbiyah ini amat tinggi nilainya
Ketenangan yang aku dapat padanya tiada tara nilainya
Selamat tinggal jahiliahku
Moga karat-karat yang tersisa akan hilang nantinya
Ku pohon kesudahan yang baik dalam hidup ini
Insyaallah