IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Sunday, July 7, 2013

Alhamdulillah.. kawen muda bukan penghalang kami berjaya


Syukur Ya Allah.. kini impian hampir menjadi kenyataan.. Kau beri kami penghormatan ini.. masih terngiang-ngiang di kepala suatu ketika tatkala kami mendirikan rumahtangga hampir 2 tahun lalu, banyak mulut menyindir, mencaci, benci, banyak umpatan yang kalau di dengar pedih je rase hati.. orang kampung biarlah mereka dengan dunia mereka.. pelik juga, kami tak minta walau sesen duit mereka untuk dirikan rumah tangga, tak pernah mengadu kalau tak cukup pada mereka.. 

"belum abis belajar nak kawen dah?"
" nak bagi makan ape la belajar lagi, harapkan duit mak bapak la tu"
"anak aku beli kereta, anak si 'bapak mentua aku' beli anak orang"
"hantaran 15 ribu? nak jual anak ke tu"
"kakaknye tak kawen lagi, adiknye dah nak kawen dulu?"

pedih x telinga? biarlah pape pon orang kata.. kami jatuh diketawakan, kami berjaya dbanggakan.. orang tak nak tahu kau susah macam mane mase belajar, orang cuma nak tengok hasil.. biarlah orang..

niway, dapat pass requirement dan sit exam sangat mengembirakan hati.. ini hadiah untuk mak abah dan mak abah mentua.. daripada 70 orang, 29 orang sahaja yang lepas setakat ni.. 15 orang melayu.. namun yang paling interesting bila, sume batch saye yang dah kawen lepas.. ada 7 orang.. sorang tu siap dah ada anak.. dan  kami still lepas on time after 5 years study..
yes! this course is very tough..
this is usm.. usm dentistry memang scary..
tapi system dah ditukar 2 tahun lepas.. Insyallah lebih baik..

terima kasih kat semua, sama ada yang mengutuk atau menyokong.. dengan adanya orang sekeliling, itulah sebenarnye kehidupan yang dapat buatkan kita lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan..

terima kasih buat suami tersayang sebab sentiasa beri perhatian saat suka duka belajar ni walaupun dia pon sibuk belajar lagi.. ujian hidup berjauhan selepas kawen memang betol2 mencabar.. tapi sweet la jugak.. =D

sesiapa yang nak kawen awal tapi ragu2, boleh lah beristikharah dulu.. hidup mencabar la sikit, tapi hasilnya indah.. semua manusia ada naluri dan keinginan berkasih sayang.. cuma perlu salurkan pada jalan yang betul.. dapat gayut kat telepon pon jadilah, yang penting halal dan dapat pahala pulak bermanja2 dengan suami.. kalau bermanja2 dengan awek, dapat dosa.. so fikir2 kan lah.. 

p/s : mungkin hidup bertiga lebih indah.. akan diusahakan.. doakan kami dapat cahaya mata cepat.. amin =P





Sunday, April 14, 2013

aku budak hitam


isteri : abang, meh tengok gambar ni..
suami : e.. gambar sape ni?
isteri : perghh.. ada gak kena aksi the rock kat sini.. ni saye lah!
suami : hitamnye, bile gambar ni?
isteri : tingkatan 3
suami : uish.. nasib tak kenal lagi mase ni..
isteri : belasah cukup2! haha

memang saye budak hitam.. bialah.. yang penting skg kawen dah.. tak yah nak try market, tak de market pon.. nasib suami aku nak kat aku.. Alhamdulillah.. tu la, kalau dah jodoh, senang hati je tgk walau tak sekiuk siti sifir.. emm, dulu memang tak layak nak kawan ngan budak-budak cantek, asyik kena buli je.. malang betol la.. sadis

p/s- tak pe tak kiuk asal hati kiuk

Saturday, April 13, 2013

talent aku sebab abang!

bile tadi tengok budak-budak pertandingan mewarna kat family day, teringat dulu pernah wakil sekolah melukis.. hebat cakap kau.. haha.. disebalik kehebatan saya disitu ada abang saya.. why? hehe.. setiap kali ada pertandingan melukis kat sekolah yang kena hantar, memang abang la yang lukis dan siap colour lagi.. cantik giler! dulu kan kat sekolah selalu ada pertandingan buat poster, macam-macam ada, kempen dadah la, merokok la.. then memang akan menang dan dengan bangganya amik hadiah.. bila masuk pertandingan betol-betol, ramai betol yang participate and lukisan aku memang paling hampeh dari segala yang hampeh..

paling tak boleh lupe, mase juri cari pemenang di sebalik sekian ramai orang.. aku sengaja tunjuk name tag aku.. dalam hati, eh dia ni tak perasan ke name aku?.. kalau ingat balik memang rase kiuukk sangat.. haha

tadi mase family day dengan patient, siap ada mak peserta mewarna tanya, " tak cantik ke anak saya mewarna?" .. dengan berhemah dijawab.. cantik kak, cume dia ngala tak penuh.. parents pon kiukk..

p/s - ada anak nanti nak ajar melukis orang lidi cantik2.. tu je yang  taw lukis.. =)


Tuesday, March 5, 2013

Ya Hana Naa




يَا هَنَانَـا

Ya Hana Naa

Betapa Beruntungnya Kami

 .
 .
.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-ay-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-bi Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

 .

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.

خُصَّ بِالسَّبْعِ المَثَانِى   وَحَوَى لُطْفَ المَعَأنِى

Khus-sho  bis-sab-’il  ma-tsa-niy   wa ha-wa  luth-fal ma-’aa-niy

Diistimewakan dengan ayat-ayat tujuh (Al-Fatihah), Dan penghimpun rahsia setiap makna,

.

مَالَهُ فِى الخَلْقِ ثَانِى   وَعَلَيْهِ اَنْزَلَ الله

Ma-la-hu  fil  khol-qi  tsaa-niy   wa a’-lai-hi  an-za-laL-Lah…..

Tiada ternilai kemuliaannya, Dan Allah mewahyukannya ke atasnya (Muhammad SAW).

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.
.

ULANG KORUS

 .

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-ay-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-bi Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.

 مِنْ مَكََّةٍ لَمَّا ظَهَرْ  لأَِجْلِهِ انْشَقَّ الْقَمَرْ

min mak-ka-til-lam-ma dzo-har   li-aj-li-hin syaq-qal qo-mar

Dari Makkah apa yang kelihatan, Atas permintaannya (Muhammad SAW) bulan terbelah,

 .

وَافْتَخَرَتْ  اۤلُ مُضَرْ  بِهِ عَلَى كُلِّ اْلأَنَامِ

Waf-ta-khor-rot aa-lu mu-dhor     bi-hi a’-la  kul-lil ‘a-naa-mi

Dan keturunan Kabilah Mudhar (Kabilah Muhammad SAW), Dibanggakan oleh seluruh manusia.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

.
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

.

……………………………………….

.
.

أَطْيَبُ النَّاسِ خَلْقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقًا

Ath-ya-bun-naa-si khol-qon   wa a-jal-lun-naa-si khu-lu-qon

Bagindalah manusia yang terbaik ciptaanNya, Dan teragung akhlaknya,

.

ذِكْرُهُ غَرْبًا وَشَرْقًا   سَائِرٌ وَالحَمْدُ لِلَّه

Dzik-ru-hu ghor-ba wa syar-qon    saa-‘i-ruw wal-ham-du LiL-Lah

Semua mengingatinya di barat dan di timur. Segala puji hanya bagi Allah,

 .

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

 .
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

 يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

 .

صَلُّوا عَلَى خَيْرِ الاَنَامِ  اَلْمُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَامِ

Shol-luu a’-la  khoi-ril a-na-mi   al-mus-tho-fa bad-rit-ta-maa-mi

Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, Yang terpilih bak Bulan Purnama,

 .

صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا   يَشْفَعْ لَنَا يَوْمَ الزِّحَامِ

Shol-luu  a’-laiy-hi wa-sal-liy-muu  yasy-fa’-la-naa  yau-maz-zi-haa-mi

Selawatlah dan salam disampaikan kepadanya, Semoga kita mendapat syafaatnya di hari kebangkitan.

 .

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

.
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

.

 يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa….. (16X)

Betapa beruntungnya kami………………..

.

Wednesday, February 27, 2013

Terima aku seadanya




Stress mode, mari menaip di blog...

Tak mau la cite romantik-romantik sebab semua pasangan suami isteri mestilah romantik.. cuma biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, ape lagi suami isteri.. tapi special kes kiteorang ni sebab tak duduk sekali, so tak berape kena la nak ada gaduh-gaduh.. still macam orang yang bercouple je, duk gayut and jumpa kadang-kadang..tapi kalah lagi la ngan orang yang couple sebab saye tak pernah lagi dapat bunga, chocolate or candle light dinner.. kebaratan sungguh saye ni.. 

hari ni taip je pape, asal rase nak taip and terfikir..tak pe.. taip je..

meh letak gambar kawen sikit, bagi feel nak tulis entry setelah sekian lama.. ingat lagi time ni pegi outing kat medan.. penatnye la mase ni.. muka pucat tak solek pon.. lepas solat, amik bedak pakai.. tetamu lagi canggih dari saya.. lantak la.. kita mengamalkan dasar natural beauty.. 'lah sangat' kan..  ala, tak pe, sebelum ni tak pernah solek pon, kawen terpakse lah.. tu terpakse je, kalau tak kena kutuk berbakul lak dengan penduduk kampung pisang..  haha.. tak ah, orang kampung saye lah.. tapi kalau solek memang lah cantik, sape kate solek tak cantik.. artis-artis sume tu kalau tak solek, tak taw la cane muka sebenar dia.. pe kaitan artis ngan cite ni? tak pe, kan nak taip pape je.. lepas outing ni, balik kul 6 ptg camtu, terus kemas-kemas barang, sebab bas pukul 8 malam nak balik kelantan yang tak sabar-sabar nak tengok muka saye.. terima kasih usmkk ku.. erkk.. selamat tinggal romeo.. haha

niway berhabuk dah blog ni.. fuhhh... hahacumm

setahun lebih dah jadi isteri.. achievement kurang memberangsangkan.. masak tak reti lagi.. tapi, stress ah kalau sampai bab masak.. ade ke patut suami lebih pandai masak? biskut la kek la pape je la.. latest dia buatkan durian crepe.. wah, special sungguh, saya tinggal makan je.. tq2.. emm, amik engineering ke amik kos masakan ni? konfius sekejap.. 

ok dah cukup setakat ni.. kita akan bersambung.. acece, macam menaip novel lak.. 

p/s - saya nak sampaikan salam pada suami yang tengah tak taw duk wat ape kat johor.. dengan ucapan, jangan nakal-nakal.. sesungguhnya madu rasenye sangat pahit.. =)






Saturday, January 5, 2013

Sakit gigi


anda sakit gigi? mahu tampal atau cabut?

saya tolong jawab..

mula-mula nak tanya.. 

sakit tu macam mane? 
berdenyut-denyut je / sengal masa minum panas atau sejuk atau manis / sakit sampai malam pon terjaga dari tidur sebab sakit sangat..

berapa lama dah sakit?
sehari? seminggu? sebulan? setahun? 

macam mane pon sakit gigi tu, kalau dah sakit tu, tolong lah jangan tangguh2 lagi.. pergi jumpa doktor gigi terus.. sebab gigi tu tengah nazak dah tu.. 

kalau sakit tu malam2, esok baru nak jumpa doktor gigi, boleh la makan panadol dulu.. tapi jangan la tiap hari makan panadol sebab nak tahan sakit.. nanti ada masalah lain pulak..

kalau sakit tu cuma bila makan and minum sejuk, kita panggil gigi sensitif.. gigi sensitif ni, sebab lapisan paling luar gigi (enamel) dah haus atau tipis disebabkan kita mungkin suka makanan masam-masam, atau ada juga sebab yang suka mengetap gigi semasa tidur.. so dia haus la.. ada jugak yang habit dia suka muntahkan makanan yang dimakan untuk tujuan kurus.. kesannya ialah gigi menjadi haus teruk.. masalah ni sebab lapisan tengah gigi yang kita panggil dentin telah terdedah.. so, macam kena kejutan elektrik tiap kali minum sejuk.. betol tak?
kalau tak teruk, anda boleh gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif.. kalau tak hilang jugak sila jumpa doktor gigi, kami boleh tampal.. boleh bincang dengan doktor anda..

kalau sakit gigi yang teruk, selalunya orag nak cabut terus.. nanti dulu.. cabut gigi adalah pilihan terakhir bagi gigi tu.. kita kalau boleh, nak lagi selamatkan gigi tu.. cabut memang menyelesaikan masalah sebab tak de gigi maknanya tak akan ada sakit gigi kan? tapi, kalau gigi tu cabut awal, masalahnya ialah, kalau semua gigi sakit, so semua cabut lah? macam mane nak makan? kalau muda lagi? tak da gigi dah? cantik ke? takkan...
kalau sakit, jumpa doktor, jangan suruh cabut terus.. tanya dulu boleh selamatkan lagi tak?

ok macam ni, kalau sakit tu dah lama sangat, kemungkinan gigi tu memang dah mati la.. maksudnya, tak de blood supply kat situ.. kita boleh buat rawatan akar.. rawatan akar ni mahal la sikit.. kalau cabut sayang.. rawatan akar tu, gigi ada kat mulut tapi sebenarnya gigi tu mati dah.. so boleh guna lagi.. boleh jugak, kalau kaya.. cabut pastu tanam gigi.. tapi memang mahal la.. private dalam rm6000..

kalau gigi tu sakit yang 50% mungkin leh selamatkan lagi, selalunya doktor akan buat tampalan sementara dulu.. mase tampalan sementara ni, kalau tak da masalah sakit.. doktor akan tukar pada tampalan kekal.. tampalan sementara tu, doktor ada bubuh ubat kat tempat rosak tu.. kalau boleh dirawat lagi kan bagus tu..

p/s- niway, kalau sakit jangan mintak cabut terus, sebab nanti kalau pakai gigi palsu tak sedap pon.. macam pakai gigi batu gitu.. tak de rase.. gigi natural is the best.. take care of your teeth ok? =)