IsLaM iTu MuDah NaMun BukAn BaGi yANg mEmuDaHkaNya MaLah IsLaM ItU PeLenGkaP nAmuN BUkAn MiLik YaNg TiDak MenGaMaLkanNyA



Saturday, January 5, 2013

Sakit gigi


anda sakit gigi? mahu tampal atau cabut?

saya tolong jawab..

mula-mula nak tanya.. 

sakit tu macam mane? 
berdenyut-denyut je / sengal masa minum panas atau sejuk atau manis / sakit sampai malam pon terjaga dari tidur sebab sakit sangat..

berapa lama dah sakit?
sehari? seminggu? sebulan? setahun? 

macam mane pon sakit gigi tu, kalau dah sakit tu, tolong lah jangan tangguh2 lagi.. pergi jumpa doktor gigi terus.. sebab gigi tu tengah nazak dah tu.. 

kalau sakit tu malam2, esok baru nak jumpa doktor gigi, boleh la makan panadol dulu.. tapi jangan la tiap hari makan panadol sebab nak tahan sakit.. nanti ada masalah lain pulak..

kalau sakit tu cuma bila makan and minum sejuk, kita panggil gigi sensitif.. gigi sensitif ni, sebab lapisan paling luar gigi (enamel) dah haus atau tipis disebabkan kita mungkin suka makanan masam-masam, atau ada juga sebab yang suka mengetap gigi semasa tidur.. so dia haus la.. ada jugak yang habit dia suka muntahkan makanan yang dimakan untuk tujuan kurus.. kesannya ialah gigi menjadi haus teruk.. masalah ni sebab lapisan tengah gigi yang kita panggil dentin telah terdedah.. so, macam kena kejutan elektrik tiap kali minum sejuk.. betol tak?
kalau tak teruk, anda boleh gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif.. kalau tak hilang jugak sila jumpa doktor gigi, kami boleh tampal.. boleh bincang dengan doktor anda..

kalau sakit gigi yang teruk, selalunya orag nak cabut terus.. nanti dulu.. cabut gigi adalah pilihan terakhir bagi gigi tu.. kita kalau boleh, nak lagi selamatkan gigi tu.. cabut memang menyelesaikan masalah sebab tak de gigi maknanya tak akan ada sakit gigi kan? tapi, kalau gigi tu cabut awal, masalahnya ialah, kalau semua gigi sakit, so semua cabut lah? macam mane nak makan? kalau muda lagi? tak da gigi dah? cantik ke? takkan...
kalau sakit, jumpa doktor, jangan suruh cabut terus.. tanya dulu boleh selamatkan lagi tak?

ok macam ni, kalau sakit tu dah lama sangat, kemungkinan gigi tu memang dah mati la.. maksudnya, tak de blood supply kat situ.. kita boleh buat rawatan akar.. rawatan akar ni mahal la sikit.. kalau cabut sayang.. rawatan akar tu, gigi ada kat mulut tapi sebenarnya gigi tu mati dah.. so boleh guna lagi.. boleh jugak, kalau kaya.. cabut pastu tanam gigi.. tapi memang mahal la.. private dalam rm6000..

kalau gigi tu sakit yang 50% mungkin leh selamatkan lagi, selalunya doktor akan buat tampalan sementara dulu.. mase tampalan sementara ni, kalau tak da masalah sakit.. doktor akan tukar pada tampalan kekal.. tampalan sementara tu, doktor ada bubuh ubat kat tempat rosak tu.. kalau boleh dirawat lagi kan bagus tu..

p/s- niway, kalau sakit jangan mintak cabut terus, sebab nanti kalau pakai gigi palsu tak sedap pon.. macam pakai gigi batu gitu.. tak de rase.. gigi natural is the best.. take care of your teeth ok? =)